Posts

Showing posts with the label muis membebel

Cuti Chinese New Year

Image
Assalamualaikum.. Macam frust je menaip new entri tapi bila cari kat draft semua dah takde.huhu btw salah aku jugak. guna bloggeroid kat tab tapi simkad takde. selalunya aku akan load post from sd card..tapi dah simkadnya takde. bongok betul. kemain menaip berjela jela.kihkihkih anyway, lesson learnt. takde nak cite apa pun. last week kan cuti 3 hari, so hari cuti kalau mood datang membebel la apa apa yang patut. hari jumaat lepas pagi pagi lagi aku dah balik rumah mak sebab mak nak mintak tolong hantarkan makanan ada gotong royong kat kubur. mak takde buat apa pun. pulut pagi dengan kelapa muda parut, pastu goreng ikan selayang. air pulak buat teh o panas je. lepas siap hidang makanan, aku tinggalkan kat situ je. singgah beli breakfast nasi kerabu pastu balik ambik mak. ingatkan nak hantar je mak kat kubur tu, tapi dia ajak baca yasin pulak kat kubur nenek. kalau taknak, konfem mak bebel.kihkihkih padahal malam sebelum tu aku memang dah baca yasin pun niat...

muis datang lagi..

Assalamualaikummmmmm... akhirnya...muis mengupdate jugak blog syok sendiri dia ni.kihkihkih masuk hari ni genapla 83 hari tak membebel kat sini. patutla masuk tahun baru ni aku stress memanjang.huuuu memangla asik rasa nak update blog sebab aku ni sukaaa sangat bercerita tapi tulah. maybe sebab asik penat je. then banyak kerja la jugak.hehe pastu takde mood. ada je pun modal nak bercerita, tapi tulah. simpan je dulu semua. pastu laptop rosak, pc kat rumah suami g hantar format. tapi dah 2,3 hari ni dah dapat balik pc, so bolehla jugak update blog kat rumah.  a few things yang berlaku kat diri aku dalam masa 2 bulan lebih ni, selain dari beban kerja bertambah, gaji pun naik (alhamdulillah..tq bos.hehe). pastu ada jugak isu gambar lesen aku ni dijadikan modal penipu yang jual lesen terbang. pastu aku nak share jugak pengalaman kali pertama masak gulai udang.kahkahkah harusla stori jugak dekat sini kan???? ok, tu je nak share dulu. bye 

Muis & Dentist

salam. selepas 4 bulan aku bermasalah dengan gigi, akhirnya malam tadi aku decide untuk cabut je. gigi geraham belah atas. mulanya start sakit tu rasa ngilu bila makan ais, bila berkumur kena air pun dah sakit. so nak gosok gigi atau ambik air sembahyang seksa sangat. lepas tu makin lama makin teruk sampai tahap sakit berdenyut denyut. macam macam petua aku try last sekali sampai terpaksa makan painkiller ponstan. pastu aku try jugak guna ubat gigi colgate sensitive relief. legala seposen tapi still tak berani nak kumur lama lama. kalau makan pun memang kunyah belah yang tak sakit. tapi lately ni walaupun tak rasa sakit berdenyut denyut tapi start gusi berdarah la pulak. berdarah merah n banyak. pastu nafas pun macam berbau walaupun aku kerap gosok gigi.  bila aku tengok kat cermin memang nampak gigi macam buruk n tak sama kaler dengan gigi lain. so decide untuk cabut jelah. mandangkan hari ahad klinik bukak malam je, pukul 8 so lepas habis kerja semalam aku stay...

Weekends!

salam. hari jumaat. lepas subuh aku tertidur sampai pukul 9 lebih. pastu bangun pergi kedai cari breakfast. maybe sebab nak period so asik rasa nak makan je. selalunya hari jumaat memang aku tak beli n jarang sangat masak breakfast. memang lepas suami balik jumaat barulah makan nasi. tapi dah lapar, aku merajinkan diri jugak ke kedai. nak harap suami cari breakfast?hmmmm baik tak payah. tapi masalahnya bila beli nasi bungkus pagi, suami bila dah makan dia rasa kenyang so lepas balik solat jumaat dia dah taknakla makan nasi. penat aku masak.huhu buat ikan goreng pedas, pastu goreng ayam je pun. then ada sayur lemak bayam tapau dari periuk mak. aku sendiri pun dah suami tak makan, so aku pun tak makanla. dok layan tv je sampai petang n tertidur kejap. bangun tido tu barula rasa lapar nak makan nasi. actually, masa pagi khamis otw nak pi kerja, aku lalu pasar n nampak bayam segar. terus teringin nak makan sayur lemak. so kol je mak suruh dia buatkan sayur lemak bayam....

W-Two World

salam. dari bulan lepas astro adala bagi 4 cahnnel free untuk 2 bulan. 2 channel korea, tayangan hebat dengan channel A-list apa entah. tapi aku layan korea jelah. sekarang ni kan dekat chanel Oh_K HD baru start cite baru w. cite tu mulanya aku tengok dekat web gooddrama.net sempatla aku layan 1 episod, tup tup tengok rupanya ada main kat channel Oh-K. masuk minggu ni dah main 6 episod n malam ni dan malam esok episod 7 dan 8. aku layan korea bila jalan cerita best je pun. kalau hero best n sohor tapi jalan cite tak kena dengan jiwa pun aku tak layan jugak. contohnya cite uncontrollaby fond tu. hero woo bin ramaila kot yang minta tapi jalan cerita macam boring je. pastu aku layan 1 episod sah boring so memang dah tak tengok dah. sape yang tak layan W-two world ni please la layan. konfem melekat n tak sabar tunggu episod baru. dahla dia main hujung minggu khamis jumaat je, so rasa macam lamaaaaa sangat menunggu. walaupun aku memang tengok setiap 2 episod tiap mingg...

Long Weekend

Image
Salam. Hari ni besday DYMM Di pertuan Agong, so esok cuti lagi di kelantan. Tahun ni rasa macam kerap pulak cuti weekend 3 hari sampai ahad. labor day, wesak day, sport day, deepavali, awal muharam, ihtifal tadika n last sekali cuti krismas. sama ada memang cuti ahad atau cuti jatuh hari sabtu n diganti ke hari ahad. Semalam rumah mak ada buat kenduri sikit. Abang sulung buat akikah untuk cucu dia. So aku dah naik pangkat jadi nenek sedara. Dah tak boleh jadi Cik Inie la kot. Tapi tolong jangan panggil aku NekNie ye.eei tak kuasa. I tak beranak lagi hokeyyy.huhu Kenduri semalam takde snap apa pun. kalau kenduri lauk biasa biasa jelah. Ada gulai kambing, kerutuk daging, ayam berempah, kerabu nangka, sambal dan tembikai. Aku makan sekali je tengahri. Lepas tu banyak dok meratah lauk je. Hf aku ni menggila sungguh sungguh lately. Dari semalam takde bateri pastu aku cas sampai ke hari ni tak boleh nak on. Semalam lepas kenduri aku balik rumah dengn suami. Mulanya baw...

Cara Bayar PTPTN dengan KWSP & Tukar ke Ujrah Agreement

Assalam. Semalam aku ambik annual leave halfday. Ada kerja nak setelkan berkaitan ptptn, kwsp dengan car dealer. Sebabnya hari Isnin lepas orang bank kol bagitau car loan tak boleh nak proceed sebab aku ada ccris ptptn.huhu Tulah, meminjam pandai. Bayarnya tak. Padanla muka aku,  salah sendiri kan. So bank cakap untuk setelkan masalah ni, dia nak new agreement dari ptptn je. Ujrah. Untuk dapatkan new agreement tu kenala bayor.huhuhu so aku terus google cari no fon ptptn. Dari 3 nombor pegawai pemasaran dia, yang last tu pick up phone so aku deal dengan dia je. through wasap n kol, kesimpulannya aku kena bayar around 7k plus plus, 25% dari keseluruhan tunggakan. Bila aku cakap takde amount sebanyak tu, dia cakap boleh keluarkan kwsp akaun 2 n bakinya kena bayar cash. lepas setel semua tu baru ptptn akan keluarkan new agreement ujrah tu. Disebabkan aku malas nak cerita panjang, secara ringkasnya kat sini aku list cara caranya nak setelkan benda alah ni. 1. Bayar t...
Image
Assalamualaikum. Memang sekarang ni cuaca asyik berangin je. Kuat pulak tu. if hari cuti, aku suka sangatla lepak depan tv bukak pintu luas luas. Tup tup minggu ni siap ngan hujan pulak. lagila best.hihihi Makan kenyang kenyang, lepak je depan tv layan movie. bahagia sungguh hidup. lagipun tu jelah cara aku nak bahagia. simple je kan? Minggu ni dah plan nak layan cerita hantu. So semalam lepas subuh aku memang dah tak sambung tidur. If nak lepak dalam bilik takut kacau laki pulak. Aku ni bukan reti dok diam. Hehe Kalau layan game atau video kat hf mana aku reti nak low volume speaker. Memangla laki tak pernah komplen apa pun, tapi kita ni sebagai bini kenala pandai pandai nak jaga hati laki.huhu lately aku perasan aku ni makan banyak sangat. dari pagi ke malam asik bagitau suami nak makan itu ini. selalunya pagi jumaat memang aku tak masak or beli breakfast. selalunya lepas suami balik solat jumaat barula makan. Lapar gila. tapi hari ni bangun je tidue t...

