Friday, November 28, 2014

4th Visit HRPZ II: Meeting Fertility Specialist

Assalamualaikum.

Rabu lepas temujanji kali ke3 dengan klinik o&g.
Yang kelakarnya temujanji pukul 2 petang, tapi aku ingatkan pagi.
Otw pagi tu baru belek kad temujanji then realised yang timing salah.
So suami hantar aku masuk kerja jelah.
Tengahari dia janji akan datang ambik.
Tapi dah kakak kebetulan nak datang hantar tart yang kawan2 tempah, lepas tu dia nak ke husm ada temujanji anak sedara, so mintak dia tolong hantarkan aku ke hospital.
Tak payah suami berulang alik.

Kali ni temujanji barulah jumpa dengan pakar fertility.
Sebab tu timingnya petang.
Sampai je kat klinik dah dekat 3pm pun, tapi klinik lengang je.
Ada 2, 3 orang je kot.
Lepas check tekanan darah n berat terus masuk bilik doktor.
Last timbang 58.6, hari ni 59.9kg.
Syabas muis, ada peningkatang berat sokmo.huhuhu
Rasa macam diet dah makan nasi sekali sehari.
Nape makin gemok???????

Bila masuk jumpa pakar, ingatkan dia check la apa apa.
Rupanya sekejap je jumpa tak sampai 15 minit pun.
Dia just check rekod yang sebelum ni lepas tu tanya a few soalan je.
Lepas tu dia cuma cakap untuk kes aku ni, mamdangkan semua macam normal, so dia cuma akan bagi ubat kesuburan lagi 2, 3 kali.

If lepas tu tak berjaya, maybe akan buat IUI.
Proses cantumkan sperma suami dengan telur aku.
Tak surela prosesnya cane, tak sempat nak goggle lagi.
Then doc cakap bolehla start saving untuk ivf.
Dekat hospital govt, kosnya dalam 4, 5k.
Gulp. Telan air liur aku dengarnya.
Tapi takpelah, at least aku akan jadi lebih determined untuk simpan duit.



Kali kedua dapat clomip ni.
Kali ni doc bagi lebih banyak dos.
If dulu sebiji je sekali makan, yang ni 2 biji.
Sampai masa nak makan macam biasa kena kol klinik untuk ambik tarikh untuk buat tvs.

Tapi buat masa ni aku still positif.
If sebelum ni doc cakap telur n sperma kami suami isteri ok je, in sha Allah if ada rezeki masa IUI tu menjadi ke, manala tahu kan?

Yang penting aku kena selalu kekal positif. In sha Allah.

3 comments:

Azian Elias said...

AMEEN YA RABBB..
insyallah.. usaha saja lah mana yang termampu.. ALLAH maha mengetahui..

Jee Abdullah said...

insya Allah. Kalau rezeki tak ke mana. Jee doakan yang terbaik untuk Muis & husband. chaiyokkk!

Noshazwani Awi said...

Assalam sis...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...