resepi mudah: sambal sardin goreng ala muis
Assalamualaikum
Hari ni nak share satu resepi mudah
Walaupun mudah tapi kalau kena gaya mau
bertambah nasi.hehe
bahannya:
setin sardin cap ayam brand
bawang merah, putih, besar
cili giling/cili kisar
lada siam/lada burung
sos tiram/kicap/perasa/garam/gula
Cara membuatnya:
Asingkan sardine dari sos dan goreng
sekejap
Aku suka goreng dulu kononnya nak bagi dia garing
Lepas tu tumis sajalah bawang merah, putih,
besar and lada
Bila dah naik bau masukkan cili kisar atau
cili giling
Aku memang malas nak kisar cili buat stok
So cili giling memang selalu ada dalam peti
ais
Tumis lagi biar masak atau pecah minyak
Pastu masukkan sos sardine tadi, tambah
sedikit air
Biarkan lagi dengan api perlahan saja
Taknak dia hangit
Later tambah kicap sikit, sos tiram sikit,
garam gula dan pak aji sikit
Kacau lagi sampai agak kering dan naik
minyak, rasa and siap
sebelum
ikan sardin diasing dari sos dan digoreng dulu
nak garing sangat takut hancur pulak isinya
selepas
aku lagi suka kalau sambalnya merah bukan gelap
nampak lagi menyelerakan
tapi depends jugak
kadang elok je merah kadang gelap sikit
Sambal sardine ni biasa aku pairkan dengan
telur dadar je
tambah pulak ikan gelama jeruk atau ikan kering bulu ayam
Kalau pekena time sejuk sejuk musim hujan
fuhh memang layan
Sambil sardine jugak antara faveret suami
Kalau ada lauk ni memang dia makan
bertambah la.hehe
daaa :)
nanti nk try resipi nie. nmpak meneyelerakan je :)
ReplyDelete