cerita solat jumaat



assalamualaikum


dunia dah akhir zaman
semakin ramai yang bertuhan kan nafsu dan melupakan agama
padahal semua orang tahu solat jumaat tu wajib
tapi kenapa semakin ramai yang tak buat solat jumaat?
macam petang semalam aku balik dari kbmall
punyala ramai yang still berlegar dalam tu

keluar je dari situ kemain ramai lagi yang dok lunch
dok sembang hisap rokok
tak malu ke?
terang terangan tak pergi solat jumaat
dorang tak tahu agaknya sekali meninggalkan solat jumaat
hati akan tertutup rapat dan tidak akan menerima hidayah lagi

hati aku bila tengok orang macam ni terus prejudis
terus hati yang jahat ni berkata kata
kalau dah solat jumaat tak buat
solat 5 waktu apatah lagi
hmmmm

Kewajipan mendirikan solat jumaat telah dijelaskan dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 9, Allah berfirman maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)".   

takkan tak tahu kot dosa meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal
orang itu dosanya lebih besar dari seribu kali berzina
kenapa?
sebabnya bila kita meninggalkan solat seolah olah kita ni menganggap bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas diri kita
bererti seolah olah kita menganggap remeh perintah tuhan, dan menganggap  Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hambanya

okla kat sini aku sertakan satu sabda Rasulullah SAW

"Sesiapa yang meninggalkan solat fardhu secara sengaja maka dia kafir terang-terangan"- (Riwayat At-Tabrani)

so tepuk dada, tanya iman
hidup bukan selamanya
akhirat juga kekal sampai bila bila

Comments

  1. betol2. bila lunch je.penuh laki2 kat kedai makan..muka selambe je.

    ReplyDelete
  2. muka x malu semua tu
    leh tayang muka selamba pulak
    kdng jmpa yg isteri elok baju kurung bertudung bwk anak
    yg suami kat sebelah x pergi solat
    hmm wat malu je

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM