sayang
assalamualaikum.
cane ye nak ukur sayang?
dan macam mana pulak nak dihitung ikhlas?
hati kita..niat kita, macamana orang lain boleh tahu sejelasnya?
sebab aku percaya isi hati kita manusia ni hanya Allah sajalah yang tahu apa niat kita sebenarnya..
apakah bila kita tegur benda tak elok maknanya tak sayang?
apakah bila kita selalu merungut dan marah marah tandanya tak sayang?
adakah kerana bukan kita yang melahirkan maka dituduh tak sayang?
adakah bila kita selalu merungut maka kita tidak ikhlas?
kadang kadang mungkin kita cuma nak luahkan perasaan
kadang kadang mungkin kita cuma nak lepas geram.
patut la orang cakap lidah ni lebih tajam dari sebilah pedang.
kerana lidah aku, aku dikata macam macam
kerana lidah dia, hati aku tersayat tajam.
kecil hati?
kalau hati ni boleh mengecil..rasanya dah lama kot aku ni tak berhati.
biasalah manusia, bila marah, apa yang tak dikata.
aku sendiri, orang lain. kita semua sama je.
dan aku percaya semua kata kata tu bukan dari hati pun.
takde niat.
kalau bukan kerana sayang mungkin kerana tanggungjawab.
aku sendiri pun tak pasti.
Comments
Post a Comment
any comments? thanks..... ;D