Posts

random pics #4

Image
assalamualaikum kali ni random pics aku semua gambar makanan i like ;) char kue tiow peringat aku lagi suka angah charkue tiow ketereh yang ni sedikit tawar and tak pedas kena request sokmo lepas tu lada jeruk, airnya kadang kadang manis bila letak lada jeruk sekali dengan kuahnya cahrkuetiow aku jadi manis huhu dont like tapi mak suka sangat makan kat sini malam kalau boring makan nasi inilah penggantinya aku bukan penggemar fastfood sangat sekali sekala bolehla pilihan aku nugget ramly and crinkle cut fries banyak kolestrol ni.hihi mee sup tulang air tangan makcik tulangnya direbus sekejap so daging liat tapi dah faveret licin jugak dua pinggan nasi berlauk pagi siap berlapik daun pisang aku selalu lebih suka gulai ikan selayang kecil dari gulai ikan tongkol layan pulak dengan budu perah asam limau sikit fuhh memang terangkat aiskrim potong yang belum dipotong sebatang rm3 ayah cakap kalau beli yang dia sia...

Marah Pada Sebiji Tembikai

assalamualaikum hari ni nak share satu kisah teladan, semoga mendapat sedikit manfaat darinya ;) Pada suatu hari seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq al-Bakhir singgah dikedai membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan ternyata buah tembikai itu tidak elok. Isteri Syaqiq sangat marah. Dia melepaskan amarahnya. “Sabarlah. Jangan marah marah. Kalau dah tak elok bukan rezeki kita . lagipun bukan susah sangat, kita beli saja tembikai yang lain,” kata Syaqiq. Isterinya diam setelah mendengar perkataaan itu. Syaqiq meneruskan lagi kata katanya. “mahupun si penjual atau si pembeli bahkan si penanam juga mahukan yang terbaik. Jadi pada pendapatku, marahmu itu ditujukan kepada pencipta buah tembikai ini. Dengan itu, segeralah kau bertaqwa kepada Allah SWT.” Mendengarkan kata kata suaminya, isteri Syaqiq tersedar bahawa dia telah alpa dengan kemar...

Mengapa Matahari

assalamualaikum Mengapa Matahari? seorang wanita bertanya pada seorang pemuda tentang cinta dan harapan.  wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari.  wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin jadi matahari,  bukan kupu kupu atau kumbang yang terus menemani bunga. wanita berkata ingin menjadi rembulan dan pemuda berkata ingin tetap menjadi matahari.  wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu,  tetapi pemuda tetap ingin manjadi matahari.  wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang langit jauh di atas matahari  dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari. wanita tersenyum pahit dan kecewa.  wanita sudah tiga kali menduga namun pemuda tetap keras kepala,  ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita.  maka wanita pun pergi dan tak pernah lagi kembali  tanpa pernah tahu ala...

Selsema vs Alahan

Assalamualaikum Sekarang ni musim orang demam selsema Kalau hari tu aku dok tengok lepas sorang sorang di aulad pintar terkena lepas tu turn aku pulak rupanya Kalau sebelum ni pantang hidung berhingus je Mulala cakap selsema Padahal satu lagi penyakit tu rupanyan alahan Tu pun aku tahu lepas terbaca kat information board husm So kat bawah aku ringkaskan apa yang aku baca kat situ Ramai yang ingat dia terkena selsema, tapi mungkin itu cuma alahan, disebabkan kedua penyakit ni  berkongsi symptom yang sama cuma sukar dibezakan sahaja. Bila kita ada symptom berkenaan kena pergi jumpa doctor atau farmasi baru boleh tahu samaada kita alahan atau selsema Alahan ·          Kita tak demam,tak sengal dan tak sakit ·          Simpomnya datang beransur ansur bukan serentak ·          Kita akan kerap bersin, gatal mata, hidung atau tekak ·...

masin mulut @ mulut masin?

Assalamualaikum Percaya tak dengan apa orang cakap masin mulut/mulut masin? Kalau untuk yang tak tahu Istilah tu biasanya direfer untuk perkara yang disebut saja saja Tapi  lepas tu dia terjadi betul betul so ceritanya last week ramai sangat teacher lepas sorang sorang demam and batuk Aku pulak maintain ok je sepanjang minggu Hari khamis masa dok makan tengahari terkeluar la "Bestnya demam, boleh cuti..hehe" Ntah sapa masa tu yuni ke sapa cakap Ada ke nak suka suka nak demam sebab nak cuti Pastu kitorang gelak jelah sebab sembang main main je Tup tup pagi jumaat tu  bangun je kat wad Dah rasa lain macam Tubuh rasa letih and hidung berair Dalam kol 8 aku terus pegi mandi and tukar baju Masa tu dah cakap kat mak dah rasa lain macam dah Dalam 830 aku turun bawah cari breakfast and tisu Tisu sekotak tahanla dalam 5 jam Aku bersin dengan berhingus tak berenti Mak dah cakap suruh suami datang ambik je Tapi takpelah aku ta...

