Posts

Showing posts with the label 2016

Muis & Raya 2016 (Part 2)

Image
 salam. bersambung lagi cerita 3 syawal. pagi jumaat tu lebih kurang pukul 10 sedara dari Terengganu pergi ziarah kubur n terus balik. hari ni cadangnya nak balik rumah mak petangla sikit sebab lepas jumaat nak pergi kenduri. so untuk breakfast aku just panaskan lebihan satay dengan nasi himpit yang aku simpan dalam peti ais masa raya pertama. nasib baik elok je lagi. lagipun aku ni perut tak sensitif, so dari membazir baik habiskan je. tengahari lepas suami balik jumaat terus pergi makan kenduri. disebabkan lama dah tak makan nasi kenduri, so agak  banyakla pulak aku makan.  lepas tu singgah pulak open house rumah kawan sekolah suami dulu. ada nasi beriyani, ada mee kari, ada mihun goreng tapi aku ni tangki kecik je, so makan jelah mihun goreng je. tak terliur langsung nak makan nasi beriyani dengan mee kari. sekarang ni tengah lapar, rasa menyesal la pulak.huhu then, bila sampai rumah mak petang, cikgu isroha je ada kat rumah. ada mak buat laksa lemak s...

Muis & Raya 2016 (Part 1)

Image
salam. Ya Allah raya tahun ni rasa bencinta betul dengan line internet. rumah mak tu selalunya if Digi memang dapat full bar, tapi dari first day raya line macam harem. balik rumah mentua lagi la teruk. No service terus dia bagi kat aku. hari ni dah masuk kerja baru boleh nak update blog. tapi takpe sebab aku guna masa rehat nak taip blog so kira halal la kan. makan 5 minit, solat 5 minit lagi 50 minit sempatla aku nak bebel kat sini.kihkihkih selalu pun memang macam tu. aku update blog masa rehat n publish terus. petangnya lepas habis masa kerja  baru share kat fesbuk. kadang kadang pagi esoknya baru aku share di fesbuk. memangla masa kerja ada jugak bukak fesbuk kejap kejap tapi janganla melampau sangat. masa kerja kan? berkat kenala jaga.huhu tak dapat banyak, dapat sikit pun jadilah. ok berbalik pasal cite raya. aku nak summarykan sekaligus je dari menjelang raya sampaila raya ke4. petang raya macam biasa tugas aku lah nak kena pergi collect satay yang tempa...

Persiapan Raya 2016

Image
salam. tahun ni persiapan raya biasa biasa je. malas nak masak apa apa aku just tempah satay je n biskut raya jelah. nnati mak mentua mesti ada buat ketupat dengan tapai. lepas tu nak prepare lauk basah je. biasa pengalaman raya selalunya aku jadi kebulur n gastrik sebab kurang makan nasi. so kena standby lauk siap siap incase balik rumah n lapar masak nasi jelah.hihi walaupun tahun ni aku jual biskut raya, tapi untuk aku, beli 2 jenis je. almond london dengan tops crispy. almond london dah selamat aku habiskan 1 balang. lepas tu baki biskut lain aku beli dari kawan kawan je. lepas tu beli popiah sikit dengan kerepek. dalam gambar ni takde biskut semperit dengan tat nenas. bajet kuih raya tahun ni RM167 je. first time beli biskut ketuk ketuk aidilfitri. walaupun mahal sikit tapi berbaloi, sedapla jugak. memang sedap kot. yang aku beli ni dari mak student, o'coffee cookies. tapi if nak improve kena lebihkan rasa cofee tu kot. baru kena denga...

25, 26, 27 Ramadan 2016

Image
Selepas 7 hari, akhirnya hari ni dah boleh sambung balik berpuasa. Macam biasa, aku paling tak suka berpuasa di rumah. Rasa masa tu lambatttttt sangat berlalu. Kejap kejap tengok jam. Pastu hari ni pun rasa malas sangat nak buat apa apa. Nak keluar pun malas. N rasa macam malas jugak nak masak berbuka. Semalam dah balik bukak puasa rumah mak, so hari ni macam malas je nak balik. Asik dok baring je, kejap kejap tertidur. So badan pun jadi letih.huhu Kesimpulannya, hari ni adalah hari malas muis. Kahkahkah hari khamis otw balik kerja aku singgah bazar peringat.  cadangnya nak cari kerabu mangga tapi dah berapa kali singgah asik takde je.  so dok merayau masuk pasar nampak la ada pakcik jual telur ikan.  dah lama tak makan so aku beli 1/4 kilo, rm3 je.  Balik goreng 2 pcs cukupla makan berdua je.  biasa telur ikan aku if tak habis aku buat ratah ratah je. dap dap.    buka puasa rumah mak petang jumaat. ...

21,22,23 dan 24 Ramadan 2016

Image
Salam.... macam biasa bila penghujung ramadan selalunya memang semangat mengupdate blog tetiap hari beransur hilang. masa ni dalam kepala asik dok fikir pasal raya dah. pasal persiapan raya, baju raya, kuih raya duit raya n serbi serbilah. dalam ramadan berbaki lagi 6 hari ni, aku still tak boleh sambung puasa. maybe esok n lusa kot pastu sempatla kot sambung puasa 2,3 hari terakhir. bila dah tak puasa, ghairah masa berbuka pun dah hilang. tapi still jugak nak kena beli n masak lauk. kot tak laki nanti nak makan apa pulak kan. cuma sahur jelah dia pun dah malas nak bangun. aku apa lagi kalau suami taknak bangun, pucuk dicita ulam mendatanglah.hehehe lauk berbuka hari selasa. buat daging goreng kicap n ikan bawal. suami tapau gulai ikan masin. ahad isnin berbuka aku malas nak snap gambar. entah makan lauk apa, dah lupa.hehe buka puasa semalam aku tapau lauk padprik ayam dengan gulai siput sedut. suami tapau sambal ikan bilis n lawar. semalam both padpri...

biskut raya 2016

Image
salam. tetiba tahun ni aku jadi penjual biskut raya. tak plan pun, tapi masa bulan 3 kot lebih kurang, kawan di tadika bagitau dia ada join satu group wasap jadi dealer biskut raya. teringin pulak nak join. aku ni memangla hantu biskut raya. if jadi agen dapatla beli biskut murah sikit kan. masa seller ni buat majlis macam tea party la kot untuk bagi agen tester biskut raya, aku tak join pun. masa tu kebetulan kereta rosak tak boleh nak g. so harapkan kawan tu jelah pergi try biskut raya. lepas dia cakap sedap, konfem jelah nak jual biskut ni. aku takde guna tester apa pun, just aku print je gambar biskut n buat sebagai katalog. lepas tu bagi je orang tengok katalog n pilih jelah nak beli yang mana. yang ni separuh dari yang order untuk family je ni. kawan tempat kerja, dapat je stok aku terus bagi siap siap. lantak la awal ke hapa, malas aku nak simpan dah. aku jual pun just tunjuk katalog kat kawan sekerja pastu adik beradik n family jelah. adala rezeki dapat ...

17,18,19,20 Ramadan 2016

Image
puasa rabu khamis aku tak sahur. bila tersedar lewat dah pukul 5 pun. Selalunya mak mertua kejutkan tapi bila aku keluar bilik rupanya dia pun tak sedar jugak. Suami pun aku suruh naik makan sahur rumah kakak dia jelah. Aku takpe minum air je pun dah ok. Pagi tadi pulak mak mentua dah kejut tapi pukul 3.30. So aku lelap balik sebab dah kunci alarm 4.20. Tapi rupa rupanya jam hf tu pulak salah terlewat 2 jam. So alarm tu pukul 7 baru berbunyi.huhu Aku tersedar pukul 5 tengok suami dah naik sahur rumah kakak. Mesti dia ingat aku taknak sahur sebab 2,3 hari lepas aku memang cakap malas nak bangun sahur.huhu Bila mak mentua tanya nak makan ke tak aku cakap takpelah sebab memang tak selera pun so aku minum air masak jelah.  Hari ni dah masuk 21 ramadan tapi aku tak tepek lagi lauk berbuka dari hari rabu sampaila sabtu. Sehari dua ni takde mood la pulak. Pms kan... so moody je memanjang.huhu untuk berbuka hari cuti nuzul quran, aku balik rumah mak.  aku reque...

16 Ramadan 2016

Image
Salam. Hari ni dah masuk 17 Ramadan pun, so hari ni cuti umum sempena Nuzul Al Quran. Bila bercakap pasal AlQuran ni rasa kecewa pulak dengan diri aku ni. Dah 17 hari tapi aku baru masuk juzuk 9.huhu Masa minggu first puasa aku dah dapat baca extra 1 juzuk dari jumlah hari puasa. Tapi masa aku tak selera sahur n berbuka ritu memang badan rasa letih sangat sangat so aku banyak skip baca quran. Bila dah tinggal, memang susahla nak konsisten balik. Sebab tulah dalam ibadat ni kena istiqomah. Setan tunggu masa je nak hasut kita ni kan? Salahkan setan la pulak. Padahal aku yang tak kuat iman. Kihkihkih. Dahla aku akan period hari ni atau esok. So mungkin sempat sambung puasa minggu last je kot. Apapun, atleast aku nak capai jugak 15 juzuk. Tahun lepas setakat 12 juzuk je pun. So untuk sahur pagi semalam aku n suami just makan lauk lebihan berbuka je. Untuk berbuka pulak, aku just buat ikan tongkol masak kicap. Saja malas nak tapis minyak. hehe Pastu buat telur m...

15 Ramadan 2015

Image
salam. pagi semalam bersahur aku masak nasi je. lauk pulak just makan saki baki yang masa berbuka. aku memang dah takde mood nak masak time sahur. cuma lauk tu kena panaskan jelah. then untuk berbuka, singgah beli lauk. niatnya nak cari ikan kerisi pastu nak beli sayur lemak. tapi kat gerai tu takdelah pulak ikan kerisi. nampak aku ikan tongkol besar besar, ada yang dia dah potong separuh bahagian ekor. so aku ambik yang tu je. suh dia hiris siap siap. beli rm9 dapatla 7 keping termasuk ekor. pastu aku beli lala dalam setengah kilo. dari hari tu lagi teringin nak buat lala goreng pedas. la ni puasa dah tak rasa apa. perut sikit pun tak lapar. so balik kerja sampai lebih kurang pukul 5.30 sempatla lepak kejap. pukul 6 baru masak nasi n prep bahan masak. dalam 645 baru aku start masak n terus hidang. lala goreng pedas. setengah kilo ni aku masak semua n bagi sikit kat rumah kakak ipar. ingatkan dah banyak makan berdua, rupanya suami nak meratah tak cukup.hehe...

14 Ramadan 2016

Image
salam. dah masuk 2 minggu puasa ni rasanya jadual perut aku dah terbiasa dengan waktu sahur n berbuka. elok je nak dekat masa bersahur, memang terasa kriuk kriuk perut jadi lapar.hehe sekarang ni dah selera makan nasi masa sahur. masa berbuka maintain 1 senduk je banyak meratah lauk. cuma semalam je bertambah sebab tengok suami makan bertambah. tapi lepas makan tu memang sakit perut.huhu untuk bersahur semalam, aku goreng ikan bawal je. tu pun separuh je. pastu tambah telur dadar.  sedang elok share makan 3 orang termasuk kucing kami.hehe aku sahur setakat nasi separuh senduk, suami 1 senduk.  cukupla tu. tak payah nak bazir. untuk berbuka pun aku tak beli apa. otw balik kerja suami tanya nak beli apa, aku cakap tak payahla. dah ada daging singgang, pastu aku goreng ikan terubuk n buat sayur kulat sisir pecah telur. pastu tambah telur dadar. suami tapau sambal ikan bilis kering dari kakak dia. aku cakap kat suami sukalah tu kakak dia buat sambal ikan bilis...

13 Ramadan 2016

Image
salam. dah nak masuk 2 minggu puasa pun. kejap je masa berjalan. tanda dunia akhir zaman kan? alhamdulillah setakat ni puasa ok. cuma malas sikit tang nak bangun sahur je. tapi dah suami suka makan nasi  baru masak, gagahkan jugak diri bangun pukul 4 pagi masak nasi n buat lauk. untuk pagi ni, aku just goreng daging campur ayam. goreng kunyit pastu bila dekat nak masak tambah sikit kicap n sos tiram. makan tu jelah. lepas tu tunggu subuh n baru tidur balik. hari ni mak cakap nak pergi hantar lauk ada bukak puasa kat masjid. so dalam pukul 10 lebih aku keluar pergi  bank kejap pastu singgah beli a few things yang mak kirim. sampai rumah mak tengahari tu terus masak dapur siap barang barang nak masak. kupas bawang n potong sayur semua. disebabkan mak baru nak baik dari demam, so aku tolongla masak sikit. tapi dah namanya mak kan, if tak kalut memang tak sah. ada ke tengahari lagi dan nak suruh aku masak. setakat nak buat 2 jenis lauk ni, setengah jam pun tak...

12 Ramadan 2016

Image
Salam. 12 Ramadan di hari cuti.  Bertabahla muis. Huhu. Lebih kurang 7 jam lagi nak berbuka. Tu pun sebab lepas subuh aku tertidur lama. Dekat pukul 10 terbangun n terus mandi. If bangun lewat, badan aku selalu rasa letih. Lepas mandi aku masuk kain dalam mesin pastu lepak jelah. Panas pulak rasa hari ni. Malam tadi hujan boleh tahan lebat jugak. Pagi tadi bersahur aku masak sardin pastu goren g telur dadar. Untuk berbuka dalca dah ada yang beli semalam. Tak berusik pun lagi dalam plastik. Lepas je suami balik dari masjid tetiba hujan turun selebat lebat alam. Astro sah sah dah kelaut so layan movie jelah. Layan movie Shahrukh Khan. Fan. Suami pun layan sekali. Citenya quite bestla. Aku n suami dok bertekak pasal watak utama dia tu sama ada Shahrukh yang dimekap atau orang lain yang dimekap nak tiru dia. Tapi suara sama.hihi Lepas habis cite aku keluar cari ikan segar tok bali.  Suami cakap nak pergi menabur baja kenaf dia.  Pastu ...

11 Ramadan 2016

Image
salam. akhirnya hari ni sampai hari terakhir kerja untuk minggu ni. weekends ni tak sure nak ber yahuuu ke ber huhu. almaklumla bila bulan puasa ni, rasa tercabar sungguh if stay rumah je. letih dengan dahaga tu rasa lain macam je. pagi pagi dah kena bangun nak basuh baju. nak jemur baju. petang nak kena angkat, malam nak kena lipat. tu belum masuk nak kemas bilik, nak kemas dapur, nak kemas ruang tamu. aduhhhhh penat weh jadi pompuan ni. aku suka merungut kan? padahal bukan ada anak pun.kihkihkih lagi satu tak suka sebab tak kerja, so masa tu rasa lambat sangat berlalu. if hari kerja, cepat je rasa dah petang. kalau bulan puasa kat rumah, rasa macam lama giler nak tunggu bukak puasa. kejap kejap tengok jam.hihi nak buat kerja banyak banyak kang penat pulak. mana nak kena masak lauk berbuka lagi. if hari cuti, takde alasan kot untuk tak masak. 1 la kot alasannya. malas.hihihi pagi tadi aku bersahur dengan lauk kerutuk daging yang beli petang semalam. mulanya be...

10 Ramadan 2016

Image
salam satu pertiga ramadah.hihi hari ni dah masuk hari ke10 puasa dah. pagi tadi pukul 3.30 aku tersedar terus segar bijik mata. membawak sampai ke sahur. rupanya semalam aku tertidur depan tv dengan tv n lampu tak tutup. suami macam biasa lepas balik terawikh keluar mengeteh. aku pulak konon nak layan Devious Maids. tapi dah main lambat sangat pukul 11 malam. sah sah dah aku mengantuk. kebetulan pulak malam tadi hujan renyai renyai so sejuk, makin best la tidur. bila tersedar pukul 3.30 takkan nak masuk dapur sebab awal lagi, so temanla laki layan bola. dia tengok kejap je pastu tertidur. aku pulak yang segar bijik mata layan bola. laki ni tambah channel astro sport buat membazir duit bayar bil je. la ni astro bulan bulan dekat RM100. if ada bayar lewat sikit dari due date, terus bulan seterusnya jadi bil makin mahal. masalahnya if tengok takpela jugak. ni dia banyak membuta dari tengok bola. tu yang aku geram tu. kebetulan pulak tahun ni ada sukan olimpik. so ala...

