1st Visit HRPZ II: O&G Clinic



Assalamualaikum.


Dah berapa bulan baru nak update pasal treatment dengan gynae. Akhirnya selepas berfikir panjang dan berbincang dengan suami, aku putuskan unuk mulakan rawatan dekat hospital. Seriously. Rasa macam dah tak sanggup nak menunggu macam menunggu buah yang tak gugur. Lepas sebulan sebulan berlalu, mengandungnya tak.huhu


So first step, berdasarkan pertanyaan dari orang sekeliling, dan aku jugak ada bertanya di husm, so aku tak boleh direct ke klink o&g, tapi aku kena pergi check dulu di klinik untuk dapatkan reference letter then barulah boleh dirujuk ke pakar sakit puan.

Aku pilih ke klinik kerajaan je, sebab fikir senang kakak ipar ada kerja klinik. Nak buat apa apa lebih mudah dan cepat. So lepas pergi klinik, mula mula sekali kena ambik darah hari ke 2 dan hari ke 21 period. Dekat 3 kali jugak aku berulang ke klinik untuk proses ambik darah dan hampir sebulan jugak menunggu barulah result keluar.

Bila result test darah dah keluar, doktor cakap hormon aku ok je dan tak ada apa apa masalah. Then, nurse yang incharge terus kol untuk buat first appointment dengan klinik o&g. Masa tu aku fikir nak sambung di husm je, sebab lagi dekat dengan rumah tapi bila nurse kol tanya set tarikh untuk first appointment, tarikh terdekat bulan 8. Padahal masa tu awal bulan 5. Takde maknanya aku nak tunggu lagi 3 bulan. So aku kansel cakap nak tukar ke hrpz je. So bila nurse kol dapatla tarikh hujung bulan, almost sebulan jugak kena menunggu tapi okla dari 3 bulan. Memang aku dah nekad taknak tangguh tangguh lagi.

Sebulan menunggu dalam ketaksabaran akhirnya sampaila masanya. Kali ni aku pergi berdua dengan suami. Sebab manala tahu kot suami nak kena  check ke apa senang. Masa sampai dalam pukul 8.30 klinik memang penuh, ramai sangat. Kebanyakan pompuanla.hehe... Suami aku suruh unggu kat luar. Kemain lagi lama menunggu sebelum panggil giliran. Kesian suami kat luar. Lepas daftar, prosedur biasa check berat dan tekanan darah. Lepas tu dipanggil untuk scan perut pulak. Lepas scan barulah tunggu giliran nak masuk bilik doktor.

Bila masuk bilik doktor tu aku start berdebar dah. Sebelum dia check, macam macam ditanya. Pendek kata semua yang berkaitan tu ditanyala. Lepas tu doktor bagi tips tips jugak pasal hari subur, pasal huhungan suami isteri. Lepas tu baru lah check fizikal aku.

Nak story pun tak tau cane, tapi adegan seluk n suluh tu berlakula.huhu. Tapi tak malu pun. Bukan saja saja nak tayang. Lagipun doktor perempuan. Lepas tu doktor buat test pap smear sekali. Sebab aku tak pernah lagi buat pap smear. Bila tengok alat dia tu, sabar jelah. Kalau bab sakit, bolehla lebih kurang. Sakit sangat pun tak, tak sakit langsung pun tak jugak.

Untuk kali ni doktor bagi clomid dengan acid folic je. Clomid untuk dimakan hari ke2 sampaila hari ke6 untuk next period. Sebulan lepas tu masa kat langkawi aku period. Kebetulan dah malam baru perasan period, so was was bila hari ke2 yang tepat, jadi aku tak makan. Period seterusnya pulak bulan puasa, nurse tak bagi makan jugak, sebab dia cakap bulan puasa tak buat tvs. So 2 minggu lepas period barula aku berkesempatan makan clomid.

So semalam temujanji hari ke 14 utuk buat tvs. Aku akan sambung dalam next entri.

Kesimpulannya dari first treatment ni, aku rasa bersyukur sangat akhirnya aku nekad untuk mula rawatan. Kalau sebelum ni, aku macam takde idea, rasa macam hilang punca apa masalah sebenarnya kenapa aku susah nak pregnant. Tapi sejak mula rawatan, rasa macam harapan tu ada. In fact, aku rasa menyesal je kenapa aku tak mulakan rawatan dari awal lagi. Kenapa aku bazirkan masa 2, 3 tahun macam tu je.

Tapi takpelah, bak kata omputeh, better late than never.

Setakat ni review dari nurse dengan doktor alhamdulillah tak ada lagi yang menggusarkan hati aku. Rasa tak sabar nak tunggu next appointment bulan depan.




Comments

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM