Tuesday, December 23, 2014

5th Visit: TVS ke3/Pregnyl Injection

Assalam.

semalam aku ada lagi temujanji untuk TVS(trans vaginal scan) lepas consume clomip yang doc bagi masa temujanji lepas. 
so macam biasa first day period terus set up tarikh untuk buat tvs, biasa nurse cakap hari ke 12 atau hari ke 14 lah.
temujanji semalam pukul 2.30 petang, tengahari tu lepas solat zohor suami datang ambik. 
dia drop aku depan ong clinic pastu dia terus masuk ofis. 
semalam sekali dengan aku adalah 4,5 orang. 
kali ni kena buat tvs dekat labor room sebab dekat clinic dorang standby untuk banjir.


disebabkan aku ni jenis cekap dan pantas, so dapatla turn nombor 2.
Bila nurse cakap sape nak buat dulu, cepat cepat aku offer dia.
orang lain bila nurse cakap kena buang air dulu, dorang kena pergi balik klinik ong, aku malas. 
so aku cari je tandas dekat wad pesakit, lagi cepat.hihihi

semalam ingatkan nak scan tvs je. 
rupanya aku kena ambik pregnyl injection sekali. 
bila aku tanya nurse kata suntikan HCG. 

so lepas ambik suntikan ni, dalam masa 34-40 jam seterusnya kena bersama dengan suami. 
tak boleh tidak, wajib. 
sebabnya suntikan tu untuk rangsang dan pecahkan ovum. 
hopefully bila bercantum dengan sperma, adala rezeki nak dapat anak.huhu

so nurse kira siap siap timingnya kebetulan elok je pukul 2 pagi lebih kurang. 
memang time tu pun selalunya suami balik dari kedai. 
molek la sangat. 
sejak 2x buat tvs, nilah kali pertama kena inject ni. 
nurse bagitahu kali ni saiz telur aku 24x26mm. 
besar tu. 
agaknya kesan dari dos clomip yang aku consume hari tulah. 

so bila nurse bagitahu je yang aku ni kena inject, memang rasa excited sangat sangat. 
padahal penakut jarum. 
tapi kali ni redha. 
alah jarum halus je pun.
kena gigit semut api lagi sakit.huhu

then, lepas cucuk nurse bagi tarikh appointment lagi 2 bulan. 
if tak pregnant kena datang la. 
if pregnant, kenala kol bagitahu klinik jugak untuk proses lanjut. 
serius semalam memang aku rasa excited n positif sangat sangat. 
dalam erti kata lain happyla. 

walaupun semuanya ditangan tuhan, tapi at least aku dah usaha. 
Ya Allah, kalaula ada rezeki aku...permudahkanlah! 

4 comments:

Z.U.E said...

amin.. semoga ada rezeki..

wawa syaida said...

semoga ada rezeki muis...wawa baru je positif

Jee Abdullah said...

inshaa Allah. semoga Allah bagi rezeki pada muis & hubby. bykkan berdoa & tawakkal. Jaga diri k! :)

nik ros said...

isyaAllah..moga ada rezeki nnt untuk awak yea

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...