Posts

Showing posts from October, 2015

Kasut hitam

Image
Assalamualaikum. Hari ni ada annual meeting tadika kat hotel perdana. So kenala pakai formal attire. Yang masalahnya tetiba kena wajib pakai kasut hitam. Aku memangla ada kasut tertutup sepasang yang boleh pakai masa ihtifal, masa sukan pun boleh tapi masalahnya bukan warna hitam, tapi warna kelabu. Mulanya plan nak pakai je tapi risau jugak kang orang lain semua pakai hitam, i sorang je kelabu matikla kena tembak kat bos.huhu So semalam keluar la cari kasut n jumpala sepasang. Takdela berkenan sangat tapi bolehla sebab nak pkai kejap je. Lepas tu singgah jugak beli barang lain. Bila sampai je rumah tengok2 plastik kasut takde. Alamak, tertinggal kedai ke? So keluarla balik cari kasut yang tertinggal. Bila cari kat dua kedai sebelum tu, semua cakap takde pulak nampak kasut aku. Bila ingat ingat balik rasanya lepas bayar, aku tak ambik kot kasut tu. Kebetulan pulak masa beli tu kedai tu memang dah nak tutup sebab hari jumaat semua kedai tutup awal. Dahla urgent nak pak...
Image
Assalamualaikum. Salam maal hijrah untuk semua. Alhamdulillah, syukur kita ni masih panjang umur n sempat bertemu tahun baru lagi. Semoga tahun baru ni akan bawa banyak keberkatan dan kebaikan dalam hidup kita semua. Aminnnn. So hari ni macam biasa cuti. Sayangnya jatuh hari rabu. So esok kena kerja lagi.huhuhu Tapi takpe. Saya suka kerja. Last 2 days rasa tak sedap badan tapi aku still pergi kerja. Suami cakap kalau rasa tak sedap bafan rehat jelah kat rumah. Tapi aku rasa kalau stay rumah, jadi tak aktif n lagi sakit kot.hehe So hari pertama yang rasa macam nak demam tu, malamnya aku telan sebiji panadol. Esoknya pergi kerja, memang seharian aku pakai sweater supaya berpeluh. Menjelang petang, rasa makin ok. Tapi bila balik rumah malamnya rasa tak sedap badan jugak tapi aku still pergi kerja jugak. Alhamdulillah, semalam aku dah cergas macam biasa. Nasib baik demam tak melarat. So rasanya esok kerja macam biasalah. Lepas tu weekend. Boleh rehat lagi. Hari ni macam ...

First IUI: Negative

Image
Assalamualaikum Hari ni aku nak sembang result dari iui kali pertama yang aku buat 3 minggu lepas. Sepatutnya lepas dari tarikh buat iui tu, aku akan period 25hb, raya haji kedua. Tapi sebelum tu memang dah rasa pun macam nak period. Tapi nurse cakap if awal kehamilan pun rasa macam tu jugak. Aku tahu percentage iui memangla rendah, tapi still ada sikittttt harapan di situ.hehe Tapi kali ni memang tak terlambat sehari pun period terus datang tepat tepat 25hb. Tak bagi can langsung kat aku.hahaha Sedikit frust tapi takpe, aku tak putus asa pun lagi. Lambat lagi kot nak putus asa.hehe Layan sedih kejap pastu aku okayla. Takkan tak pernah baca kan... Allah takkan uji hamba dia kalau dia tahu kita tak mampu.In sha Allah ujian ni aku masih mampu bertahan lagi.Insha Allah. Bila aku bagitahu suami, dia cakap ok je. Takde rezeki. Nanti kita cuba buat lagi.hehe Suami positif sokmo. Okayla tu. If dia pun emo macam aku, habisla :P Next appointment dengan gynae on 19.11. Lagi s...

Jumaat yang bahagia

Image
Assalamualaikum. Breakfast pagi tadi. Hari ni dan esok suami ada game dekat bachok. So pagi pagi lagi sebelum keluar dia dah belikan nasi. Acctually bukan dia yang beli. Aku suruh dia, dia suruh budak bola dia.hehehe So lepas suami gerak aku macam biasala start rutin hari jumaat. Basuh baju, jemur baju, kemas ruang tamu, kemas dapur, kemas bilik. Lepas dah settle semua barula boleh layan tv.hehehe Raya haji ritu adik ada bagi 6 movie yang aku request kat dia. So hari ni dah plan nak layan movie hantu dulu. Alone. Cite hindustan. Aku ni memangla suka tengok cite hantu, tapi tuannya penakut. So cerita hantu harusla tengok pagi pagi. Tu pun sama je meremang naik bulu roma.huhu Cite alone ni bolehla tahan dia punya seram tu. Jalan cite pun agak best. Takdela boring macam raaz 2, 3. Tapi still takleh celen cite hantu faveret aku, 1920 the evil return. Yang ni 10x tengok pun naik bulu roma jugak.huhuhu Lepas siap layan alone, aku stop jap jemur baju n sambung basuh ...

Aidil adha 1436h.

Image
Assalam. Selamat hari raya korban uollls. Hehe. Raya dah lama baru nak update ye muis. Actually aku taip entri ni petang raya, tapi pagi ni baru nak up entri. Memang sah blogger tegar. :P Raya haji tahun ni meriah sangat sangat. Dari 11 beradik, abang kat johor n perak je tak balik. Yang lain semua ada. So rumah mak memang penuh. Ramai. Bingit. Hingar bingar. Sakit palo! Pagi raya macam biasala. Suami pergi semayang raya dengan anak. Aku jugak yang berpeluh ketiak sorang sorang.huhuhu Malam raya tu je sampai rumah dah pukul 8 lebih. Lepas mandi n solat, layan tv kejap n trus tidur. Pagi tulah baru nak kemas ruang tamu, baru nak gosok baju, baru nk masak, nak basuh bekas hidang, baru nak itu nak ini. Ni je hidangan raya. Aku masak spageti je pagi tu. Pastu ada cookies yang beli untuk kunyah kunyah. Cheese tart order dari kakak. Actually mintak free je.kahkahkah. Ketupat dengan tapai yang mentua ke kak ipar yang buat, tak sure. Kesudahannya, lepas siap semu...