resepi mudah: laksa kelantan


assalamualaikum

aku perasan entri dekat blog aku ni paling banyak orang view adalah entri resepi
paling banyak entri resepi mudah daging lada hitam
memang dah cecah beribu ribu view
maknanya ramai sangat kot orang cari resepi online.hehe
dah tak payah beli buku masak
segalanya di hujung jari

hari tu pun aku dapat emel dari nuffnang pasal nak kena create entri iklan yoghurt ke apa ntah
mesti sebab blog aku ni banyak dapat pageview dari resepi
tapi disebabkan emel dari nuffnang tu masuk spam
masa aku dapat tahu dari cikji, bila aku check emel rupanya dah lepas tarikh pun
tapi takpelah, aku pun tak makan yoghurt, mungkin aku tak join jugak kot.hehe

hari ni nak share resepi laksa kelantan
memang bukan aku yang buat
aku mengaku awal awal
mak yang buat tapi disebabkan kali ni nak share dalam blog,
so masa mak buat aku pun meluangkan masa lah kat dapur
selalu aku tunggu siap untuk makan je.hehe

bukan susah sangat pun
senang sangta sangat
remeh pun tak jugak
lepas ni anytime aku boleh buat sendiri wakaka

bahan bahan:
1. ikan direbus - asing isi dari tulang
2. bawang merah, putih dan halia
3. santan
4. asam keping

cara nak buat:
1. kisar semua bawang dan halia
2. kisar isi ikan
3. didihkan santan atas dapur
4. campurkan bahan kisar tadi
5. masukkan asam keping
6. kacau perlahan lahan supaya tak berketul
7. masukkan bahan perasa
8. SIAP!


senang sangat kan?
kata resepi mudah.hehehe
mak masak memang mudah
bawang pun masuk ikut je nak guna berapa ulas
aku ambik sebesen kecik, sebesen tulah dia guna semua
sebab tu mak kalau masak semua sedap
sedap tak kedekut rencah
try masak guna bawang banyak dan sikit, mesti akan rasa perbezaan tu




laksa yang tunggu masa nak di ngap
kalau mak masak laksa satu hari aku memang dah tak makan nasi
tapi hari tu disebabkan demam aku just makan 2 kali je
takpe, len kali boleh suruh mak buat lagi
anytime..hehehe

selamat mencuba kepada yang rajin.. :)






Comments

  1. wow....nampak cam sedap ni....boleh try...sebelum ni, cari kotak komen tak jumpa :)

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D