Monday, September 15, 2014

muis #1



Assalamualaikum.


Honestly, aku mulalakan blog ni unuk diri aku sendiri, sebab aku suka menulis dan suka baca hasil penulisan aku sendiri. If boring nak blogwalking, aku baca jelah entri entri aku yang lama.

Dengan blog aku ni, aku tak pernah nak kejar follower pun, dari seorang yang follow, sekarang dah ada 58 follower, tanpa aku buat apa apa. If aku blogwalking n tinggal komen, tak pernah aku mengajak orang ke blog aku balik. Memang tak. Join contest nak ramaikan follower pun aku tak minat. Macam la takde keje lain nak buat.huhu

Okla berbalik pasal benda berkaitan diri aku. Pertama sekali mestilah nama aku. Nape pelik?

Sebabnya nama penuh aku isruzaini dan aku seorang perempuan. Rasanya kat malaysia ni aku sorang je kot nama isruzaini dan berjantina perempuan. If search dekat facebook adala jumpa 3, 4 orang dengan nama isruzaini, tapi semuanya lelaki. Siap ada yang nama muhammad isruzaini lagi.huhuhu

Dulu masa kat uni, biasalah if kadang kadang dekat borang pendaftaran sebelah nama aku letak jantina lelaki. Then penah sekali dapat sijil nama aku jadi isruzaini bin ismail.

Tapi takpe. Walaupun nama lelaki, nama aku unik kot. Semua orang yang first time dengar mesti akan suruh aku repeat balik pastu mesti kali pertama takkan dapat sebut nama aku dengan betul.

Then, nama panggilan aku pun ala lelaki jugak. 5 tahun dekat naim, 5 tahun di uni, memang nama panggilan aku muis. Lepas tu masuk kerja rasa mcam tak proper nak kenalkan diri dengan muis so aku tukar la panggilan jadi cik zaini. Lepas tu bila aku jadi cikgu tadika ni, nama aku just jadi is je. Okla tu kan?

Pernah ada dulu kawan cadangkan nama aku tukar panggil nini. Erk?? Minah kasar suara kuat macam aku ni nak guna nama macam tu? Mintak maafla. Tak seswai langsung dengan personaliti aku okeh!

Teringat satu cerita. Masa kat dungun dulu, ada kawan guna no akaun aku,  sebab pakwenya nak masukkan duit. So kalau guna cdm atau atm cimb, memangla nama aku keluar takat isruzaini bin je. Ti ismail tak keluar. Dahla kawan aku tu cantik. So pakwenya fikir aku ni jantans la. Then masa akhir sem masa pakwenya datang nak ambik kawan aku ni, dia mintak ic aku nak tunjuk kat pakwe dia yang aku ni kawan pompuan dia. ^____^

Kelakar kan? Kita yang cantik manis ni dikatanya jantans. Tak baik tauuuuuu...

Ok, tu je nak stori kali ni.  Ada lagi yang aku nak share pasal diri aku. Banyak lagi. If boring nanti aku share sini lagi ye....daaaa :D




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...