Posts

Showing posts from July, 2011

semakin hampir....

malam tadi aku tertido masa teman B tengok f1 qualification round then aku bermimpi lagi mimpi seolah olah dunia hampir kiamat hanya aku seorang yang masih ada berdiri di atas sebuah bangunan melihat semua kehancuran yang berlaku sekeliling aku masa tu tepat jam 0518 petang kiamat akan berlaku tepat masuk waktu maghrib.. tiba tiba aku terjaga rasa takut seminggu lepas dah sekali aku bermimpi pasal kiamat mungkin aku terlalu banyak fikir kot.. tapi takpelah atleast sedikit sebanyak boleh menginsafkan diri aku sebab aku tahu aku memang banyak dosa dosa pada mak ayah dosa pada suami aku dosa pada orang sekeliling aku dan paling banyak dosa kepada tuhan aku aku harap kedatangan Ramadhan kali ini dapat menjernihkan balik hati hitamku dapat menambahkan lagi timbangan pahala aku dapat mengurangkan sifat mazmumah aku terimalah ibadatku ya Allah amin ya rabbal alamin..

ramadhan kali ini

tahun ni, 2011 kali pertama aku menyambut ramadhan sebagai seorang isteri bersama suami bersama keluarga mertua menyiapkan makan sahur mengejutkan B makan makan sahur berbuka puasa selayaknya suami isteri huhuhuhu malasnya nak bangun sahur kalu aku sorang senangla kalu taknak bangun pun tadi bila tanya B, kita nak makan lewat ke nak bangun sahur B? (dalam hati biarla B malas bangun jugak..) tup tup B cakap kita bangun sahurla sayang huwaaaa ok tak putus asa lagi "tapi B, nanti kan kita sedap tido, malas pulak nak bangun.." "rajinla sayang.." huwaaaaa "tapi B nanti senang ke nak bangun?" "senangla sayang.." double huwaaaa!!!! ish tensionla.. tension tau kena bangun kol 4 pagi n masak huhuhuhu takkan nak bagi laki ku makan lauk sejuk haihhhhh... takpela boleh pahala aku sediakan makanan untuk orang yang nak berpuasa apatah lagi laki ku sendiri.. haihhhhh nyesal kawen.....hihi

ditinggalkan akhirnya.....

Image
dalam kesedihan sebab first time berpisah lepas kawen hubby kena pergi kursus 3hari 2malam di tasik kenyir pagi semalam b bertolak dengan bas IKBN pukul 10 pagi bangun dari tido terus packing baju yang b nak bawak based on kertas tentatif program banyakla jugak baju kena bawak baju formal baju kasual seluar track baju untuk aktiviti keagamaan kasut kerja kasut sukan toiletries tuala penuhla satu beg b cakap ni first time dia g kursus bawak penuh satu beg hehehe harusla sebab bila aku packing baju mesti lebih dari kegunaan baik lebih dari tak cukup so lepas packing terus siap sebab nak keluar awal sikit nak breakfast sama aku sampai tak jadi nak puasa ganti hehehe masa otw ke IKBN b tanya  "sayang sedih tak B nak tinggal ni? takdela orang nak peluk tido malam.." hehe masa tu aku tak sedih pun so aku dengan berlagak jawab "alah, tak sedih pun..dah biasa.." tup tup masa aku tengok bas gerak je keluar dari

the ring>aksesori>cincinkudia

Image
the ring tajuk cite hantu korea sengal bodoh tu kan? wat geli ketiak je hampeh tak seram pun.. tapi bukan nak cite pasal the ring tu la.hehehe ni pasal ring..cincin..our ring..me n hubby punya cincin.hehehe both of us dua dua tak suka pakai cincin sangat sebenarnya macam B dia cuma suka pakai jam aku pulak kalu aksesori paling suka jam n subang jelah tapi bila dah meningkat dewasa barula setat suka pakai barang kemas so pakaila gelang rantai leher pulak pakai sekali setahun bila hari raya sebab aku tak suka kalau nak tido rantai tu dok belit belit kat leher annoying ok siap belit kat rambut la lagi so memang buat aku macam kucing nak beranak je.hehehe tapi bila dah kawin b cakap kenala pakai lengkap sebab dok umah dia kan nati orang cakap aku ni cikai sangat takde barang kemas tu yang aku tak faham tak pakai tak bermakna tiada low standard punya mentaliti sungguhla.. so aku pun pakaila rantai leher,gelang,subang n cincin siap dua be

pengantin sakit

Image
cerita hari nikah bangun je pagi tiba tiba rasa sakit tekak sakit bila nak menelan.. aduii takkan la hari nikah aku ni jugak dia nak buat hal sebenarnya benda ni dah biasa pun sakit tekak nak menelan ni sebab aku memang ada tonsil takdela sampai demam apa tapi seksala n buruk la muka aku sebab berkeriut muka tahan sakit masa nak menelan..huhuhu dahtu nak buat cane ubat memang takde stok pagi2 dah kena bangun n mandi sebab nak kena makeup untuk akad nikah so abaikan jelah dulu tapi bila aku bangun tido n terasa je sakit aku terus g bilik mak kejut dia dari tido n bagitau sakit tekak sambil nak menangis  hahaha aku memang takleh blah kalau sakit gak mulala ngada nak menangis sume sakitnya tak seberapa pun then dekat kol 9 siapla makeup sebab masa tu cik arn dah ada ada mintak tolong dia berenti kat klinik ikhlas belikan ubat n aku tunggu dalam kete bukan saja nak ngada2 susahkan dia tapi malula dah pakai baju nikah n makeup sume ora

praktis makes perfect!

Image
last saturday pegi melawat besan mak ayah kat husm otw nak jalan ke parking ternampak satu wheelchair yang orang tinggalkan  so aku pun tolak n suruh ayah naik sebab sekarang ni ayah macam dah tak boleh jalan elok sakit kaki n sakit tumit jalan pun pelan pelan je so aku suruh la ayah duduk n nak try tolak la nak tengok larat ke tak sebab ayah boleh tahan jugak berat badan dia so bila ayah dah duduk aku tolakla dalam 200 meter sambil gelak gelak mak dah bebel marah suruh turun cakap ayah buang tabiat.hehe okla ringan je wheel chair tu walaupun berat ayah nak dekat 70kg praktisla nanti kalu ayah dah uzur aku larat je tolak hehe tak payah aku nak harapkan orang lain selama ni pun aku yang duduk rumah yang selalu teman ayah pegi klinik,hospital adik beradik semua jauh yang dekat pun dah berkeluarga ada komitmen banyak tapi sekarang aku pun dah kawen mestila keutamaan untuk suami rasa bersalah jugak sebab dah tak banyak masa

klasik+kelakar..

Image
break sekejap dari entri cerita kawen.. semalam teman ayah pegi klinik balai,bachok so masa tengah menunggu tu terpandangla something yang........ first time jumpa first time tengok and kelakar la bagi aku hehehehe   tolong tanggalkan pakaian anak anda sebelum ditimbang ;) cuak giler muka baby kena baring dalam tu..huhu alat penimbang baby yang dibuat dari kayu siap balut dengan kertas pembalut lagi hahaha memang kelakar gila kalu aku dah ada baby nanti tak gamakla nak letak dalam ni zaman it sekarang pun ada lagi benda tradisional macam ni.. hmmm mentangla klinik luar bandar alatan pun nak ala2 kekampungan jugak..huhuhu