setahun penuh hikmah

  Assalamualaikum genap setahun aku sebagai teacher di tadika aulad pintar Syukur rezeki aku disini Walau kerja aku takdelah sehebat orang lain Tpi aku still bersyukur dengan rezeki yang aku dapat ni Aku bangga dengan apa yang aku buat sekarang ni Ada kawan sekerja yang best dan sekepala Ada students yang comel comel dengan bermacam karenah Pendek kata kalau ada masalah pun, bila datang tadika masalah boleh hilang macam tu saja Tapi apa yang aku paling bersyukur adalah hikmah yang aku dapat bila aku di sini Dari segi pemakaian aku memang ada perubahan Aku mengaku la dulu aku ni takdelah sebaik mana Walau aku mengenakan baju/blaus yang sopan tapi aku still berjeans ketat Pakai tshiry dedah lengan Pakai tudung singkat tak tutup dada Tapi syukur alhamdulillah sejak aku di aulad pintar ni Dah ada perubahan dari segi tu Perubahan dari diri aku sendiri ikhlas aku buat dengan kerelaan tanpa paksaan Disebabkan aulad pintar ni tadika islam ...

hari terakhir persekolahan 2012

Image
assalamualaikum walaupun cuti sekolah dah start 8hb aritu tapi di TAP kami lanjutkan sampai hujung bulan so hari ni hari terakhir persekolahan a big hurray for me.hehe disebabkan aku sebuk dengan a few thing selain dari kerja di tadika ni so tak sempat nak fikir nak prepare something as gudbye gift to students memang rasa ralat sesangat sebab aku ni suka spend duit and masa untuk benda macam ni so bila tak dapat buat rasa macam sedikit bersalah sepanjang tahun ni dah banyak sangat kenangan aku dengan students kebanyakan nya yang baik baikla memang la aku antara teacher yang garang tapi setakat garang dengan budak apala sangat kejap marah kejap dah pergi pujuk mengajar bebudak kecil tak sama dengan mengajar bebudak besar kalau datang dengan masalah lain aku boleh balik dengan hati yang tenang dan bahagia nampak muka dorang terus lupa semua masalah kalau moody dengan suami datang je kerja jumpa dorang terus lantak pilah dengan suami.h...

first date kami

Image
assalamualaikum pagi pagi bila dengar hot fm nak g kerja mesti banyak dapat idea untuk aku tulis blog.hehe dah lama ritu keluar issue first date so terbayang bayang la di fikiran aku dulu cane pertemuan pertama dengan suami  dok terkoya la seorang sambil drive tu.ahakss 19 januari 2009 masa tu aku kerja di ikbn bachok suami pulak baru bertukar dari putrajaya first impression aku? menyampah! sebab aku rasa dia koya mentang awak baru balik dari kl dengan percakapan dengan gaya rambut eeii memang menyampah je dahla suka mengusik aku kalu sembang apa apa dia je nak menang macam dia la hebat tahu semua dahla rambut belah tengah bajet hensem la tu tapi tulah orang cakap bila benci lama lama jadi suka hmm tak salah la apa orang cakap tu dah selalu sangat mengusik aku sampai aku pun terjatuh  kerusi  hati.hehe menyampah je so our love story goes on and on takdelah straight je kisahnya adala bengkang bengko...

WithWordWednesday

Image
assalamualaikum hidup tidak selalunya indah langit tak selalu cerah ni lirik lagu lukisan alam-hijjaz ya jangan tak tahu pulak.hehe "lepas hujan, adala pelanginya..." chill out bebeh :) dah lama tak tengok pelangi..  ;) 

anak derhaka & bubur asyura

Assalamualaikum Sekarang dah bulan muharam So sekarang ramaila yang akan akan mengacau sugho Sugho bahasa Kelantan atau bahasa standardnya bubur asyura Teringat pulak kenangan masa kecik Kalau orang mengacau sugho ni Lepas je masak sebleum diangkat masuk bekas Suruhla ayah atau abang atau pakcik buatkan bekas nak makan sugho lembik ni Guna batang pokok pisang Kopek sampai jumpa kulit tengahnya yang bersih dengan licin Letak sugho kat atas tu Buat jugak sudu dari batang pokok pisang ni Seronok sungguh masa tu kalau ingat balik.hehe Sekarang dah ada dah kot orang buat macam tu Berbalik pada tajuk di atas.hehe So aritu masa dok sembang dengan mak pasal pakcik mengacau sugho Mak pun cerita la satu kisah benar Yang dah berlaku lama lama dulu Tak tahula sama ada  sedara mak atau sedara ayah Nama pun aku dah lupa Mak cakap pompuan ni mati berulat Dah berapa hari baru orang tahu dia mati Sampai ayam duk makan ulat dari badan dia ...