9 Ramadan 2016

Image
salam. pagi ni sedang elok aku terjaga pukul 4. terus bangun masak nasi pastu panaskan baki lauk berbuka. ikan bawal cicah sambal kicap dengan sayur kulat sisir. selera pulak aku makan sahur pagi ni.hehe dah lama tak makan kulat sisir. last week balik rumah mak ada banyak yang ayah kutip belakang rumah, so aku tapau sikit. sempatla 2x goreng. if kulat sisir biasa goreng dengan telur jelah. kadang aku ni kagum jugak dengan diri aku ni. if masak, hatta di bulan puasa, selalunya memang aku letak secukup perasa. memang tak kurang n tak lebih. bila sampai masa bukak puasa, bila try je ok sedap cukup rasa dah. terus rasa, waaa hebat aku ni.kahkahkah. walaupun mak mak selalu rasa hujung lidah time bulan puasa tapi aku tak berani. takut tertelan. sesia je puasa aku sehari. tapi sejak dah lama main masak masak ni, dah pandaila kot adjust gula garam semua. 'konsepnya letak sikit dulu tak cukup baru tambah. n aku ada terbaca jugak perasa gula garam semua tu kena letak di ...

7,8 Ramadan 2016

salam. gigih je aku up entri pasal ramadan kan?hehe release tension sikit bila dapat menulis n membebel kat dalam blog ni. lately macam banyak masalah la pulak. fikir pasal itu ini, jem kepala otak aku. kadang kadang rasa masalah datang bertimpa timpa. tapi dah nama manusia kan? orang gila pun ada masalah kot.hehe apapun, selagi boleh pujuk hati supaya positif, maka positifla aku. bak kata pepatah, ikut hati boleh mati, ikut rasa binasa.huhu so untuk sahur 7 ramadan, pagi semalam aku just masak nasi n panaskan gulai ketam untuk suami. untuk aku, cukup dengan mineral coffee dengan butter cracker. pastu macam biasa teguk air masak sampai sebu perut. aku ada terbacam, if makan biskut untuk sahur akan tahan lebih lama compare dengan nasi. so automatik minda akan set ok, aku akan ok sampai petang sebab dah makan biskut.hihi yang penting kena think positif sokmola. untuk berbuka pulak, aku drive sendiri so boleh singgah kat bazar feveret aku, Bazar Peringat. memang niat...

5,6 Ramadan 2016

Image
Salam. Ramadan ke 5 puasa memang aku jadi selembik jeli dah. Boleh bayang tak masa bukak puasa, minum air dengan tangan menggigil gigil. Tu je pun yang mampu masa tu. Minum air. Nasi memang taknak. Aku teman suami je makan. Lepas suami pergi terawikh n aku solat isyak baru aku makan nasi sorang sorang depan tv. Pagi tu memang aku tak sahur. Tak bangun pun. Dengan letih n tak sedap badan. Aku suruh suami nakk sahur rumah kak ipar je. Bagus perangai punya bini kan? Huhu Yang aku pulak masuk dapur ambik air sebotol. Teguk yang tu je sampaila habis waktu sahur. Dahla balik bukak puasa rumah mak petang khamis nasi makan ciput je. Lauk memang banyak. Aku beli ayam percik n daging bakar. Beli roti john dengan kuih cara berlauk. Beli kerabu buah bacang sikit. Tapi aku cuma ambik tomyam sikit pastu cubit ikan percik sikit. Memang tak tahu nape rasa tak selera. Maybe balik kerja petang tu dah rasa tak sedap badan. Muka rasa panas. Dengan sakit mulut sebab ulser lagi. Huhu ...