Posts

Showing posts with the label Umum (U)

SKIPTRACE (2016)

Image
salam.  If weekend, hari sabtu selalunya boring. sebab dok ulang tayang je cite yang dah tengok sepanjang minggu. so last week, nampak je ada iklan SKIPTRACE kat astro best, memang aku teringin jugak nak beli. so masa kat rumah mak, aku beli cite ni. if keluar kat astro best murah jelah rm10.60 kalau kat astro first, mahal. selalunya cite melayu banyak keluar kat astro first. bagusla sebab aku tak minat cite melayu.huhu lama dah tengok cite ni kat web untuk download, tapi ritu masa nak download, aku tengok still takde subtitle dekat subscene.com. so aku tak download pun cite ni. alang alang dah ada kat astro best, beli jelah. if kita beli dapat jugak chanel astro best hd, tapi mandangkan rumah mak bukan tv flat screen, so gambar di chanel astro best hd tak cantik. asik pecah pecah je. so layan jelah kat chanel biasa. overall, tak rugi langsung beli cite ni. aku siap ulang tayang 2x direct non stop. if movie jackie macam biasalah mesti ada action kan? tapi ...

Mimpi.

Salam. Tiba tiba aku teringat malam tadi aku mimpi ada orang potong rambut aku. Then aku siap pesan jangan potong pendek sangat. Terasa macam ada makna if mimpi macam ni. So aku terus google tafsir mimpi ni menurut islam. Keputusannya, mostly semua web cakap tafsir mimpi ni kita akan kehilangan orang yang kita sayang. Then ada web yang tulis akan bercerai. So direct. Bila bagitau suami, dia nampak macam nak marah. Aku dengan lurusnya cakap, boleh caya ke ni b? Kita kan ok ok je ni takkan tetiba nak cerai. Suami pun perli aku suh tanya google betul ke tak.huhu Sebab dia tahu aku ni jenis mudah terpengaruh.  Contohnya aku ni if mata kiri berkenyit kenyit selalunya aku akan menangis. Tapi yang ni memang fakta. Sebab selalu sangat jadi. If mata kiri terkenyit kenyit, esok or lusa mesti akan jadi apa apa yang buat aku menangis.  Tiap tiap kali jadi macam tu.  So bila baca tafsir mimpi macam ni memang aku risau. Lagipun dah seminggu mata kiri aku...

Buah Hati Pengarang Jantung & Limpa

Image
salam. hari ni kita lari sikit dari topik ramadan. boring kan? asik dok bebel bukak puasa makan apa je. hari ni nak bebel pasal buah hati pengarang jantung. bukan jantung aku tapi jantung suami. tapi kalau dah jantung suami, mestila bini kan buah hati dia? hmmm takde maknanya.huhuhu haa, nilah dia buah hati laki aku. budak gebu gebas oren belang belang ni. dalam banyak banyak kucing, yang nilah sorang yang laki paling sayang. orang lain time makan terpaksa share dalam bekas atas lantai. budak gebu sorang ni, makan asing special atas kerusi lagi. sekarang ni bukan setakat manja dengan laki je, dengan aku pun dah jadi 'meto' jugak. sekarang ni asal dekat masa berbuka, pandai je dia lepak dapur. kalau kucing lain, aku acah acah dengan penyapu terus lari, tapi budak sorang ni ketegaq sunggoh. if aku suruh keluar dia pandai je naik sembunyi atas kerusi bawah alas meja. bajet aku tak nampak la tu. lepas tu if dia lari ke ruang tamu, pandai je dia sembunyi k...

Gerhana Matahari

 Assalam. tak pernah tahu pun selama ni rupanya gerhana matahari tu salah satu petanda mungkin terjadinya kiamat. "Setiap kali bila tibanya gerhana maka akan mundar-mandirlah Rasulullah saw dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan baginda saw terhadap fenomena yg berlaku. Tergambar kerisauan di wajah baginda terutama kepada para umatnya..baginda risau dengan persoalan adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu petanda berlakunya kiamat. Setiap kali tibanya gerhana Rasulullah saw akan cepat-cepat mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat berlalu kerana jika Al lah SWT mengkehendaki menahan / melanjutkan tempoh gerhana itu sehingga ke tempoh yg Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dgn kebiasaan maka huru haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat... Itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar...kerana itulah Rasulullah saw melakukan solat sunat dan ...

Jamu Kencur.

Image
assalamualaikum.. entah mengigau hapa tetiba aku terbeli jamu kencur la pulak. memangla tiap tiap hari kat fesbuk tu ada je iklan pasal jamu kencur ni. tapi kebetulan tengah ada promosi beli 2 percuma 1. so aku pun wasapla salah sorang online seller yang berlambak kat fb tu. yang masa aku beli ni, harga promosi rm130 untuk 2 kotak, n dapat free 1. if retail 1 kotak rm80. dengan kawan mak sedara dia jual rm70. so beli rm130 dapat 3 kotak memang murahla sangat kan? dalam rm44 je sekotak.  so malas nak fikir banyak beli jelah sebab nak try. dah alang alang ada promosi. kalau ikutkan testimoni yang dia share memangla best best. selain dari sebab nak tolong dalam proses aku nak pregnant,  aku jugak dok aim untuk period. sebab aku baca ada satu testimoni tu dia cakap bila makan jemu kencur ni, dia macam bersihkan peranakan. bila period, keluar semua darah hitam berketul ketul. aku ni memang ada masalah period terlampau sikit, so nak tryla mana tahu menjadi. ...

putu mayam on deepavali

Image
Assalamualaikum. Otw balik dari rumah mak jap tadi dalam kereta terdengar dj cakap putu mayam salah satu makanan orang india. Ye ke?  I tot putu mayam makanan orang melayu. If belah luar putu mayam makan dengan kelapa parut. Tapi di kelantan putu mayam kami makan dengan kuah santan dimasak dengan gula melaka. Kebetulan otw masa nak pergi rumah mak singgah nak tapau makanan, so nampak ada putu mayam kat gerai kuih. Kutu mayam ni my faveret, so terus beli satu bungkus. Putu mayam ni sedap sebab kuahnya tak manis sangat. 4 keping rm2 saja. Ok, tu je dinner saya untuk malam ni. So kesimpulannya, putu mayam ni makanan orang melayu ke orang india? I is konfius. Apapun, happy deepavali to all hindu. #entrisempenacutideepavali:D

Resepi: Puding Karamel Cikgu Ismira

Image
assalamualaikum *update: entri lama terjumpa dalam draf lupa nak publish ;) semalam tetiba mak cakap nak makan puding karamel saya manala tahu nak buat.huhu nasib baik cikgu ismira ada dialah pakar pembuat desert dalam  famili kami saya ni pandai makan je.hehe so dia dia arahkan suruh saya tolong dia buat senang saja pun lepas ni saya pun boleh buat sendiri.hehe walaupun ni resepi bodoh je tapi saya nak share jugak disini senang kalau saya nak buat lepas ni, takut lupa.hehe Bahannya: telur susu pekat sedikit gula caranya: mula mula pukul telur dengan susu telur terpulanglah kalau nak rasa lemak berkrim letaklah lebih kami ni guna 10 biji telur dengan 3/4 susu saya kacau je guna senduk kawan saya cikji cakap dia blender,lagi senang.hehe lepas tu tambah sedikit air and kacau lagi  saya tak pandai pecah telur mesti terpecah dengan telur kuning sekali kak saya cakap tak payah sukat air pakai pen...

leisure time: royalti: amanah dikhianati

Image
assalamualaikum semalam cuti hari pekerja tapi aku tak kemana mana pun just duduk rumah basuh baju, lipat baju then layan movie non stop petang sikit gerak pi rumah mak tu jelah aktiviti boring hari cuti aku.hehe terjumpa buku ni nampak menarik je aku kan peminat merah.hehe selama ni memang tak ambik tahu sangat pun pasal isu Royalti ni dah baca buku ni barula tahu nape dok kalut pasal royalti ni malasla nak cakap lebih lebih tapi berdasarkan apa yang aku baca and atas dasar aku anak kelantan of kosla aku sokong merah kannnn... terus terang cakap aku tak kisah siapa nak tadbir kerajaan yang penting kelantan aku tetap nak PAS walaupun mak ayah penyokong tegar biru,wakaka ;)

aku dan pru

Image
assalamualaikum bulan depan dah nak mengundi kan? ntah kelantan ni cuti ke idok kalau tak cuti bos cakap nak bagi keluar untuk mengundi je bergilir dengan teacher yang lain actually aku ni memang tak minat politik tak pernah nak ambik pot pun mana yang elok aku terima  mana yang tak elok tolak la tepi kalau ikutkan pru yang dulu aku dah layak mengundi tapi aku tak daftar, malas campur kesedaran sivik tu takde lagi tapi untuk yang tahun ni aku memang dah daftar la tahun 2011 aku daftar, actually orang yang tolong daftarkan tapi minggu lepas aku check tengok takde pun nama hmmm lantakla suami cakap rugila satu undi hmm malas tak kuasa la aku nak layan lagipun, satu je yang aku rasa okay pasal nak mengundi ni pasangla poster banyak banyak teduhla sikit jalan dari panas terik.hehehe ps: jangan cakap aku sokong bulan purnama ek kebetulan je lalu situ nampak macam meriah je  kalau aku mengundi, mestilah rahsia sap...

thumbs up!

assalamualaikum hari ni tiada mood nak berblogging lepas blogwalking jap baru moodnya datang.hihi so hari ni nak share satu karenah baru yang aku  buat masa drive sesape nak ikut bolehla.hehe selalu kan kalau ada kereta yang dari depan yang memotong tanpa jarak selamat pastu dia masuk balik line dia sebelum hampir hampir bertembung dengan kita biasa kita akan bagi high beam atau horn je kan tapi aku selalu lambat pick up selalu sempat marah sorang sorang je atas kereta tak sempat nak buat apa signal tup tup 2, 3 hari lepas aku terfikir lepas ni kalau aku bertembung dengan situasi macam tu lagi aku akan buat thumbs up pulak so lepas tu memang aku buat macam tu lah pergi keje pagi pagi selalu jumpa driver yang macam tu mana yang dengan kereta, mana yang dengan motor sp bila dia dekat je aku buat thumbs up, yang bermaksud: 'bagus..memang pandai kau memotong hingga hampir nak melanggar aku..' pagi tadi aku dah buat thumbs up untuk sebuah motor and petang s...

duit kecil punya hal

Assalamualaikum Semalam pergi kerja aku drive sendiri So sempatla singgah beli nasi bungkus kat kat area bbukit marak Makanannya pun okay, lauk banyak pilihan dan sedapla Boleh kata kalau pagi kedai ni jadi pilihan la untuk orang breakfast dan bungkus So kebetulan aku sampai, adala sorang lelaki sampai Bukan budak tapi rasanya muda sikit la kot dari aku Naik motor buruk je Pakai baju pun nampak lusuh je Pastu mukanya ala ala kesian pulak Dia masuk dok hujung sana Pastu lepas je dia cakap nak nasi sebungkus Makcik yang dok bungkus nasi tu dok bebel bebel pasal duit kecil Rupanya budak tu keluarkan rm10 nak bayar nasinya rm2 je First time la tu aku tengok makcik tu perangai tak semenggah gitu Selalu macam ok je walau tak mesra rakyat sangat Dahla kedainya ramai orang Ada ke patut dia pergi marah budak tu pasal nak bayar dengan duit besar So aku tengok dia and senyumla kat dia Dia pun macam segan segan je bila orang dok tengok dia ...

1 januari 2013

Image
Assalamualaikum Ni cerita minggu lepas Hari ni baru nak update.LOL membusy la katakan Kebetulan hari pertama bukak sekolah masih di musim hujan, banjir So aku dengan bersemangatnya kol  0645 am dah gerak dari rumah Tapi aku still sampai tadika kol 8 lebih Padahal perjalanan biasa sepatutnya dalam 15-20 minit je dari rumah Aku biasa lalu ikut jelawat and pauh lima terus ke bukit marak Nak keluar simpang selepas sk pauh lima tu lambatla sikit Past bila nak dekat sampai sk bukit marak dengan sm puteri saadong Memang la akan bersumbat sumbat kat situ Mana yang nak keluar dari simpang bukit marak lagi Masa nilah semua driver nak tunjuk terer Asal sempat je memotong, mencelah masuk Masa nak potong memang akan makan jalan sebelah la Pastu bila kereta ada datang dari depan tahu pulak nak bagi signal nak mencelah masuk depan kita Tahu pun takut kena langgar Alah bukan boleh pergi jauh pun Pali...

musim hujan: like vs dun like

assalamualaikum dah masuk ke minggu baru hujan pun masih berterusan lagi siang malam malam tadi hujan memang non stop aku pkai baju sekali dengan sweater 3 lapis selimut 2 lapis, memang over sebabnya aku suka sejuk tapi tak tahan sejuk.hehe hari ni nak story apa yang aku suka and tak suka bila musim hujan suka: 1. bunyi hujan yang terkena bumbung. makin lebat makin kuat bunyi makin best. walaupun bising tapi konfem lena tidur. biasanya lepas tutup mata and baca doa tidur semua, aku akan menghayati dulu bunyian hujan tu. suka sangat sangat 2. suka sebab cuaca sejuk and boleh bermalasan depan tv dalam selimut. oh heaven sangat sangat. walaupun aku bukan kaki tidur tapi kalau musim hujan biasanya kerapla sikit aku terlelap.hehe tambah tambah kalau lepak berdua dengan hubby pulak tanpa gangguan orang lain kat rumah. oh seolah dunia ini aku yang punya!LOL 3. suka sebab boleh makan ikan 'darat' yang fresh ditangkap dari sawah. ikan haruan, ikan sepat, ikan puyu. ika...

kedai buku & alatulis nur iman, bachok

Image
assalamualaikum hari ni nak promote kedai baru buka hakmilik my dearest friend,  tc Na and hubby walaupun tc na dah ada fixed job tapi still ada niat nak memajukan diri nak berbusiness untuk menambahkan lagi koleksi emas 916 muahahaha.. (sori kak na, just kidding) dalam islam pun digalakkan berniaga so aku memang support tc na punya business ni 200peratus Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan. so semalam first time aku berkunjung ke kedai tc na sempatla grab satu novel saja support business kawan siap dapat diskaun lagi.hehe pastu beli novel dapat newspaper free lagi tau tapi spesel untuk aku sajalah.ahakkksss kedai buku dan alatulis nur iman lokasi memang strategik betul betul kat hadapan SK Badak & SMK Badak, Bachok, Kelantan harapnya buka sekolah nanti semoga diserang oleh students kat situla wah berharap bagai macam kedai aku yang punya saja.kihkihkih...

pembuka selera: lawar ikan tamban

Image
      assalamualaikum pembuka selera yang kedua pilihan aku di  bulan puasa bagi yang tak pernah makan resepi ni memang sedikit pelik sebab isi ikan yang diguna tidak dimasak dimakan mentah ala sushi gitu.hehe jom baca resepinya from mak saya bahannya: ikan tamban (yang ada banyak tulang tu) asam limau nipis kacang panjang lada daun kesum, bunga kantan perasa, gula garam dan sedikit pak aji cara membuatnya: ikan tamban disiang dan difilet potong nipis nipis memanjang kacang panjang potong nipis nipis isi ikan diperah asam limau sampai masak isinya gaulkan dengan kacang panjang tumbuk lada dengan garam kasar gaulkan dengan isi ikan masukkan juga sedikit daun kesum dan bunga kantan tambah perasa dan siap bagi penggemar makanan masam masam macam aku ni lawar ni memangla sedap letak dalam fridge bagi sejuk buat meratah pun sedap gambar cilok from google tapi yang ni dia tak letak banyak kacan...

random pics

Image
assalamualaikum banyak benda juga yang nak diblogkan tapi mood pulak tak mari mari banyak kerja nak kena setelkan sebab students ada midterm exam next week so nak postkan random pics jelah hari ni jambu epal from cameron last year pergi ada yang ni aje taun ni ada yang kaler merah pulak tapi bila try still sedap yang kaler hijau ni aku beli rm20, 5 biji makan dengan hubby je tak kongsi makan dengan biji dia pun sedap.hehe orang eskimo tersesat ke apa ni panas terik pun nak pakai sweater berhud.huhu sanggup jadi model tengah panas 2 orang from csi tengah tengok tempat kejadian kejadian dipercayai berlaku pagi depan mata diorang jugak nasi sup ayam and daging bakar tepi sungai dengar kata best tapi first time try bagi aku biasa aje sup dia tak power langsung tawar hambaq ayam and daging bakar sedap tapi sosnya ala ala manis gitu patutnya kena pedas masam n salty ke sikit hmm tipikal...

bah dah datang lagi

assalamualaikum pagi tadi otw ke tempat kerja hujan selebat lebatnya bila kereta dah berderet atas jalan sampai kerja pun lambat la dua tiga hari ni hujan dah mula balik dah tak panas kalau tak hujan pun mendung aje walaupun berkereta payung kenala ada kalau tak basah kuyup la jawabnya sebab hujan memang tak bagi clue tiba tiba je dia boleh turun.hehe kerja tuhan semuanya bila dah start hujan officiallynya nak start la musim banjir rasanya semalam dengar berita memang dah ada tempat yang banjir pun tahun ni aku kenala standby sebab rumah B antara kawasan yang naik air.hehe kalau dalam bilik B memang la naik air sampai kena pindah barang.huhu penatla nanti buatnya tengah kat tempat kerja hujan lebat tak berhenti naik air habisla rosak barang tahun ni merasa la aku suasana banjir naik air kat rumah B sebab kalau area rumah aku memang tak pernah naik air kalau tempat lain dok riuh dengan banjir gitu gini kena pindah duduk pusat pemulihan kampung aku rileks je seba...

pelakon terbaik

Image
assalamualaikum siapa dia pelakon terbaik itu? kitalah.. diri kita sendiri adalah pelakon terbaik sepanjang hidup kita dan pentas lakonan kita adalah sepanjang perjalanan hidup kita kenapa kita adalah pelakon terbaik? kerana kita tetap tersenyum walau hati sedang bersedih kerana kita tetap menerima walaupun hati memberontak tidak mahu kerana kita memaafkan walau hati kita tidak ikhlas merelakan kita menjadi seorang pelakon terbaik di depan mak ayah kita kita menjadi pelakon terbaik di depan pasangan kita kita menjadi pelakon terbaik di depan kawan kawan kita kita menjadi pelakon terbaik di depan semua orang cuma kita tidak akan boleh menjadi pelakon terbaik didepan Tuhan kita...Allah SWT walaupun memang ramai umatnya yang menjadi pelakon terbaik di depan Nya  termasuklah aku teruskanlah berlakon jadilah pelakon terbaik di dunia yang tidak akan berkekalan ini sedang diri tidak sedar hujung penghidupan yang semakin menghampiri.. ta...

bersalin....

hari ni rasa nak tukar background bru n layout bru untuk blog aku ni.. padahal yang dulu dah elok pun tapi saje je.. tapi lepas dah siap, tengok balik bukan menarik hati sangat pung.. hmmmmmmm tak puas hati pulak rasa.. jap lagi tukar lain pulak kalu jumpa background yang berkenan...

kempen senyum selalu-datuk seri najib razak

Image
wah..kempen baru ni macam nak perli aku je.hehe aku terasa jugakla sebab aku memang susah nak senyum tambah tambah dengan orang tak kenal muka aku plak kalu tak senyum, semua orang cakap sombong, berlagak tapi biasalah ciptaan tuhan ni berbagai takde yang sempurna pun actually aku takdelah sombong pun kalu member yang kenal memang peramah la sangat sebab tu orang cakap tak kenal maka tak cinta tapi kalu rekod dari masa sek menengah masuk universiti pastu masuk keje dari dulu reviews yang  tetap sama semua cakap aku sombong dan berlagak sekolah menengah..naim lilbanat a few best frens buat pengakuan masa first time kenal masuk hostel dorang sume mengumpat aku sombong dok nyanyi sorang sorang sambil basuh baju masuk diploma..uitm machang zack, nano, arn sume kutuk aku sombong pengakuannya dibuat lepas jadi besfren masuk degree..uitm dungun baity, sue, dan sume classmates n housemates pun sma jugak mesti ada pengak...