3rd Visit HRPZ II: TVS-ke2


Assalamualaikum.

Hari ni appointment kali ke2 yang aku tunda masa demam hari tu.
Macam dulu jugak, if hari appointment, memangla ramai orang.
Aku sampai klinik o&g ni pun dekat 830.
Padahal lepas subuh tadi terus bersiap.
Tapi dah nama tumpang orang kan, harusla ikut masa orang.
Suami pukul 8 baru siap.
Sempatla aku muncung seround. Menyampah.

Kalau dia awal awal lagi bagitau nak masuk kerja lewat, takdela aku bersiap awal sangat.
Sementara menunggu dia, sempat lagi aku jemur baju n tengok tv.
Yela, dah orang ramai, of datang lewat, mestila siap lewat.
Dia takpela masuk ofis.
Kita nilah yang kena tercongok sini berjam jam.huhu.

Okay, habis membebel kat suami.

Lepas daftar, macam biasa timbang berat dengan ambik blood pressure.
Nurse cakap berat naik 1.5 kg dari last visit. Great job.
Makan banyak lagi ye muis.

Masa kt rumah dah makan epal sebiji.
Otw datang sini makan wafer crunchy nestle 1 bar.
Lepas tu pergi kedai cari roti bilis n milo.
Cukupla alas perut sampai tengahari.
Untuk tengahari, awal awal dah bagitau suami nak singgah makan tomyam kaki bukit.
Makan lagi :"

Buat masa sekarang ni dah 2 jam 30 minit lebih kurang sejak aku sampai.
Masih menunggu. Tapi tadi sempatla aku pergi meja nurse ushar kad aku.
If dia ambik dari depan, turn aku ke yang ke4.
Okayla tu. Sabar.
Banyak lagi yang aku kena tempuh dalam proses nak mengandung ni.
So, ini baru cabaran kecil.hehe semangat ni

Dekat nak pukul 12 kot akhirnya sampai turn aku masuk bilik doktor.
Bila dia tengoo rekod yang lepas, sama jugak macam doktor yang dulu, based on result, semua mcam ok je.
Hormon ok, telur ok, ntah apa lagi yang ok, tapi kesimpulannya, dia tak boleh detect any problems dengan aku ni.
Lepas tu dia tanya pasal result semen suami.
Aku cakapla suami tak buat lagi, so dia suggest next thursday.


Pastu dia bagi borang siap siap.
Yang dulu ntah mana aku letakkan, dah hilang.
Test ni boleh pilih nak buat kat rumah atau kat klinik je.
Ada bilik khas pun kat situ.
Aku cakap kat suami if taknak buat di klinik, buatla kat ofis.
Nasib baik ofis dia dekat sangat dengan hospital.
Dalam 2 minit kot.
Pandai pandaila dia nanti, bukan budak kecik pun.hihi

Kali ni pun sama, doktor bagi a few tips dan jelaskan mana yang aku rasa tak cukup info lagi.
Lepas tu dah kebetulan hari ni hari ke14 dari first day period,
So dia cadang untuk buat another tvs.
Hari tu buat tvs lepas makan clomid, so hari ni nak tengok macam mana telur aku tanpa makan clomid.
Then, keputusannya, sama jugak macam hari tu.
Telur aku okay je dan boleh pecah sendiri.
Aku cuma kena bersama suami kerap sikit dari biasa.
Doktor suggest 3x seminggu. Owh, baru tahu.

Lepas keluar bilik doktor, aku terus wasap suami.
Bila aku bagitahu yang doktor cakap aku ok je, dia pulak jadi risau takut dia yang bermasalah.
Lepas tu bila aku cakap yang kena kerap bersama, dia pun terus macam bersemangat la konon.
Ok, kita ikut cakap doktor, katanya. Hihi.

Lepas tu masa nak buat tvs, aku ternampak doktor lelaki tempat scan.
Terus bagitau suami. Of coursela cuak kan.
Hari tu masa first buat tvs, staff nurse je yang buat.
Tapi aku rasa aku ok je. Masa masukkan alat scan, bukannya dia akan tengok pun bahagian sulit.
Tapi suami tak tahu, ada ke cakap tak payah buat.huhu
If tak buat cane nak tahu resultnya?
Alahai, ingatkan suami i ni open minded.
Tapi nasib baikla rupanya yang lelaki tu doktor pelatih je pun.
Masa yang staff nurse tu buat scan perut n scan bawah, dia just ambik notes je.
Alhamdulillah. Lega seposen ;p

Lepas tvs, masuk balik bilik doktor then dapat tarikh temujanji hujung november nanti.
Kali ni akan jumpa pakar kesuburan terus. Finally.
Sebelum ni just jumpa doktor biasa, harapnya dah jumpa pakar nanti adalah nampak progress yang lebih baik. In sha Allah.

Dalam pukul 1 la kot baru siap semua.
Suami memang kerja half day je.
Masa siap semua, suami memang dah tunggu depan klinik pun.
Terus balik rumah n singgah makan dulu. Lapo.huhu


Singgah makan kat kedai kaki bukit.
Tomyam putih, telur dadar, kailan ikan masin, udang goreng kunyit, timun n sambal belacan.
Aku dahla sekarang ni makan banyak.
Suami pun dia cakap masa rehat pagi just makan kuih je.
So, yang order ni semua memang licinla.
Tomyam macam biasa, kuahnya tak cukup if makan berdua.
Both aku n suami suka hirup kuah.
Nampaknya lepas ni kena order tomyam asingla.hihi
Dasar pentamak.
Tapi udang kedai kaki bukit ni memang best.
Ntah apa dia letak sebab udangnya memang garing sampai ke kaki dan ekor udang licin aku ngap.
If goreng kat rumah tak jadi pun macam tu.
Agaknya dia letak tepung jagung kot. Nanti aku nak try.

Lepas makan terus balik rumah.
Mandi, solat, rehat.
Buat lesson plan sikit.
Dan sekarang aku tengah tengok masterchef australia season 6.
Rasa lapar la pulak.
Nak masak megi la kejap.hihi
Makan lagi! Babaiiiii...



Comments