Posts

Showing posts with the label diriKu:muisA

INSOMNIA.

Image
Assalamualaikum.  Insomnia is a common sleep disorder that can make it hard to fall asleep , hard to stay asleep , or cause you to wake up too early and not be able to get back to sleep .  Inilah masalah yang aku hadapi sekarang.  No1. Hard to fall asleep.  Sekarang ni aku rasa susah sangat nak lelap walaupun mata dah mengantuk, walaupun aku dah offscreen hf dan komputer, walaupun aku dah tutup lampu, walaupun aku memang dah ready nak tidur.  Pernah dari pukul 10 lebih, aku gelisah tak boleh nak lelap sampaila pukul 2 pagi.  Memang aku ni dari dulu sejenis susah dah tidur kalau dah melepasi waktu kritikal tidur, tapi lately makin teruk. Itu yang buat aku makin rungsing.  bab tidur ni memangla dari aku remaja, aku bukan jenis yang mudah tidur dan suka tidur.  Sebab tu bila kat asrama sekolah dan diploma pun, aku memang pastikan yang aku akan tidur sebelum pukul 12 malam.  Sebab aku tahu, selepas 12 malam...konfem aku akan cer...

Aurat & Istiqamah.

Image
Assalamualaikum. Jadi manusia ni, kalau makin tak berubah ke arah kebaikan..apa guna hidup kat dunia ni kan? Usia makin tua, supposedly sikit sikit kena ada kesedaran untuk berubah jadi lebih baik. Selalu dengar orang cakap, payahnya nak istiqamah. Payahnya nak maintain dengan sesuatu tu.. Tapi kalau berubah pun taknak..nak istiqamah macam mana kan? Masuk tahun 2019 ni..lagi 10 hari Muis dah nak cecah 35 tahun. Tua dah kan? Tapi I am still far away from being an excellent muslimah. Banyak lagi buat dosa. Banyak lagi amal ibadah tak sempurna. Pendek kata, dari markah 10, mungkin boleh bagi 3 je kot. 😂 Tapi bagi aku, asalkan ada kesedaran untuk berubah okla kan. Berubah atau tak, lain cerita ye. Tapi kalau dari awal kesedaran pun takde, itu yang bahaya. Tapi, berubah pun biarla dari yang tak molek ke lebih molek. Jangan yang elok elok dah molek, tetiba berubah jadi tak molek. Dunia akhir zaman kan? Semua benda pelik pelik je pun yang jadi. Macam kes Emma Maembong, ad...

Muis turns 34.

Image
Assalamualaikum. Dah sebulan lebih baru nak update pasal birthday? 😅 Tapi takpelah..untuk kenangan kan? yang tahun lepas pun rasanya tak publish.kihkihkih Tahun ni besday jatuh hari khamis. Takde nak sambut apapun. Dah tua kan? Aku cuma order brownies untuk diri sendiri. Takde orang nak belikan kita kek. 😢 Mulanya plan dengan kawan yang besday selang 3 4 hari dari aku, Cikji kot kot nak berjimba ke KT nak tidur kat mana mana 1 night. Tapi hari sabtu 3hb tu sabtu bekerja la pulak. So plan kansel. Brownies ni aku tempah dengan mak kepada students. Sape sape area kelantan boleh la tempah. Memang tak mengecewakan. Ni aku bagi link ig dia ... Instagram IzzBrowniesBites Yang ni harganya cuma RM20. Brownies banyak ni..suami makan 2 ketul. Yang selebihnya bawak balik rumah mak bagi anak sedara je makan. Then malamnya kebetulan mak buat solat hajat. Jemput orang masjid 4,5 orang je pun. Mak malas masak so beli satay n nasi himpit jelah. Ada kuih kuih jugak sikit. ...

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB

Assalamualaikum. Rasa macam baru je cabut gigi tahun lepas. Geraham atas. Belah kiri. Sebulan ni tiba tiba aku perasan geraham bawah pulak serpih n berlubang kat tepi. Makin lama makin sakit. If makan memang makanan terlekat kat situ. Bila dah start berdenyut sampai tak boleh nak tidur, nak tunggu apa lagi kan? So aku decide untuk cabut jelah. 2x pengalaman cabut gigi sebelum ni memang cabut kat klinik swasta je pun. Kalau kat area rumah..ada satu je klinik gigi. Klinik Arifin. N terkenal sebab tak sakit bila cabut n harga lebih murah if compare dengan klinik lain. So bila kali ke3 perlu untuk cabut gigi, memang plannya nak ke situlah untuk cabut. Tapi bila bagitau suami..katanya membazir. Cabut je kat klinik kerajaan. Sama je tak sakit.Kata dia lah. Hmmmmm....agak ragu ragu aku di situ. Aku ni kalau treatment yang besar n serius..okla if nak ke hospital kerajaan. Hospital kota bharu atau HUSM. Tu jelah pun yang mampu. Lagipun suami kerja gomen. Boleh guna GL dia....

I'm Not Happy

Image
Assalamualaikum... Seminggu dua ni tak tahula kenapa dengan aku ni. Mood memang tak berapa ok. Nak kata kelaut tak jugak. Nak kata ke awan jauh lagi. Pendek kata serba tak kena. Hati pun rasa tak berapa gembira. Takde apa sangat yang boleh ceriakan aku lately. Dahla aku ni insomnia. Nak tidur susah. Terjaga senang. Sekali terjaga..otak terus proses semua benda. Pendek kata memang sampai kesudah tak boleh sambung tidur. Memang aku ada masalah. Tapi rasanya terlalu peribadi untuk aku cerita kat sini. Kalau dulu aku pendam sendiri. Tapi lately aku start berkongsi dengan orang lain. Orang yang aku boleh percaya. Orang yang selalu ada untuk aku. Kasihankan aku. Cuba selesaikan masalah aku. Yang boleh lihat aku menangis tanpa aku rasa malu. Tapi masalah aku ni..walaupun berat insha Allah masih mampu aku tanggung. "Allah takkan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung..." Aku percaya itu. Mungkin dalaman aku terganggu. Lately aku kera...

Menu Muis 2.0

Image
Assalamualaikum.. lately mood nak capture gambar menu harian sudah kembali. so banyakla gambar dalam hf. pun asik tangguh je nak update blog. kalau time lapar atau puasa, muis suka sangat sangat kalau dapat tengok gambar makanan. alahhh...setakat makanan menu biasa biasa je pun.huhu  tapiiiii..menu biasa tu jelah yang buat muis n suami selera makan. lauk beli kedai ni sekali sekala bolehla. ikan pekasam dari kedah. kawan suami yang bagi. sedap sebab rasanya masam masam. memang kena molek if makan dengan lauk gulai ayam ke gulai ikan ke. if goreng garing memang licin sampai ke tulang. last stock tinggal sekor je. ada kawan balik kampung kat kedah nanti, harapnya boleh la kirim. cuma jenis ikan tu tak sure ikan apa. maybe ikan lampam jawa kot.  ikan selar kuning. suami suka beli n memang dia pesan goreng garing je. style aku serbuk kunyit lebih. memang sodap makan dengan nasi panas. cuma kena alert dengan tulang keras dekat perut dia je. orang k...

I.N.S.E.C.U.R.E

Image
assalam. dah masuk tahun ke-5 kahwin ni entah kenapa tetiba aku rasa insecure pulak. mungkin sebab takde anak. mungkin sebab badan makin gemuk. sila salahkan treatment hospital,(ubat subur, ubat hormon etc..huhuhu) so selalu rasa dah tak cantik dimata suami. selalu rasa suami dah tak sayang. selalu cari gaduh n salahkan suami berkaitan semua benda. tapi bila tanya suami, sayang gemuk ke? of kosla jawapannya tak. kalau tanya sayang dah tak cantik ke? of kosla jawapannya cantik. kalau tanya sayang ke tak? of kosla jawapannya sayang. tapi aku still tak puas hati. setiap hari aku selalu nak cari apa yang suami buat yang membuktikan dia sayang aku. psiko kan? aku selalu rasa aku ni banyak masa nak fikir benda remeh temeh macam ni (menurut kata suamilah) sebabnya aku ni sunyi. suami sibuk dengan hal dia. aku pulak takde anak nak dilayan. so banyak fokus pada suami. bila dah fokus asik pada suami, sekecik hal pun if ada tak kena, memang jadi masalah besar la bagi aku. d...

Mimpi Lagi

salam. last 2 days ni memang aku letih sangat sangat. 2 hari non stop kehulu kehilir. habis duit, habis masa, habis tenaga.huhu tapi takpelah, dalam moody aku pun, aku buat jugak. ikhlas tak ikhlas tu belakang kira.kihkihkih masa buat tu memangla rasa ikhlas, tapi bila ada tak kena je, rasa nak bebel ikhlas tu dah hilangla kot. tapi takpe, yang tu tuhan je tentukan. aku pernah terbaca, nak judge sama ada seseorang tu buat something ikhlas ke tidak ibaratnya mencari seekor semut hitam didalam gua yang gelap gelita. hah, jumpa ke kalau cari? macam tu sekali susahnya.huhu aku ni macam biasalah, if penat, then tido mesti mimpi mengarutttttt je.  malam tadi sikit punya gila la mimpi. so sebelum lupa cepat cepat aku cite kat blog ni. alkisahnya start mimpi tu dengan aku nampak helicopter kat langit depan rumah aku. dia suluh kejauhan then tempat titik yang dia suluh dari atas helikopter tutetiba jadi macam pop-up image. dalam mimpi aku ni, rupanya helicopter tu ten...

Tonsil, Bengkak Urat & Kembung.

Image
Assalam. Minggu ni minggu terakhir sebelum event sport day hari sabtu nanti. So minggu ni memang direct je students berlatih sukan n 3 hari terakhir ni ada full rehearsal. Kesimpulannya, minggu yang agak sibukla. Tup tup aku ni tetiba pulak bengkak tonsil. Nasib baik tekak je sakit. Tak demam ke hapa. Semalam lepas bangun pagi tetiba rasa sakit dalam tekak. Bila menelan je rasa macam tajam tajam gitu. Masa breakfast aku nganga n suruh suami tengok. Betolla tonsil belah kiri dan bengkak. So lepas balik dari hospital, plannya terus pergi ambik antibiotik jelah dekat klinik. Tapi rupanya sekarang ni dah tak boleh beli direct antibiotik, kena jumpa doktor jugak. so terus masuk jumpa doktor. Klinik Azhar kat pasir tumboh ni doktor lelaki. Bila tengok nama doktor, teringat dulu sorang senior masa kat sekolah Naim Lilbanat, ayahnya doktor n nama sama. Bila aku tanya doktor, dia iyekan memang anaknya ada sekolah sama dengan aku dulu. Busy body betul aku ni.kihkihkih. Tapi d...

Cara Bayar PTPTN dengan KWSP & Tukar ke Ujrah Agreement

Assalam. Semalam aku ambik annual leave halfday. Ada kerja nak setelkan berkaitan ptptn, kwsp dengan car dealer. Sebabnya hari Isnin lepas orang bank kol bagitau car loan tak boleh nak proceed sebab aku ada ccris ptptn.huhu Tulah, meminjam pandai. Bayarnya tak. Padanla muka aku,  salah sendiri kan. So bank cakap untuk setelkan masalah ni, dia nak new agreement dari ptptn je. Ujrah. Untuk dapatkan new agreement tu kenala bayor.huhuhu so aku terus google cari no fon ptptn. Dari 3 nombor pegawai pemasaran dia, yang last tu pick up phone so aku deal dengan dia je. through wasap n kol, kesimpulannya aku kena bayar around 7k plus plus, 25% dari keseluruhan tunggakan. Bila aku cakap takde amount sebanyak tu, dia cakap boleh keluarkan kwsp akaun 2 n bakinya kena bayar cash. lepas setel semua tu baru ptptn akan keluarkan new agreement ujrah tu. Disebabkan aku malas nak cerita panjang, secara ringkasnya kat sini aku list cara caranya nak setelkan benda alah ni. 1. Bayar t...

32 sudah.

Image
assalamualaikum. entri sempena besday.hehe haihhhhhh 32 sudah. tak tua tak muda. dewasa la kot. sepatutnya usia ni dah matang, tapi bagi aku, aku ni matang pada sesetengah hal. sesetengah hal lagi, aku masih muda remaja di hati. kihkihkih besday tahun ni nothing special. selalunya suami balik time aku dah tidur dia akan kiss n wish happy besday tapi tahun ni tak.wuwuwu bila aku tanya, dia cakap mengantuk sangat sangat. sampai hati! pagi esoknya baru wish. apa apa jelah laki oi.  hadiah entah ada ke tidak. kek entah ada ke tidak. kad entah ada ke tidak. mengada sangat kan? kihkihkih tapi dah request nak purse baru. kita tengokla nanti dapat ke idok.huhu facebook aku pulak aku dah lupa sejak bila aku setting yang tak boleh orang tulis kat wall. so a few friends dorang pandai je wish kat link blog.hehe lepas tu baru aku openkan untuk friends. anyway, thank you for the wish. itu tandanya masih ada yang ingat. masih ada yang care. masih ada yang anggap aku ni lo...

31yo

Image
assalam. dah lebih 2minggu baru nak update pasal besday. takpelah. buat kenangan. hihi 1 mac 2015. 9 malam. genap 31 tahun umur aku. tahniah ye muis. bertambah umur lagi setahun. syukur alhamdulillah jugak tuhan dah bagi aku hidup sempurna selama 31 tahun. walau hidup aku takdela perfect mana, tapi aku bersyukur. cukup makan pakai, cukup keperluan n kehendak, kira okayla tu. syukur dengan segala takdir tuhan kepada aku. walau ada kadang kadang rasa tak puas hati n aku kerap persoalkan takdir, tapi kenala percaya qadha' qadar. tak beriman aku kalau tak percaya rukun iman yang ke6 ni. if tahun lepas, aku malas nak ambik pot sayang pasal besday. maybe sebab baru cecah 3 series, rasa sedihla seposen. tapi tahun ni ntah kenapa mood menggatai la kot. dah tua tua perasan lagi nak celebrate. if orang lain, biasanya umur macam ni seronok menyambut besday anak. tapi dah aku ni nan hado lagi, excited sambut besday sendiri pun okay je kot. lagipun aku still young at ...

be positive in 2015.

Assalam. Tak tahula apa yang silapnya malam tadi. Agaknya lupa baca doa tidur kot. Berderet deret mimpi mengarut masuk. Yang mengganggu jiwa. Dalam 4 kot mimpi dan cerita yang berbeza. Paling last sebelum tersedar waktu subuh, mimpi kena langgar lari. Dan yang langgar aku tu parents kat tadika. Lepas tersedar gigih aku recall balik muka parens tu. Dan lagi pelik dalam mimpi tu jugak tetiba ada abang yang duk johor tapi dia balik kelantan n arahkan kawan kawan cina dia untuk jaga aku senyap senyap. Motif? Nilah akibatnya banyak sangat tengok cite penyiasatan. Kalau layan cite jiwang takdela dapat mimpi cenggitu kot. Memangla 2, 3 hari ni mood aku tak berapa elok. Lepas tu tambah dengan nak period. Tambah lagi dengan kecewa kalau tak pregnant lagi. Mana dengan kerja yang tak siap lagi. Stress sangat sangat. Rasa lemau je nak buat apa apa. I need motivation. Tak thula dalam bentuk apa, but i really need it. If dulu, aku cukup pandai cari jalan cane nak happykan...

