Posts

aku bukan pemandu berhemah

assalamualaikum waaa lama pulak rasa tak update blog banyak je benda nak cerita tapi cable hf dengan camera tertinggal pulak dalam redviva dah berapa hari dok ulang alik pergi kerja dengan kereta B sebab redviva tayar belakang pecah pulak napela tayar kereta aku asik pecah je aritu masa g honeymoon pun pecah jugak tapi tayar depan pecah kt highway lasak sangat kot aku bawak kereta lubang ke apa ke bukan aku kisah sangat.hehe tambah tambah musim hujan sekarang ni jalan semua berlubang lubang kalau balik kerja malam lagila tak nampak lubang memang kalau bab penjagaan kereta aku memang tak cermat pun ada sesetengah driver tu aku tengok kalau nak lalu lubang atau bunmper punyala kemain lagi break tapi aku main bedal je kalau jumpa lubang dalam or bumper tinggi sangat barula reti nak slow sikit.hehehe kalau aku bawak kereta B pulak mesti akan naik temperature kalau B bawak tak pulak B sokmo pelik je dengan aku selalu kalau temperature kere...

salam maal hijrah

Image
assalamualaikum tahun ni tanggal 27 nov bersamaan dengan tahun 1433hijriah cepatnya dah beralih lagi ke tahun baru islam cuti umum lagi hehe senyum lebar semua kalau awal muharam apa sambutan dia ek? buat asyura kan? tak ingat pulak.hehe and akan berkumandangla lagu faveret aku ni kalau dengar lagu ni memang aku akan rasa bersemangat and lepas tu akan rasa sebak dan terharu mesti sampai bergenang air mata aku.hehe layan je lepas tu kat tv akan adala sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan ada nasyid, perarakan mak aku mesti pagi pagi dah layan tengok sambutan maal hijrah ni kat nasi lemak kopi O.hehe okla, salam maal hijrah untuk semua berubahla ke arah yang lebih positif okay daaaa

cerita solat jumaat

assalamualaikum dunia dah akhir zaman semakin ramai yang bertuhan kan nafsu dan melupakan agama padahal semua orang tahu solat jumaat tu wajib tapi kenapa semakin ramai yang tak buat solat jumaat? macam petang semalam aku balik dari kbmall punyala ramai yang still berlegar dalam tu keluar je dari situ kemain ramai lagi yang dok lunch dok sembang hisap rokok tak malu ke? terang terangan tak pergi solat jumaat dorang tak tahu agaknya sekali meninggalkan solat jumaat hati akan tertutup rapat dan tidak akan menerima hidayah lagi hati aku bila tengok orang macam ni terus prejudis terus hati yang jahat ni berkata kata kalau dah solat jumaat tak buat solat 5 waktu apatah lagi hmmmm Kewajipan mendirikan solat jumaat telah dijelaskan dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 9, Allah berfirman maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke...

antara kerja & komitment

****updated syukur ada yang prihatin terima kasih semua budi baikmu akan dibalas :) assalamualaikum sangat sangat serabut semua taknak bertolak ansur yang jadi mangsa siapa? aku jugak!!

jumaat yang tensi

assalamualaikum baru je nak berseronok nak bergembira sebab B baru balik dari kursus tup tup tayar kereta bocor tertinggal set kunci ofis cable hf pulak ntah ke mana aduhai apala nasib baru je semangat nak update blog tu yang malas kalau nak kena bawak kereta B susah sebab semua barang nak ada dalam kereta dengan stok makanan, air, kelengkapan seharian hmmm sabar jelah kereta pulak lepas satu satu buat hal tayar pecahla tayar bocorla tayar kembung macam macam nasib hari ni tak hujan kalau tak lagi meroyan aku macam ni sabar jelah muis

menu 21-11-2011

assalamualaikum lately selera makan membuak buak rasanya starting from today nak take note apa menu sehari hari tulis dalam blog baru senang nak tengok.hehe so menu for today: roti ban berinti kacang bubur ayam mcD Double cheese burger fries  air ribena laksa lemak kitkat 2 bar nasi air

KVM - Soundtrack Main Hoon Na

Image
assalamualaikum aku memang peminat no 1 hindustan so selalu la layan video klip yang best best so minggu ni untuk monday blues aku nak letak koleksi lagu dari filem Main Hoon Naa semua lagu best best tapi sini aku letak 4 jelah lagu yang ni paling faveret lagu hero and heroin enjoy!!!

sijil nikah

Image
assalamualaikum so jakun sijil nikah pun nak tempek kat blog.hihi tempek kasi besar sikit harapnya nilah satu satunya sijil nikah dalam hidup aku muahahahaha

serabut sunday!!

assalamualaikum hari ni hujan balik selepas 3 hari panas terik kalau tak hujan pun mendung je sekarang still kat booth little caliphs lepas ni baru gerak masuk keje kol 2 bangun je pagi tadi rasa serabut macam macam yang aku fikir macam macam benda masuk dalam kepala berpusing ligat buat aku rasa resah gelisah rasa moody mungkin sebab tengah bercuti tak boleh solat terlalu penat so kepala jadi jem hati tak tenang sangat sangat tak suka kalau macam ni i need a break rasa macam nak berhenti kerja awal kalau bos bagi taknak cukupkan sebulan nak rehat je hmmmm kalau boleh kosongkan semua memori yang tak menggembirakan aku thanks to my fren ida's sangat lega bila dapat berkongsi dan meluahkan thats what frens are for rite? till then, daaaaa

cerita hujung minggu

assalamualaikum masuk hari ni dah 3 hari cuaca panas malam pun tak hujan bolehla basuh baju berbakul bakul bah dah tak jadi kot?hehe takpelah hujan ke panas ke hidup tetapditeruskan ye dok minggu ni seminggu memang la aku tersangat sibuk pagi kena jaga booth littlecaliphs di kbmall petang sampai ke malam pulak kena kerja hari cuti pun takleh spend masa dengan B banyak kerja nak kena buat nak nasuh baju nak pegi situ sini ohhh capeknya saya ahad depan barula back to normal hmmmmmpppppp tu baru duduk berdua kalau pasni ada baby cane la agaknya hidup aku 24 jam sehari macam tak cukup je rabu pulak B akan ke persidangan tahunan walaupun tahun ni buat di Kelantan tapi B still akan stay di hotel sebab kelas habis lewat malam and awal pagi so menyusahkan jugak kalau nak ulang balik rumah so aku akan balik tido rumah mak la lagipun seminggu ni abang sekeluarga balik bercuti so rumah tak sunyila nanti.hehe