Jumaat yang bahagia

Image
Assalamualaikum. Breakfast pagi tadi. Hari ni dan esok suami ada game dekat bachok. So pagi pagi lagi sebelum keluar dia dah belikan nasi. Acctually bukan dia yang beli. Aku suruh dia, dia suruh budak bola dia.hehehe So lepas suami gerak aku macam biasala start rutin hari jumaat. Basuh baju, jemur baju, kemas ruang tamu, kemas dapur, kemas bilik. Lepas dah settle semua barula boleh layan tv.hehehe Raya haji ritu adik ada bagi 6 movie yang aku request kat dia. So hari ni dah plan nak layan movie hantu dulu. Alone. Cite hindustan. Aku ni memangla suka tengok cite hantu, tapi tuannya penakut. So cerita hantu harusla tengok pagi pagi. Tu pun sama je meremang naik bulu roma.huhu Cite alone ni bolehla tahan dia punya seram tu. Jalan cite pun agak best. Takdela boring macam raaz 2, 3. Tapi still takleh celen cite hantu faveret aku, 1920 the evil return. Yang ni 10x tengok pun naik bulu roma jugak.huhuhu Lepas siap layan alone, aku stop jap jemur baju n sambung basuh ...

keras kepala.

Image
assalam. suami selalu cakap aku ni keras kepala. senang cakap degilla. tapi bagi akula, aku ni degil bertempat. bukan degil membuta tuli.huhu. tapi aku memang kena mengakula yang aku ni memang keras kepala, degil  dan selalu nak kena menang atau kena mengikut kehendak aku. tak kirala dengan sape, pasal apa, seboleh bolehnya kena ikut kepala aku. sebab tu if ada apa apa, suami malas nak layan. sepatah dia cakap, sepuluh patah aku patahkan balik apa yang dia cakap. so bila dia malas nak layan, dia selalu cakap aku ni keras kepala.huhu. macam semalam. masa kat tesco aku berkenan satu blaus yang display kat patung. so bila cari tak jumpa aku tanyala salesgirl kat situ. dia cakap yang tu last piece. tinggal selai yang display je. so aku cakap takpela aku ambik jelah yang display ni. boleh ke? aku tanya. memula salesgirl tu asik dok ulang yang ni untuk display je, macam berat hati jelah nak jual, tapi aku pun cakap jelah aku nak. so kalau semua baju dah tak ada apa re...

sunday with BSB

Image
Assalamualaikum. Hari ke 3 bercuti, esok dah keje..yeayyy. Malam tadi dah plan hari ni peram, n golek golek lama lama sikit kat katil. Tapi macam biasalah, i ni jenis rimas. So 830 dah bangun n terus bukak laptop depan tv. Nak siapkan daily lp dulu. Sambil buat keje harusla bukak tv, tapi takde rancangan best pun. Sumer cite ulangan. Demm u astro. Tapi takpe. I ada banyak hiburan lain.hehe So sambung hardisc ke player samsung bluray. Layan je video berlambak lambak dalam tu. Done. Lagu yang paling n sangat sangat sangat i suka. I want it that way. Dari third album Millennium. Beratus n beribu kali dengar takkan jemu. I'll never break your heart. One of hits dari first album, Backstreet Boys. Layan my faveret since berbelas tahun dulu. Rugila sape tak minat bsb di zaman remaja mereka. Kata sekolah agama punnnnn. Ish ish ish. Masa tu memang siap cop sorang satu siap siap. Mine of kos la pilih kevin.hihi gatai. Masa tu i suka lelaki matang n mach...