sunday with BSB

Image
Assalamualaikum. Hari ke 3 bercuti, esok dah keje..yeayyy. Malam tadi dah plan hari ni peram, n golek golek lama lama sikit kat katil. Tapi macam biasalah, i ni jenis rimas. So 830 dah bangun n terus bukak laptop depan tv. Nak siapkan daily lp dulu. Sambil buat keje harusla bukak tv, tapi takde rancangan best pun. Sumer cite ulangan. Demm u astro. Tapi takpe. I ada banyak hiburan lain.hehe So sambung hardisc ke player samsung bluray. Layan je video berlambak lambak dalam tu. Done. Lagu yang paling n sangat sangat sangat i suka. I want it that way. Dari third album Millennium. Beratus n beribu kali dengar takkan jemu. I'll never break your heart. One of hits dari first album, Backstreet Boys. Layan my faveret since berbelas tahun dulu. Rugila sape tak minat bsb di zaman remaja mereka. Kata sekolah agama punnnnn. Ish ish ish. Masa tu memang siap cop sorang satu siap siap. Mine of kos la pilih kevin.hihi gatai. Masa tu i suka lelaki matang n mach...

the files of young kindaichi

Image
Assalamualaikum. Selama i dok langgan channel variety, takdenya i nak layan channel 715, animax. Memangla i minat komik, tapi takdela semua i tengok. Tetiba malam ahad ritu terbukak channel animax n nampak ada cerite penyiasat remaja. If sesape minat komik, konfem tahu pasal komik penyiasat remaja, hajime kindaichi. I dulu memang membesar dengan komik. Kami adik beradik semua jenis minat komik. Penyiasat remaja, mutiara naga dragon ball, great teacher onizuka (GTO), ujang, gila gila..macam macamlah. Nampaknya minat i ni sampai ke tua la gamaknya.huhu Tapi adik yang cikgu tu lagi gila komik. Segala jenis komik dia beli n baca. I pilih yang best je, dan selalunya i tak beli. Baca yang dia beli je.hehehe Tapi penyiasat remaja ni memang faveretla. Komik dia pun i asik dok ulang baca je. Rupanya ada main kat tv? Apalagi! Harusla kita menonton kan? Hihi Malam ahad tu memang 2 jam lebih non stop i layan si hajime ni. Memang tak tukar channel lain dah. Nasib baik ada en...

Bulat.

Image
Assalamualaikum. Petang semalam balik rumah mak kejap. Masa dok sembang, tetiba mak cakap "Bakpo napok  koho bulat loni?" Translate: kenapa nampak makin bulat sekarang ni? I is terkedu.huhu Tapi cecepat cover. "Mana ada bulat? Biasa je ni. Ngarut jah." Translate: mana ada bulat? Biasa je ni. Mengarut aje :D Lepas tu aku sengih je n mengaku berat sekarang dah hampir 60kg. Mak cakap if 60 dah samala dengan berat dia. Pastu aku cover lagi, naik berat sebab ritu makan ubat hormon.hehe Padahallllll....tapi takpeler, asal sihat. Tak kena tonsil, tak demam, tak sakit kepala, tak selsema, okayla tu kan. Tadi terbaca pasal diet atkins. Untuk 2 minggu pertama, jangan ambik langsung carbo. Just makan lauk n sayur je. Aduhai, boleh ke? Yang aku baca dalam blog tu, 3 hari je dia follow diet atkins, turun 1.5kg. Biar betul? Aduhai, makin stressla aku macam ni. Takpela, kita lupakan dulu pasal diet ni. Meh aku nak share pic makanan yang ada dalam ta...