In Memories...Arwah Pakcik.
salam. baru seminggu lebih tak update blog rasa macam lamanyaaaaaa... biasalah minggu last setiap bulan aku memang busyla sikit. macam biasa nak kena check daily lesson plan. pastu bila hujung bulan kena check report student lagi, nak kena buat summary lagi. then kalau ada teacher 6 years cuti atau mc nak kena ganti kelas lagi. kebetulan pulak hari ahad tu dah EL, then hari isnin masuk kerja, tapi hari selasa MC pulak. nasib baik masuk kerja rabu khamis tu dah rasa makin ok walaupun tonsil bengkak sikit. nasib baik tak melarat.huhu if last entri aku cerita pasal dok ulang alik tidur rumah mak sebab pakcik tengah tenat kan? tapi rupanya memang umur pakcik tak panjang pun. sabtu minggu lepas 23/7/2016 lebih kurang pukul 6.50 petang pakcik meninggal di hospital. Innalillahiwainnailahiroojiunn...dari Allah kita datang, pada Allah kita kembali. hari sabtu tu bila aku balik rumah mak belah petangnya aku tengok semua orang takde. rumah pakcik yang sakit ni pun berkunci. rum...