TTC Journey 2020 - Part 1
Assalamualaikum.
Akhirnya, after 4 years..dibukakan jalan untuk aku kembali proceed dengan infertility treatment.
Btw, thanks untuk kawan sekerja last year, dari dia aku baru tahu yang kos IVF di Husm sekarang ni lebih murah if compare dengan 4 tahun lepas.
Oh ya, untuk sesi IVF yang dulu di Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT, aku cuma sempat pergi 1x untuk kaunseling. Dapat offer IVF sekali masa bulan Nov 2016 yang terpaksa ditolak.
Lepas tu bila call setiap bulan, tak ada rezeki untuk proceed sehinggalah aku malas dah nak call dan biarkan masa terus berlalu.
Hujung tahun lepas, macam datang seru tak tahu kenapa.
Yakin lepas ni bajet dah ada untuk bayar IVF dan insha Allah tak akan dibazirkan untuk benda lain.
So, bila aku decide untuk start treatment balik, benda pertama yang aku buat adalah call HSNZ.
Kad rawatan pun dah lupa letak mana, tapi takpe, call je no 09-621 2121 dan minta sambungkan ke talian untuk KLINIK O&G rawatan IVF.
Masa tu dalam bulan 11/2019 kot. Dah lupa exact date.
Dekat sini call memang senang masuk la if nak banding dengan klinik O&G Hospital Kota Bharu. 😁
Nursenya pun kebanyakan baik je melayan through phone call.
So aku story my history lebih kurang and luckily, nurse yang attend aku that day orang kelantan dan dulu pun pernah kerja Hospital KB.
After dengar history IVF aku, dia sendiri pun cakap, dah tak payah sambung treatment dekat KT.
Proceed dekat HUSM je dengan kos lebih kurang je dekat sana iaitu around 5-6K.
Dan good news juga, boleh keluarkan duit KWSP akaun 2 utk treatment IVF.
Double yeay di situ.
Cerita bab tu nanti aku story lebih lanjut bila aku dah apply nanti ek.
So next step aku buat adalah call pulak bahagian O&G Husm. Dekat situ, dia nak aku start dulu dekat tempat lama iaitu Hospital KB untuk collect balik semua data previous treatment untuk rujuk ke Husm. So dari hospital Kb, dorangla yang akan fix date dengan HUSM untuk continue treatment IVF.
Jadi sebelum ke Hospital KB, tanpa apa apa temujanji, aku kena ulang balik step dari awal iaitu dapatkan surat referral dari klinik kesihatan terdekat.
Based on previous step, aku kena test darah semasa period Day2 dengan D21.
Dengan result itu, barulah klinik kesihatan tu akan contact Hospital KB untuk dapatkan tarikh temujanji iaitu dipendekkan cerita jatuh pada 5/2/2020.
On that day, aku pergi ke Hospital KB dan bawa surat referral sahaja. Result test darah, klinik kesihatan tak bagi pun. Tapi takpelah, apa yang aku nak cuma temujanji je pun.
Dipendekkan cerita, segala rekod manual semasa treatment dari 2014-2016 di Hospital KB, dah tak ada dekat hospital dan dipindahkan ke tempat simpanan katanya. Arkib, library ke apa tak sure la pulak.
Jadi, doktor infertility di Klinik O&G Hospital KB cuma dapat buat satu surat referral untuk aku, based on a few maklumat yang aku ceritakan pada dia jelah. Akhirnya, dapatlah tarikh untuk temujanji klinik O&G HUSM pada 3/3/2020 nanti.
Dekat surat tu, doktor dah remarks yang aku nak skip IUI dan terus proceed IVF.
Cukupla kot, IUI 3x. Tak sakit pun cuma prosedurnya boring dan leceh. Untuk kes IUI aku ni, third times is not a charm la kot.🤣🤣🤣
Apapun, for surela kan aku kena tested balik sebab if ada rekod pun, tahun 2016 kot. Dah tak valid pun. Suami pun harusla buat latest sperm check. Bab lain aku tak kisah sangat, cumanya aku takut kena lalui proses HSG sekali lagi.
HSG adalah singkatan untuk;
Hysterosalpingography.
HSG, is an X-ray test to outline the internal shape of the uterus and show whether the fallopian tubes are blocked. In HSG, a thin tube is threaded through the vagina and cervix. A substance known as contrast material is injected into the uterus.
Secara ringkasnya, test untuk cek sama ada tiub fallopio belah kanan dan kiri sama ada tersumbat ke tak supaya sperma dapat lalu dengan tenang. 😝
Nampak yang aku tak bold tu? Thin tube dan contrast material?
Haaa...bab masuk thin tube tu ok je..biasa jelah. Tapi bab injection contract material tu, yang tu lah yang buat aku rasa sakit sangat sangat dan serik nak ulang test ni.
Tapi nanti kalau kena buat lagi sekali...apalah daya aku nak tolak kan?
3.3.2020 adalah on Wednesday next 2 weeks. If tengok dekat surat, aku direfer dengan Dr Fahzahidi. Not sure doktor lelaki ke perempuan. Tapi rasanya macam doktor lelaki.huhu
3 years treatment dekat Hospital KB memang rezeki aku everytime dapat doktor perempuan je untuk IUI bilamana doktor yang incharge aku, Dr Wan tu tak ada. HSG pun doktor perempuan yang incharge.
Tapi takpelah, i'll faced anything. For the sake of my future kids. In sha Allah.
3.3.2020 adalah on Wednesday next 2 weeks. If tengok dekat surat, aku direfer dengan Dr Fahzahidi. Not sure doktor lelaki ke perempuan. Tapi rasanya macam doktor lelaki.huhu
3 years treatment dekat Hospital KB memang rezeki aku everytime dapat doktor perempuan je untuk IUI bilamana doktor yang incharge aku, Dr Wan tu tak ada. HSG pun doktor perempuan yang incharge.
Tapi takpelah, i'll faced anything. For the sake of my future kids. In sha Allah.
Comments
Post a Comment
any comments? thanks..... ;D