Wedding: Dulang Mas Kahwin
Assalamualaikum
Selain 18 dulang hantaran belah pihak aku dan suami, ada lagi satu dulang hantaran untuk letak duit hantaran merangkap mas kahwin. If negeri lain, duit mas kahwin dan duit hantaran tak sama, tapi di Kelantan selalunya kami gunakan duit hantaran sebagai duit mas kahwin. Contohnya if suami bawa duit hantaran RM10k, jumlah tulah yang digunakan sebagai mas kahwin.
Selain duit hantaran, biasanya pihak lelaki akan bawa jugak barang kemas sebagai hadiah. Dekat sijil nikah nanti memang dia akan state both duit hantaran dengan hadiah sampingan tu. If banayk bajet bolehla bawa satu set barang kemas pulak. Hadiah barang kemas tulah biasanya yang digunakan masa nak membatalkan air sembahyang.
Untuk dulang hantaran ni, guna gabungan warna merah dan putih je. Guna hiasan bunga yang sama dengan hantaran belah suami. Tapi idea kawan aku ni guna dua ekor angsa, aku suka sangat sangat. Masa mula mula tengok memang dah berkenan.hihi...
Bekas untuk letak duit hantaran pulak, aku beli dekat Lovely Lace di Melaka, RM29.90 sahaja. Masa tu memang dah plan nak cari bekas yang tertutup, tapi tak jumpala pulak, So ambik bakul macam ni je. Aku memang taknak guna album untuk isi duit hantaran, sebabnya pengalaman masa kakak kahwin dulu, alahaiiiii penatnya nak keluarkan semua duit dari album tu.huhuhu.
Disebabkan duit hantaran ni di luar bidang kuasa aku, so sedikit tak berpuas hatilah dengan cara duit ni dihias. Sepatutnya ikatla dengan riben besar kat tengah tengah and baru letak dalam bekas renda tu. Ni ikat ala ala je, huhu. Tapi takpelah, kita lupakan je. Let bygones, be bygones. Then, untuk letak gelang hantaran mulanya nak beli bantal heart dan gantung rantai kat situ, tapi fikir balik hmmm macam leceh je. So kansel plan dan letak gelang dalam bekas asal dia, done!
Disebabkan masa bertunang dan dapat cincin dan aku pun dah ada beberapa bentuk cincin, so untuk akad nikah ni mintak gelangla pulak. Gelang pun aku yang pilih sendiri, pergi dengan tunang je masa tu. Taknakla if orang lain pilihkan, nanti tak kena dengan selera.hehe. Yes, memang aku ngengada pun ;p
Cute je kan? Angsa betina siap pakai hair clip lagi. Tapi, angsa ada rambut ke?hahaha. So nice. Bekas renda tu pun sampai sekarang aku still guna lagi. Buat letak barang barang perhiasan, broach dan jam.
Okay, tu je nak share kali ni. Sampai ketemu lagi ye, daaaaa.... :D
Comments
Post a Comment
any comments? thanks..... ;D