resepi mudah: otak otak mak si muis
assalamualaikum
hari ni kite nak share resepi lagi
tapi aku tak pernah buat sendiri lagi
makan yang mak atau kakak buat je
resepi ni kira dalam keluarga aku glamerla
kakak, adik abang semua berebut nak makan and mintak resepi dari mak
nak buat meniagala hapala..
kitorang panggil botok
ala otak otak la kot jugak ni
alkisahnya abang yang duduk melaka balik
so adik yang duduk negeri sembilan tu nak kirimla nak makan botok ni
so malam jumaat tu gigihla mak dok buat dengan kakak
paginya sebelum abang bertolak balik melaka mak pun gorengla
masa yang kakak tengah goreng tu aku masuk dapur jap
tapi sebab tergesa gesa nak pergi tuisyen tak sempat nak snap gambar
aku sempat ambik 3 ketul je nak buat makan tengahari aku dengan suami
bahan dia:
isi ikan difilet dan ditumbuk
-ikan biasa mak guna selayang atau kembung, ikan tenggiri pun sesuai kot
kelapa parut
daun kesum
bawang merah
lada
cara buat:
tumbuk je bawang dengan lada
gaul dengan isi ikan yang dh tumbuk tu
gaul dengan kelapa parut
gaul dengan daun kesum
masukkan perasa gula, garam ajinomoto
bila dah siap gaul semua bulat bulat dengan tangan lepas tu leperkan
bila dah siap semu barulah goreng
api kena perlahan la sebab takut dah masak kat luar kat belah dalam mentah lagi
dah tinggal 2 ketul sebab satu aku makan sebelum snap gambar
botok ni sangatla sedap makan panas panas
boleh buat makan dengan nasi
tapi aku suka ratah macam tu je
kalau dah sejuk pun sedap jugak
3 ketul yang aku bawa balik aku buat macam makan snek sambil layan movie je.hehehe
kepada yang suka masak simple bolehla cuba ye :)
sedapnye tengok gambar...wawa mmg suka menda2 digoreng ni...alahai sedapnye botok ni...nanti boleh try! tq share resepi :)
ReplyDeleteooo ini dipanggil botok? kalau org JOhor botok dibuat dengang dikukus.. pakai pelbagai daun ulam dan dibungkus daun pisang. nnt boleh cuba lah yee..
ReplyDelete