resepi mudah: daging masak lada hitam



assalamualaikum

hari ni cuti tapi insyaallah dari pagi sampai ke petang akan berkampung di tadika
katanya ada gotong royong persediaan untuk memulakan sesi orientasi esok
tapi setakat jam yang aku tengah menaip ni masing masing dok menyiapkan hiasan kelas memasing
kite dah siap so kite rilek sajalah. ahaksss

so masa bini keluar tadi suami masih dalam selimutla
tengahari ni dah bini takde kat rumah
pepandaila suami cari nak makan apa
takpe, mak dia ada
kata anak mak kannnnnn

so hari ni walau tak masak aku nak share resepi sajalah
ni memang masakan daging faveret aku



daging masak lada hitam 


bahan bahan:
daging
lada hitam biji-ditumbuk kasar
kicap cap kipas udang
sos tiram maggi
bawang merah, bawang putih, bawang besar-kisar halus\cili giling
bawang besar
lada besar
perasa yang diluluskan

cara membuat:
daging di perap dengan lada hitam yang ditumbuk kasar
digoreng separuh masak atau garing-ikut suka

panaskan minyak
tumiskan bahan kisar
bila dah garing masukkan kicap, sos tiram, cili giling
bila dah pecah minyak, masukkan daging
gaul hingga sebati
masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar tadi
masukkan perasa
masukkan bawang besar dan lada hijau
gaul sebati, biarkan kering bolehla diangkat

kalau aku, aku suka kering, tak suka  berkuah
aku suka dia melekat lekat hitam macam tu
dengan berminyak semua memang nampak yummy
then, aku suka taruk lada hitam banyak banyak
tapi aku suka guna yang ditumbuk kasar
kalau takde stok yang tu baru aku guna lada hitam ajinomoto

k, selamat memasak ya





Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB