Posts

Showing posts from February, 2017

sayang

assalamualaikum. cane ye nak ukur sayang? dan macam mana pulak nak dihitung ikhlas? hati kita..niat kita, macamana orang lain boleh tahu sejelasnya? sebab aku percaya isi hati kita manusia ni hanya Allah sajalah yang tahu apa niat kita sebenarnya.. apakah bila kita tegur benda tak elok maknanya tak sayang? apakah bila kita selalu merungut dan marah marah tandanya tak sayang? adakah kerana bukan kita yang melahirkan maka dituduh tak sayang? adakah bila kita selalu merungut maka kita tidak ikhlas? kadang kadang mungkin kita cuma nak luahkan perasaan kadang kadang mungkin kita cuma nak lepas geram.  patut la orang cakap lidah ni lebih tajam dari sebilah pedang. kerana lidah aku, aku dikata macam macam kerana lidah dia, hati aku tersayat tajam. kecil hati? kalau hati ni boleh mengecil..rasanya dah lama kot aku ni tak berhati.  biasalah manusia, bila marah, apa yang tak dikata. aku sendiri, orang lain. kita semua sama je.  dan aku percaya semua kata kata tu bukan d

kisah di jalan raya

assalamualaikum. sekarang ni aku pegi kerja banyak drive sendiri. sebabnya suami dah masuk unit naziran so banyak kerja luar. if kena pergi naziran, dia pergi lewat sikit, tapi aku punch card pukul 8 so kenala drive sendiri. kalau dia rasa nak pergi tu jauh or dia mengantuk, dia datang tempat kerja aku tukar kereta, tinggal motor. bila dah siap, dia datang hantar balik kereta. jangan suruh la aku bawak balik motor, jawabnya ke lubang dua lah aku agaknya.huhu bila bawak kereta sendiri ni, macam biasalah. kalau tetiap hari tak stress dengan driver lain memang tak sah. aku ni bukan nak kata cekap sangat pun, tapi alhamdulillah sejak bawak kereta almost 10 years, tak pernah lagi terjadinya benda yang tak diingini. kadang kadang, kalau kita ni dah  hati hati, orang lain pulak yang bermasalah. walau kita manusia tak sempurna, sekurangnya minimumkan masalah di jalan raya. style aku if nak pergi kerja, kalau siap awal, terus gerak. padahal dari rumah ke tadika dalam 15-20 mi

muis datang lagi..

Assalamualaikummmmmm... akhirnya...muis mengupdate jugak blog syok sendiri dia ni.kihkihkih masuk hari ni genapla 83 hari tak membebel kat sini. patutla masuk tahun baru ni aku stress memanjang.huuuu memangla asik rasa nak update blog sebab aku ni sukaaa sangat bercerita tapi tulah. maybe sebab asik penat je. then banyak kerja la jugak.hehe pastu takde mood. ada je pun modal nak bercerita, tapi tulah. simpan je dulu semua. pastu laptop rosak, pc kat rumah suami g hantar format. tapi dah 2,3 hari ni dah dapat balik pc, so bolehla jugak update blog kat rumah.  a few things yang berlaku kat diri aku dalam masa 2 bulan lebih ni, selain dari beban kerja bertambah, gaji pun naik (alhamdulillah..tq bos.hehe). pastu ada jugak isu gambar lesen aku ni dijadikan modal penipu yang jual lesen terbang. pastu aku nak share jugak pengalaman kali pertama masak gulai udang.kahkahkah harusla stori jugak dekat sini kan???? ok, tu je nak share dulu. bye