Posts

Showing posts from September, 2016

Korean Drama 2016

Image
salam. sejak dari astro bagi  channel free 2 bulan ritu, tetiba suami bertukar dari hantu drama melayu ke hantu drama korea. masa tu aku dok layan W-Two World, dia pulak layan Victory for Tomorrow. bagi aku, Victory for Tomorrow tu macam soap opera la kot. panjang sangat episodnya. kalau drama korea komersial lain selalunya 16-20 episod je pun. then, bila channel free tu stop, aku pun langgan la Korean Pack yang ada channel Oh!K dengan TvN. sukala laki dapat layan cite korea dia sampai habis. sekarang ni bila tengok tv, asik nak tengok korea jelah. dah tak tengok drama melayu sangat. apapun, bagus jugak aku rasa macam tu. almaklumla bila time dia layan drama melayu, sakit jiwa raga aku. kadang kadang jadi bergaduh pun ada sebab aku asik dok kutuk je drama melayu ni. dia serabut agaknya.kihkihkih sekarang ni W dah habis. Victory for Tomorrow tu stil ada dalam 10 episod kot. disebabkan suami dah tahu endingnya cane, so sekarang ni dia layan cite lain pulak, The G...

SKIPTRACE (2016)

Image
salam.  If weekend, hari sabtu selalunya boring. sebab dok ulang tayang je cite yang dah tengok sepanjang minggu. so last week, nampak je ada iklan SKIPTRACE kat astro best, memang aku teringin jugak nak beli. so masa kat rumah mak, aku beli cite ni. if keluar kat astro best murah jelah rm10.60 kalau kat astro first, mahal. selalunya cite melayu banyak keluar kat astro first. bagusla sebab aku tak minat cite melayu.huhu lama dah tengok cite ni kat web untuk download, tapi ritu masa nak download, aku tengok still takde subtitle dekat subscene.com. so aku tak download pun cite ni. alang alang dah ada kat astro best, beli jelah. if kita beli dapat jugak chanel astro best hd, tapi mandangkan rumah mak bukan tv flat screen, so gambar di chanel astro best hd tak cantik. asik pecah pecah je. so layan jelah kat chanel biasa. overall, tak rugi langsung beli cite ni. aku siap ulang tayang 2x direct non stop. if movie jackie macam biasalah mesti ada action kan? tapi ...

Food last weekend..

Image
salam. semalam ambik order durian crepe 17 bekas. untuk anak sedara bawak balik tempat study dengan untuk ofis suami. aku dah cakap kan aku niaga main main je. malas nak iklan iklan.kihkihkih hari ni pulak dapat order cheese tart 15 bekas. order dari tempat kerja je. akak tak bagi aku iklan kat fesbuk, sebab dengan dia sendiri dah ada order 30 bekas.huhu takut tak sempat nak sediakan.  sekarang ni tak tahula kenapa. malas betul nak masak. tapi makan luar pun bukan sedap sangat. if hari kerja memang kalau suami cakap taknak makan malam, aku suka sangat sangat. aku takpe, makan jelah apa apa pun pastu mengantuk tidur jelah. tapi kalau hari cuti memangla kena masak. tapi kalau orang ada ajak suami makan kenduri or semayang hajat ke lepas semayang jumaat, memang hepi la seposen, sebab tak payah masak.kihkihkih.  lauk hari jumaat. daging korban ada lagi sikit. sempatla untuk masak lagi 2 kali. ada ikan dalam peti, aku buat goreng pedas je. ...

Pulut putih for breakfast

Image
salam. sekarang ni pagi pagi aku dah tak payah pening nak fikir makan apa untuk breakfast. sebabnya ada sorang kawan sekarang ni mak dia ada jual pulut pagi yang dah siap packing. so tipa hari if dia bawak, bagi je aku satu. lagipun sekarang ni pergi balik kerja dengan suami. dia dahla kerja masuk bandar, so kena gerak awal n memang tak boleh singgah untuk beli breakfast. kecuali kalau dia nak masuk lewat. tu pun kena tanya dulu boleh berenti ke tak. if kat area tempat kerja ni, selain mahal, kedai yang ada tak memenuhi selera aku. so pagi pagi selalu dok pening nak fikir makan apa.huhu 1 paket ni rm2. mahal jugakla seposen.kihkihkih tapi dah faveret nak buat cane.  kedai kat area rumah aku dulu jual  rm1 je. tapi sekarang ni dah tak jual sebab katanya susah nak dapat kelapa muda. ada sesetengah kedai dia jual pulut ni dengan ikan kering. aku pulak suka makan dengan ikan sardin/selayang goreng. lagi sedap.  semalam dengan hari ni aku beli 2 pa...

Jual Cheese Tart & Durian Crepe

Image
salam. sekarang ni kalau tengok kat fesbuk and insta, ramai sangat orang yang meniaga kan? news feed tu selalunya penuh dengan iklan je cakap je nak barang apa, semua ada. bak kata orang, mak bapak je takde jual.hehe dekat tempat kerja aku ni pun, ada sorang kawan tu memang kaki menjual. cakap je nak apa...semua ada. tiap tiap hari ada je benda baru dia bawak untuk jual. sekarang musim durian kan? so tengah menggila jual durian crepe la pulak. huhu walaupun dia jual murah n ambil untung sikit je, tapi nampakla hasilnya, siap boleh beli barang kemas lagi. apapun, sebagai kawan aku tumpang gembira jelah. yang aku ni pulak, teringin la jugak nak meniaga. tapi bila fikir fikir, macam segan je nak jual. rasa macam tak reti nak promote barang ni. tapi bak orang kata nak seribu daya kan? kalau tak nak tu, banyakla pulak dalihnya.kihkihkih tapi hari tu dah kawan suruh, aku tryla jual durian crepe. sekali je aku iklankan. terus dapat order 28 bekas. bolehla untung setaka...

Salam Aiduladha 2016

Image
salam. hari ke3 raya aku dah masuk kerja. memang tak apply cuti pun. malas. bagi can kat sape sape yang lebih perlukan cuti. tahun ni kebetulan raya jatuh isnin selasa so kerajaan negeri umum cuti peristiwa hari ahad sehari sebelum raya. masa aku balik rumah mak, ramaila yang puasa. mak, nenek, kak ipar n anak sedara puasa. mentua aku pun puasa. aku je tak puasa sebab period. malam raya tu akak yang jerteh cakap nak buat bakar ayam. pastu aku ambik order jugak untuk tart. tapi disebabkan masalah teknikal, daripada 21 bekas yang dapat order, aku berjaya deliver 10 bekas je. n aku salahkan akak si baker. hari tu janji dengan aku nak balik awal, so aku ingat sempatla buat delivery petang ahad tu. rupanya pukul 6.30 lebih baru dia gerak balik dari jerteh. dekat pukul 8 baru sampai, terpaksalah aku deliver tat memalam buta.huhu dahla first day period, so mood memang ke laut. dahla penat kesitu sini, mana risau nak fikir order orang lagi.  nasib baik aku tak lari ...

Plan for IUI ke3

Image
salam. ingatkan bila dah start ivf dah takde treatment kat hospital kota bharu, tup tup awal bulan 8 ritu nurse kol cakap ada temujanji. aku tak tau pun? tapi memang hospital terengganu ada pesan kat aku suh buat iui lagi sekali tapi dah ritu puasa n raya, malasla pulak nak kontek hospital. tapi mandangkan dah ada temujanji aku pergi jelah n doktor wan cakap buatla iui lagi sekali. so bila tunggu period, hari ke2 aku kena pergi ambik darah pastu ambik siap siap Gonal F. oh ya ni Gonal F. kena cucuk sendiri ye kat perut. kalau yang dulu doktor suruh cucuk 2 dos je, tapi untuk kali ni kena cucuk sampai 5 dos. so dapatla 2 batang Gonal F. ada 4 dos je dalam 1 batang pen tu.  maknanya kena start cucuk dari period day3 sampai day7.  walaupun dulu mintak kakak ipar dengan suami yang buatkan, kali ni aku cucuk sendiri jelah. cuma malangnya kali pertama cucuk, aku ingatkan aku dah habis tekan semua ubat tu tapi bila keluarkan jarum, dahla banyak keluar darah, pastu...