SizzlingSaturday- Nasi Ayam Taman Sri Tanjung



assalamualaikum


untuk segmen sizzlingsaturday minggu ni aku nak letak resepi Nasi Ayam Taman Sri Tanjung
resepi ni aku dapat dari sorang kawan aku masa kat uitm dungun
masa tu kirorang duk rumah sewa kat taman sri tanjung
so selalu la main masak masak.hehe

first time aku try buat nasi ayam ialah 2,3 minggu lepas
nasib baikla menjadi
and bagi aku memang tersangatla sedap.hehe
memang tak sangka sebab first time try tu
lagi sedap dari nasi ayam cikgu ismira.hehe


pics from pak google


BAHAN BAHAN
Bawang putih
Bawang merah
Serai
Halia
Kunyit
Jintan manis, jintan putih, ketumbar
Garam, gula, perasa
Kiub pati ayam
Sup bunjut
Cili kering kisar


PERAPAN AYAM
Tumbuk bawang merah, putih,serai, halia. Lumur di ayam, letak kunyit, jintan manis, jintan putih, ketumbar, garam, gula, perasa. Perap semalaman dan rebus dalam air yang banyak. Selepas rebus, lumur dengan kicap manis dan goreng.


SUP AYAM
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang dikisar. Masukkan halia yang ditumbuk. Masukkan air rebusan ayam, sedikit jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Masukkan sup bunjut dan ayam. Masukkan kentang dan bawang besar, masukkan perasa dan kiub pati ayam. Renih api perlahan.


SAMBAL KICAP BERLADA
Tumis dengan sedikit minyak bawang merah dan bawang putih dan halia. Masukkan kicap. Masukkan sedikit cuka, perah limau nipis. Masukkan lada kering kisar. Kalau pekat masukkan sedikit air. Masukkan perasa, gula, garam. Tumis sehingga garing.


NASI
Masak nasi dengan menggunakan air rebusan ayam. Masukkan halia dan bawang putih yang dihiris. Letak daun pandan. 



selamat mencuba




Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM