adik maira yang nakal

assalamualaikum


nak cerita pasal karenah girl yang paling manja, mengada, nakal dalam kelas aku
adik maira
setiap pagi sebelum assembly memang takde kerja lain
pantang aku alpa sikit mula dia buat perangai
nak tahu apa dia buat?



sembunyi belakang kerusi belakang pintu
tiap tiap pagi nak kena berjemput supaya masuk assembly
kalau  dia tahu aku tau dah mana nak cari




adik maira yang nakal
kalau aku snap gambar konfem tersengih

kalau petang time solat
lain pulak ceritanya
asal cakap nak solat mesti dia cakap
"alah ticer, sokmo nak solat!"

selalu dia buat alasan nak berak
lepas tu bila semua dah habis solat baru dia keluar dari jamban
tapi lepas kitorang si teacher ni terkena sekali
kalau dia cakap nak berak
kitorang memang tak bagi dah.hehe

bukan dia nak berak atau kencing pun
yang latest semalam punya kes
macam biasa time solat dia menghilangkan diri
nak tau kali ni dia buat apa?



boleh pulak dia berselimut diam je kat tepi almari
bila kitorang pegi jenguk senyap senyap memang dia diam tak bergerak pun




bila tarik selimut baru dia keluar
sambil tersengih sengih
ada je karenah idea dia
padahal kena paksa solat jugak
penat saya tau..huhuhu




Comments