resepi mudah: pengat keladi


assalamualaikum

hari ni nak share satu lagi resepi mudah, pengat keladi
aku ni bukanla penggemar makanan manis sangat
tapi kalau mak buat pengat keladi aku sukalah
pengat pisang dengan pengat durian aku tak suka pulak
sebab aku tak suka durian dan pisang.hehe

mak buat ni dah lama bulan lepas masa aku tengah demam
tapi petang semalam mak cakap keladi ada lagi sikit
so aku suruh mak buat lagi
balik kerja singgah makan pengat lepas tu tapau bawak balik rumah sikit

sebenarnya aku ingat buat masakan tradisional ni susah
tapi senang sangat sebenarnya
bila aku share resepi kat sini yang aku tak masak sendiri
aku bukan just menulis atau copy resepi dari internet je
tapi aku memang tengok satu satu step yang mak buat
pastu snap gambar siap siap
barulah keaslian tu ada kan.hehehe

oklah antara bahan yang diguna:

1. santan
2. gula melaka
3. daun pandan
4. keladi

cara membuat:

1. mula mula mak panaskan santan
2. kacau perlahan lahan tak nak bagi dia berketul
3. bila santan dah masak, masukkan gula melaka
4. lepas tu masukkan daun pandan siap

senang yang teramat sangat
tapi maybe nak dapat rasa tu susahla kot
sebab mak dah pakar kan
if aku buat ntah jadi ke tak

pengat mak selalunya memang mak guna gula kelapa original dari melaka
memang sedap sebab tak manis sangat
gula kelapa ni memang selalu ada kat rumah sebab kakak ipar memang kalau balik kampung
atau mak pergi melaka atau kalau boleh kirim kat sape sape dari melaka
memang gula melaka ni buah tangan wajibla
aku pun kalau nak suruh mak buat pengat mesti tanya gula melaka ada ke tak




keladi yang mak guna ni orang kelantan panggil keladi 'saghek'
paling faveret if aku nak makan pengat
tapi kalau guna keladi biasa pun aku makan jugak
lepas tu aku suka makan pengat dengan kuah banyakkkkkkk
macam semalam aku tengok suami makan pengat just makan isi je
ada kuah lebih lebih dalam pinggan
tapi kalau aku makan pengat setiap sudu tu penuh berkuah
sebab tu aku tak suka if pengat manis sangat

malam ni taknak makan nasi
ada lagi pengat yang bawak balik dari rumah mak semalam
makan yang tu jelah :)






Comments