Posts

Showing posts from May, 2015

Anak.

Asalam. Bangun pagi ni ttiba terfikir pasal anak. Suami dok tidur lagi. Aku dok membebel sorang sorang. Kenapala susah nak dapat anak? Tahun ni raya takde anak lagi? Kat mana aku nak cari anak ni? Huhu Iui dah tanggu sampai lepas raya. Kurang dari 2 bulan dah nak raya. Nampaknya tahun ni kali ke5 beraya tanpa anak. Kesian suami. Kesian aku. Kan best raya kalau ada anak. Boleh dapat duit raya. Boleh bergambar keluarga. Boleh beli baju sedondon dengan anak. Pendek kata nanti banyakla benda baru n pertama kali boleh buat dengan anak. Beruntungnya sape yang tahun ni first time beraya dengan anak. I is jeles.huhu Ingatkan bulan lepas sempat buat iui manala tahu boleh beraya dengan baby dalam perut. At least terubatla jugak hati ni. Sedang elok raya tahun depan anak dah besar. Tapi apakan daya, kita ni hanya mampu merancang. Kalau tuhan cakap takde, takdela jugak. Allahuakbar. Takpe muis, think positive. Kena gembira sokmo okey. Kurangkan emo. Kurangkan mood

bajet dominic toretto

Assalamualaikum. Tadi ternampak di facebook, satu famili eksiden dan ada yang terkorban. Bila baca komen komen rupanya dorang eksiden sebab ada geng myvi club yang berlumba or bawak laju la kot. Nasib tak baik, sebabkan eksiden. Tak pasal pasal babitkan orang tak bersalah. Tetiba teringat sama la pagi semalam. Masa tu aku otw nak pergi tuisyen. Masa sampai kat area pauh lima, tersempak dengan geng konvoi gen2. Adala dalam belas belas buah kot. Kemain lagi laju masing masing. Siap dengan pasang high beam. Kemain dorang berlagak macam jalan tu atok dorang yang punya. Taula ff7 baru je sebulan main kat pawagam. Agak agakla kot nak bajet dominic toretto pun. Baru bawak gen2 je pun nak berlumba siap. If bawak ferrari tak tahula. Agaknya terbang kat langit kot. Menyampah je haku. Bawak laju laju, siap potong potong. Kita ni pulak yang kena elak dari dorang. Kot ye pun nak m*****s, go on korang jelah. Kalau eksiden, meyudahkan semua orang. Macam s**l je perangai.

1 mei.

Image
Assalam. Dah lama tak membebel dihari jumaat. Kalau membebel panjang je ceritanya, tapi asik malas je nak update blog. So macam biasa, aku kena baca balik entri entri lama, cari mood. Kadang2 bila baca entri lama, selalu macam eh, dulu mcm ni ek, dulu aku penah buat gini ek. So syukur sangat ada blog. Tempat aku nak abadikan kenangan hidup aku sampai bila bila. tahun ni 1 mei jatuh hari jumaat. Ruginya.huhu Sebab kami di kelantan memang dah hari cuti. If jatuh hari sabtu, barulah diganti hari ahad. Takpela, nasib baik hari wesak jatuh hari ahad. So minggu ni cuti direct 3 hari.hehe Takde kemana pun, tapi boleh lepak kat rumah layan tv pun dah alhamdulillah. Aku ni tak tahula dah nyanyuk ke hapa. Memandangkan aku jumaat sabtu mengajar tuisyen so macam biasa pagi tadi siap siapla nak pergi tuisyen. Langsung lupa hari ni public holiday, so takde kelas. Dahla keluar awal sebab plan nak jalan jalan kat pasar dulu. Sampai je depan tadika tengok gate berkunci. Aik????