ramadah ke 11

Assalamualaikummmm... Allahuakbar..tuhan sajalah tahu betapa penat dan dahaganya puasa hari ni padahal hari cuti, tak kerja tapi penatnya mengalahkan kerja dari pagi sampai petang kalau puasa hari kerja kemain lagi cergas badan aku ni sebab tu aku tak penah suka kalau berpuasa hari cuti sebab masa pun rasa lambat sangat berlalu dari zaman sekolah lagi kalau nak puasa ganti, memang aku buat hari sekolah/kerja hari jumaat sabtu rehat semata mata manalah tak penat kata je cuti tapi kena bangun pagi pergi tuisyen bulan puasa kena mengajar 2 kelas 830-1130 balik je terus basuh baju, kemas bilik, kemas dapur, jemur baju yang basuh mesin dah 3 round, belum masuk yang kena sental dengan tangan sebab tu penat kot lapar tu biasalah cuma dahaga sangat sangat sangat masa suami nak pergi jumaat aku tanya, boleh tak sayang nak minum?hehehe boleh je..jawab sang suami. SENGAL!! disebabkan itu, sebelum balik rumah mak tadi aku terbeli air sampai 2 jenis ...

Tak Sihat!

Image
Assalamualaikum.  dah 3 hari sakit tekak tonsil belah kiri bengkak. Rasa tajam mencucuk cucuk. Hari ni baru nak pergi klinik cari antibiotik. Dah kol klinik pagi tadi katanya tutup pukul 6. Sempatla kot sampai. Bulan puasa ni memangla balik kerja pukul 5, tapi tunggu suami sampai dekat 530 jugak. Nasib baik dengan motor. Sempatla sampai awal rumah, nak masak nasi, nak masal lauk ringkas ringkas.  Dah masuk 10 hari puasa ni, aku dah tinggal puasa 7 hari. In sha Allah esok dah boleh berpuasa rasanya. Tapi tonsil tak baik lagi. Menderitalah aku nanti. 2,3 hari ni dok bertahan sebab kalau rasa sakit boleh terus makan ubat, ngap aiskrim. Esok kalau dah puasa bawakla bersabar banyak banyak ye muis. Tapi paling tak tahan kalau bersin, sakitnya macam nak tercabut anak tekak, macam ada orang toreh toreh dalam tekak aku ni. Dahla sakitnya naik sampai ke urat saraf telinga. Jangan cakap aku drama queen ye, sape yang kena tahula sakit ke tak.huhuhu Kalau ikut hati nak j...

kisah ramadhan dua

Image
assalamualaikum hari ke dua berpuasa alhamdulillah, sepatutnya aku dah period sabtu lepas tapi hari ni masih boleh berpuasa lagi harapnya dalam bulan yang mulia ni adalah berita gembira untuk aku dan suami if ada alhamdulillah syukur sangat sangat if tak ada lagi, redha dan terima dengan hati terbuka :) tahun keempat menyambut ramadhan dengan suami sahur hari kedua dah terbabas semalam tertidur awal lepas suami pergi terawikh aku terus solat isyak lepas masuk waktu then siapkan tempat tidur semua pastu tutup lampu sambil layan tv kejap je tak sampai sejam dah lali mata, kebetulan pulak petang semalam hujan malas nak fikir banyak terus off tv, off kan mata sekali.hehe suami balik lepas tengok bola dalam 2.30 pagi aku tersedar, tapi suami sambung tidur aku pulak yang dok layan bola sempat tengok highlight yang brazil lawan apa ntah penalti untuk ke suku akhir tup tup aku tertidur sampai tak sedar waktu nak bangun masak nasi untuk sahur kebetulan kakak ipar ...

muis membebel lagi

Image
assalamualaikum dari pagi semalam rasa tak sedap badan bersambung pulak ke hari ni perut lapar tapi nak makan tak selera sangat makan jugak sikit sikit tapi still rasa lapar, sebab selalunya makan banyak.hihihi semalam seharian dari pagi nasi je yang masuk 2,3 suap padahal dah tapau nasi kukus abe mie selalunya konfem sebungkus licin petang semalam balik dari rumah mak tak makan jugak makanla betik sehiris pastu terus tidur minggu ni minggu subur, tengah berovulasi, suhu badan naik tu yang rasa tak sedap tu malam tadi pun sebelum tidur telan panadol 2 biji takut nanti demam padahal lupa kalau tengah subur, memang suhu badan naik kot dahtu seharian tak makan, dah 3,4 malam tak jamah nasi dah mulala rasa senak ulu hati susah jugak nak diet kalau ada gastrik ni balik kerja petang nanti dah bagitau suami nak singgah tapau kuetiow tomyam stok buah pun ada dalam peti, okla tu nak alas perut malam ni jangan jadi lagi macam malam tadi, tidur dalam kelaparan mak mentua s...

guilty pleasure

Image
assalamualaikum otw balik kerja petang semalam sempat bertanya merangkap merungut pada suami tanya pendapat bila malam nak makan apa selain nasi kalau boleh malam memang taknak makan nasi tapi laparrrrr.huhu teringat segala macam nasi goreng terus laju je tangan wasap suami suruh belikan hari  ni nasi goreng ayam, esok nasi goreng daging kunyit, lusa mihun tomyam dan seterusnya malam malam selagi mata tak lelap selagi tulah tangan laju menyuap makanan kadang kadang sampai perut jadi tak selesa esoknya bangun pagi pun perut rasa lain macam je berat ni makin lama makin naik minggu lepas masa pegi klinik timbang kat sana tengok tengok dah cecah 55.5kg sebelum ni dok maintain je 53,54kg sekali dah cecah angka baru susahla nak turun so suami cakap makan la roti tapi sayang tak suka roti, jawab si isteri makanla buah..kata suami lagi tapi stok buah takde dalam peti ais.huhu macam macam alas an ...

bebelan di pagi jumaat

Image
assalamualaikum lately aku malasnya nak snap n tempek pics kat blog suka membebel bebel cenggini je bila membebel dalam blog sama la kot macam bercerita bersembang kat luar release tension sikit.hehehe bangun pagi tadi rasa sakit sakit badan, muka panas, hidung berair kepala pun dari malam tadi sakit tak hilang hilang malas nak telan ubat biar jelah dulu sejak aku stop minum teh aku memang dah tak sakit kepala amazing sangat sangat if dulu aku asik dengan teh o ais limau siang malam siang malam la jugak aku asik sakit kepala kentut pun kerap sekarang ni wakaka angin banyak keluar tu yang sakit kepala pun dah hilang dah 2,3 hari ni aku memang baik lambat malam semalam dekat 730 baru sampai rumah malam sebelumnya pukul 7 banyak kerja nak setelkan sebab esok dah ihtifal tadika event terbesar dan terpenting saban tahun tak sabarnya nak tunggu malam esok'ihtifal dah lepas pastu cuti 3 hari berderet ohhhh bahagianya malam tadi balik m...

cuti 5 hari & fanatik trw

Image
assalamualaikum wah kemain lagi dalam minggu minggu sibuk nak menghadapi ihtifal sabtu depan kebetulan kelantan berderet deret cuti of kosla gembira kan..harussss tapi walaupun cuti dari jumaat sampaila selasa bukannya senang hati pun kerja banyak belum setel selagi tak selesai ihtifal selagi tulah serabut kepala dua hari jumaat sabtu ni memang aku rilek serilek rileknya la wakaka lepak, baring, makan, layan supernatural marathon la sangat tapi start esok selamat la berkunjung ke tadika di hari cuti untuk menyiapkan mana kerja yang tertangguh nasib baik tak keseorangan hihihi ok ya esok final piala malaysia kan? kelantan lawan pahang kot lantakla kelantan menang ke kalah, sah sah kelantan cuti hari isnin teringat pulak masa separuh akhir kedua kelantan lawan atm  minggu lepas kot aku keluar dengan ayah cari burger kebetulan kedai tu bersambung dengan kedai makan pasang skrin besar apala punya fanatik peminat kelate ni awalnya kan atm su...