Wedding: Dulang Mas Kahwin

Image
Assalamualaikum Selain 18 dulang hantaran belah pihak aku dan suami, ada lagi satu dulang hantaran untuk letak duit hantaran merangkap mas kahwin. If negeri lain, duit mas kahwin dan duit hantaran tak sama, tapi di Kelantan selalunya kami gunakan duit hantaran sebagai duit mas kahwin. Contohnya if suami bawa duit hantaran RM10k, jumlah tulah yang digunakan sebagai mas kahwin.  Selain duit hantaran, biasanya pihak lelaki akan bawa jugak barang kemas sebagai hadiah. Dekat sijil nikah nanti memang dia akan state both duit hantaran dengan hadiah sampingan tu. If banayk bajet bolehla bawa satu set barang kemas pulak. Hadiah barang kemas tulah biasanya yang digunakan masa nak membatalkan air sembahyang. Untuk dulang hantaran ni, guna gabungan warna merah dan putih je. Guna hiasan bunga yang sama dengan hantaran belah suami. Tapi idea kawan aku ni guna dua ekor angsa, aku suka sangat sangat. Masa mula mula tengok memang dah berkenan.hihi... Bekas untuk letak duit h
Image
WEDDING V8: BUNGA MANGGAR Assalamualaikum bunga manggar untuk perkahwinan aku handmade oleh tangan aku sendiri sampai luka luka tangan masa nak siapkan 4 bunga manggar 3 hajatnya nak letak di setiap simpang terdekat dengan rumah n satu nak letak di halaman rumah so gigihla siapkan comel comel je bunga manggar yang aku buat pastu disebabkan something personal aku pun nak letakla jugak gambar kat situ hehehehe  b tahu nape kan? tapi last2 atas nasihat mak, tak jadi nak letak gambar dia tak bagi alasan tak logik dia "takut nanti ada orang ambik gambar tu..." yang berkaki aduiii..pemikiran warga emas ni memang susah nak ubah tapi takpelah.. so alang2 dah ada 3,4 keping yang b dah print kaler n laminate so nak puaskan hati aku buat jugak n pacak depan rumah aku siap kebas batang penyapu kat dapur hehehe masa orang tengah ramai2 nak kemas dapur sume cari batang penyapu tingal bulu dia je hahahaha tak kuasala aku nak g
Image
WEDDING V7: BERINAI Assalamualaikum nape sume orang bila nak nikah berinai? tolong jawab? tapi ada sesetengah orang tu orang kelate cakap orang jangok suka pakai inai habis je pakai habis je pakai habis je pakai ish ish ish aku dulu masa budak budak pun suka pakai inai petik daun inai siat daunnya pastu tumbuk pastu macam macam petua la orang cakap kalu nak bagi inai merah taruk arangla taruk nasila taruk belacanla taruk taik idungla.. hahahaha... part taik idung tu aku tambah hokey.. bila pakai inai masuk je tido pagi esoknya bertabur la inai kat tempat tido satu kejenya pulak nak bersihkan kadang2 balut pakai plastik pun habehla tercabut mandi pun nak pakai plastik sama je tapi bila masuk u ada rasa orang yang suka berinai ni macam kg type too kampungan nampak kotorla hahaha pendapat aku je hokeh yang ada pakai tu jangan terasa... hahaha tapi bila nak kawin ni, aku pun kalut nak berinai gak
Image
WEDDING V6: BUNGA TANGAN mulanya nak suruh aine dari Huz Aine Bridal buat bunga tangan guna fresh flowers tapi fikir balik jauhnya nak ulang alik g ambiknya masa tu aku n dia memang busy so kira macam takut x sempat ke hapa so decided nak suruh dia buat guna artifial flowers je pastu fikir punya fikir hmmm pakai yang kedai pengantin punya jelah save bajet lagi hahaha so bila tiba harinya datangla bunga tangan hmm xdela cantik sangat rupanya so suruh my pengepit cik arn tolong adjustkan bagi lebih cantik so nilah hasilnya..  patutnya buang daun hijau tu kembang semacam je.huhu   eh tangan pengantin pun nak pose dengan bunga tangan no regret okay..let bygones be bygones..huwaaa

Wedding: Hantaran Untuk Suami

Image
Assalamualaikum.  Selalunya hantaran antara pihak lelaki dan perempuan dalam bilangan ganjil dan tak sama, contohnya if lelaki bawa 7 dulang hantaran, pihak perempuan bawa 9 dulang. Tapi untuk majlis aku ni, taknak la macam tu. Aku nak jumlah yang sama je, sebab fikir nanti if jumlah sama, cantikla sikit nak susun kat depan pelamin. So aku decide 9 dulang dari aku, dan 9 dulang dari pihak lelaki. Mulanya sempena kahwin tahun 2011, aku cadang nak buat 11 dulang. Tapi bila fikirkan balik, macam banyak je kosnya. Dahla hantaran ni aku tempah, if buat sendiri jimatla kot. Tapi aku ni jari je ada siput, tapi bab menghias, langsung tak pandai.hehe Semua dulang hantaran 18 dulang, aku tempah dari butik pengantin kawan aku,  HuzAine Bridal. Then, tambah lagi satu dulang untuk mas kahwin masa akad nikah, jadilah 19 dulang semuanya. Untuk semua ni, kosnya RM600. bagi aku dah murahla, sebab if kira untuk 1 dulang lebih kurang RM32 je. Murahla sangat tu if banding dengan

Wedding: Cake

Image
Assalamualaikum.. Antara persiapan perkahwinan aku, salah satunya adalah kek kahwin. Ingat masa bertunang dulu, kek aku just tempah dari geng Hospitality, IKBN Bachok. Tapi walaupun keknya dari luaran cantik, tapi rasanya tersangatla hampeh. Sebiji kek saiz biasa je pun, harga RM70. Mahalla kot? Dah nak sama harga dengan kek SR la pulak.huhu...Aku tempah 2 biji pulak tu, untuk belah aku dan tunang. If mahal tapi sedap takpela kan? Rasa berbaloi la jugak.  So untuk majlis kahwin ni, aku just tempah dekat kedai kek yang biasa aku dok beli je, Kedai Kek Perling, Kubang Kerian. Kedai ni pun takdela jauh sangat dengan rumah. hari kahwin pun sempat lagi if nak pergi ambik. Masa tahun 2011 ni, Secret Recipe Kubang Kerian rasanya belum ada kot. Kedai Kek Muhibbah pun sedap dan banyak pilihan jugak, antara yang tersohor di Kelantan, tapi jauhla pulak dari rumah aku. Maklumla kita pengantin busy, kot nanti takde orang yang nak pick up kek ni, kan masalah namanya tu. So bila nak kahw

Wedding: Baju Akad Nikah & Majlis Bertandang

Image
Assalamualaikum.  kali ni aku nak share pasal baju baju yang aku guna semasa majlis perkahwinan dulu. 4 pasang je pun bajunya. Sepasang baju nikah, dua pasang untuk majlis bersanding dan sepasang untuk majlis bertandang. Tapi untuk entri ni, nak share pasal baju yang aku tempah custom made je, baju untuk majlis akad nikah dan majlis bertandang.  Untuk majlis akad nikah, aku dah decide nak pakai lace warna krim. So dua tiga hari lepas bertunang, kami pergila Salem Aziz Textile, Wakaf Che Yeh. Masa yang pergi tu memang tengah ada promosi set lace satin untuk pengantin. So lepas dok pilih pilih jumpala design dan warna kain macam yang aku nak.  So, bajet untuk 2 meter lace, 2 meter satin untuk baju aku dan 4 meter satin untuk baju melayu suami, cuma RM199 sahaja. Dan dapat free jugak  sehelai sampin warna krim. Okayla tu kan? If tak beli sampin kena tambah duit lagi.  Cantik ke baju nikah aku ni.hehe Takde gambar baju sahaja, lupa nak s

Wedding: Baju Bersanding & Potong Kek

Image
Assalamualaikum. Macam yang dijanjikan, kali ni aku nak share baju yang aku pakai semasa bersanding dan potong kek pulak. Untuk pakej pelamin yang aku ambik, memangla boleh dapat 3 pasang baju tapi bila fikir balik, macam malas je aku nak salin salin baju ni. So aku decide untuk ambik 2 pasang baju je, untuk bersanding dan lepas tu tukar baju untuk potong kek sahaja. Masa aku mula mula sekali berkeunjung ke butik pengantin, mestila nak cari baju warna kegemaran aku, merah. Masa tu tak nampak dah kaler lain, ada merah je dalam kepala ni.hehe. Masa tu tak tanya pun tunang nak pakai warna apa untuk majlis bersanding. Tapi if aku tanya pun, rasanya mesti jawapannya ikut suka hati aku. So bila pergi butik pengantin pilihan aku, Mazni Bridal memangla banyak pilihan baju yang cantik cantik, tapi kebanyakannya macam over je. taste aku ni ke arah simple je, tak minatla banyak sangat hiasan manik manik dan gaya yang over ni. So pilih punya pilih, jumpala jugak sepasang yang hati aku agak

Wedding: Goodie Bag

Image
Assalamualaikum. Sepanjang cuti 3 minggu sebelum kawin, antara benda penting yang aku kena siapkan adalah gift bag. Makan masa jugakla sebab aku sorang yang je yang nak kena buat semua benda. So setiap hari bangun je tido, mengadap benda ni jelah depan tv.  Memandangkan aku ada kad diskaun dari WSF, kedai peralatan perkahwinan, so kebanyakan barang aku beli kat situ je.  Paperbag tu aku beli yang belum siap, so kena buka dan bentukkan kotak satu satu. Tapaknya pulak aku siap tampal dengan double tape. Gigihla buat satu satu nak menyiapkan semua 200pcs.  Aku dah cari tapi takde pun gambar paperbag yang aku snap. Ni je yang ada snap dari pic dengan kawan. Aku cropkan je. Dekat depan paperbag tu, aku tampal sekali tag yang aku buat sendiri, guna cop khas yang aku tempah.  Dalam setiap paperbag ni aku isi handmade chocolate, cookies, sweets, dodol melaka dengan surah yasin. Untuk setiap masuk 3 jenis item je. Bajet untuk gift bag ni