Salam Aiduladha 2016



salam.

hari ke3 raya aku dah masuk kerja.
memang tak apply cuti pun. malas.
bagi can kat sape sape yang lebih perlukan cuti.

tahun ni kebetulan raya jatuh isnin selasa so kerajaan negeri umum cuti peristiwa hari ahad sehari sebelum raya.
masa aku balik rumah mak, ramaila yang puasa.
mak, nenek, kak ipar n anak sedara puasa.
mentua aku pun puasa.
aku je tak puasa sebab period.

malam raya tu akak yang jerteh cakap nak buat bakar ayam.
pastu aku ambik order jugak untuk tart.
tapi disebabkan masalah teknikal, daripada 21 bekas yang dapat order, aku berjaya deliver 10 bekas je.
n aku salahkan akak si baker.
hari tu janji dengan aku nak balik awal, so aku ingat sempatla buat delivery petang ahad tu.
rupanya pukul 6.30 lebih baru dia gerak balik dari jerteh.
dekat pukul 8 baru sampai, terpaksalah aku deliver tat memalam buta.huhu

dahla first day period, so mood memang ke laut.
dahla penat kesitu sini, mana risau nak fikir order orang lagi. 
nasib baik aku tak lari balik jelawat n duduk dendiam kat rumah.
tak mustahil pun kalau aku buat macam tu.
kepala otak aku ni kengkadang bukan betul sangat.kihkih

malam tu dekat pukul 11 baru aku balik rumah.
rebus nasi himpit kejap sambil layan tv.
n macam biasa, if nasi himpit aku tak hangus memang tak sah.
dari 4 bungkus sederhana tu, 2 bungkus memang rosak n kena buang.
yang lagi 2 aku malas nak tunggu sampai sejam lebih, so bila makan pagi esoknya, nasinya tak terhimpit betul betul pun lagi.
lantakla..asal beras dah jadi nasi okla tu kan.hihi

pagi raya macam biasa barulah aku nak gosok baju raya.
pastu kemas kemas sikit.
pastu makanan hidang kat dapur je.
aku just beli satay je sikit. then ada juih raya 2 jenis yang aku simpan dari raya puasa hari tu.
gambar takde malas nak ambik.

lepas tu kena cepat cepat siap sebelum suami balik masjid.
nanti dia dah tukar uniform nak kerjakan lembu, jangan harap la nak dapat gambar raya lagi.


macam biasa, raya haji baru dapat raya pertama dengan anak.
aku macam biasa harusla pakai baju baru.kihkih
suami pakai jubah tahun lepas je. 
anak pulak pakai baju melayu suami.
memang muat ye.
dia dengan bapak dia baju seluar memang boleh bergilir.
tahun ni tema jimat.
dress poplook aku tu pun ada diskaun 65%.hehe
dress ni memang bila pakai nampak gemuk je.
dah alang alang aku memang naik badan sekarang ni, so seswaila kan.



laki ni selalu ambik gambar mata pejam.
mata dahla sepet.
bini baru nak fefeling lentok ke bahu.





gambar ni aku crop untuk profile pic fb.
pastu lupa nak save yang asal.
so takdela gambar penuh.
posing tepi ni kengkononnya taknak nampak gemukla ni.
sama je kiri kanannya lebar.huhu
muka je dah besar pinggan.huhu
oh ya ni muka gembira kalau tengah berbaik suami isteri yer.
kalau tengah berperang takde maknanya nak ambik gambar sengih sengih macam ni.wakaka




gambar solo. dress apa entah dari poplook.
beli masa ada sale sebelum raya puasa ritu. 
size L baru muat muat di pinggang. bertabahla muis.huhu
shawl pulak yang kakak ipar hadiahkan dari dubai.
kain lembut n sejuk tapi buatkan mukaku makin bulat. bertabahla lagi sekali.




laki sapela ni yang nak jadi kanak kanak ribena sangat.
tak sedar diri dah tua rambut kat kepala dah beruban.kahkahkah
dah takde idea nak pose dia pi senaman kat pokok la pulak.
ni mesti nak panaskan badan sebelum kerjakan lembu lepas ni.

walaupun raya korban tapi mintak maafla takde pulak gambar lembu.
aku pergi jugak jenguk tempat sembelih tapi kejap kejap jelah.
g nak tanya laki itu ini n pergi hantar air je.
pastu aku lepak kat atas rumah je.
mak mentua ada jugak pelan pelan cakap kang elok kalau pegi siang daging lembu.
adoi mintak maapla.
32 tahun aku hidup ni aku tak pernah lagi tolong siang daging.
pergi kejap kejap tu pun dah sakit kepala aku dok bau lembu n taik lembu n segala bau semua ada.
dengan panasnya lagi.
sah sahla hari tu kepala aku sakit berdenyut denyut.
bukan aku nak diva dah memang aku macam tu.
so bila mak mentua bagi cadangan tu aku diam jelah. dia fahamla kot agaknya.hehe
kalau famili aku tahu dah perangai aku cane.

raya tahun ni ada 4 bahagian yang famili belah aku join lembu mertua.
tahun ni 2 ekor lembu mertua yang jadi korban.
tengahari tu lepas semua dah siap melapah, makan nasi n balik rumah barulah aku masuk dapur, kemas kemas semua, mandi pastu lepak depan tv.
telan ubat pastu terlelap kejap depan tv.
suami cakap nak balik rumah mak petangnya tapi bila aku tanya, dia cakap penat so balik esok je.

Raya ke2.
hari ni rumah makcik ada buat kenduri makan 40 hari.
pagi tu suami pergi tolong lapah lembu rumah jiran pastu dia balik n tertidur.
tengahari tu baru siap balik rumah makcik.
lepak situ kejap  pastu balik rumah mak. lepak je layan tv dengan anak buah.
malamnya lepas maghrib baru pergi rumah makcik lagi sekali.
lepas hidang hidang semua, buat tahlil n makan.
lepas tu sambung dengan bacaan quran 30 juzuk.
mula tu mak ajak aku baca jugak nak cukupkan 15 orang tapi dah kebetulan tak boleh solat.
so mak baca dengan kakak ipar je yang baca.
aku tak tunggu sampai habis pun terus ajak suami balik.
dah lemau dengan tak mandi n baju tak berganti dari tengahari.

baju raya ke2.
masa aku gosok tudung suami cakap jangok jangok ni nak pergi mana gak...huhu
so aku jawabla eh kan raya ni...baru raya ke2 harusla pakai baju baru.kihkihkih
dengkila tu dia takde baju baru.

oh yaa, raya kali ni jugak aku tetiba termakan tapai.
dah berapa tahun sejak last aku makan benda alah ni.
dekat 5 tahun kot tak pernah sentuh.
tapi tapai yang kakak ipar buat ni comellllll je.
kecik kecik. letak dalam peti ais makan sejuk memang sedap.
tu yang jadi teringin nak makan.

ok, tu jelah cerita raya saya...
lambatnya nak raya tahun depan...   :p


Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB