mulut jahat



assalamualaikum


hari ni ada temujanji di klinik
nak ambik result darah bulan lepas
lepas suami gerak pergi kerja aku terus siap siap
730 dah gerak pergi klinik 
masa sampai dah ada orang tapi still awal la lagi
bila jumpa doktor alhamdulillah result semua ok
hormon semua ok
so doktor terus sediakan surat reference untuk rujuk pakar gynae


memula aku cakap nak rujuk ke HUSM
then bila nurse call nak setup tarikh dia cakap tarikh free hujung August
mak aihhh lagi 5 bulan, lama tu
so aku mintak nurse yang in charge tu kansel dan mintak rujuk ke HRPZ II
alhamdulillah dapat tarikh 28.5
lama jugak lagi 2 bulan tapi okayla kot dari bulan 8



surat rujukan dah dapat
tak sabar nak mulakan langkah pertama
in sha Allah kali ni usaha ni akan berterusan
semoga semua dipermudahkan


doktor pun bagitau nanti suami kena pergi jugak
maybe aku akan di scan la kot
tak kisahla treatment apa pun yang penting kami berikhtiar
nasib baik suami kerja gomen, so tak payahla risau sangat pasal payment ke apa
boleh guna GL suami je dulu..alhamdulillah

dalam pukul 10 setel semua, drive balik dan terus inform suami
then singgah pasar cari breakfast
lepas tu singgah rumah mak kejap sebelum masuk kerja balik tengahari
kebetulan nenek pun tak sihat so singgah rumah pakcik nak kasi makanan sikit
biasa nenek kalau tak selera makan dia suka laksa penang
so belikan laksa penang dengan laksam sebungkus untuk dia

singgah je rumah pakcik rupanya mak ayah pun ada situ
adala jugak jiran merangkap sedara 3 orang yang datang sembang sembang tengok nenek tak sihat
elok je aku turun kereta mak bagitahula yang aku ni baru balik dari klinik
pergi ambik keputusan test darah itu ini
tapi manusia ni biasalah kan
mulut tu sebenarnya lagi elok diam kot kalau tak reti nak cakap benda yang elok

bila aku dengar perkataan 'mandul' aku diam je
malas nak cakap apa apa, malas nak berkurang ajar dengan orang lebih tua
tapi bila suami aku pun kau cakap mandul
memang dah lebih sangat la tu kan
sah sah la suami aku tu tak mandul
tak kirala kau tu tua ke muda ke, sedara ke sape 
memang la kau ni manusia mulut busuk
mulut bangkai
bangkai pun tak sebusuk hati manusia macam ni

kebetulan nenek takde pakcik bawak pergi klinik
so aku terus ajak mak balik
tak kuasala nak pandang muka manusia manusia macam ni
balik rumah terus wasap suami
aku tahu kalau aku cerita kat suami petang nanti konfemla aku menangis depan dia
tapi sambil dok berwasap tu pun mengalir jugak air mata ni
tapi takpe, aku doakan semoga orang yang mengata aku ni mandul
moga tuhan yang balas semuanya

suami pun naik anginla bila aku cerita orang cakap aku mandul,
pastu orang cakap kot kot dia pun mandul
first time la kot suami naik angin pasal ni
selalu dia cool je suruh aku sabar jangan dok layan sangat mulut orang ni

ya Allah, ni baru permulaan untuk aku
takkan jadi kudis semua kata kata tu pada aku In Sha Allah.....






Comments