Wednesday, October 29, 2014

Langkawi: Kilim Geoforest Park



Assalamulaikum. 


Lepas keluar Underwater World dan shopping coklat, destinasi seterusnya ke Sungai Kilim Geoforest Park. Jauh jugak perjalanan sampai aku pun naik boring. Dahla lepas tu hujan turun. If hujan cane nak naik bot kan? Nasib baik elok je sampai cuaca pun elok. Dekat sini aktivitinya adalah ronda ronda dekat sungai Kilim dengan bot. Dengar je nak naik bot memangla rasa cuak jugak sebab aku ni fobia air. Tapi dah semua orang nak join, takkanla aku sorang je nak menunggu kat jeti.huhu


Disebabkan group kami lebih 17 orang, so kena sewa 2 bot. Kakak ipar sewa yang trip 2 jam je. Bot pertama 2 orang abang dengan famili dorang ynag naik, bot kedua pulak, famili aku dengan cikgu isroha dan mak ayah sekali. 



Di jeti sementara nak menunggu naik bot. Sempatla pergi tandas dan makan makan lite lite je dulu. Masa ni rasanya memang tak lunch pun lagi. Sebab nak kejarkan masa. Nasib baik pagi tadi dah ambik heavy breakfast.


Harga Sewa Bot Sungai Kilim Geoforest Park:
2 jam: RM250
4 jam: RM350




Mula mula naik bot je dah rasa berdebar. Aku duk depan sekali dengan mak ayah. Suami duduk belakang sekali. Ingat kan dah naik bot terus pergi jauh rupanya dia berenti kejap dekat Gua Kelawar. Maleh sungguh aku nak turun naik banyak kali ni. Tak tau ke kito tengah debor.huhuhu






Masuk Gua Kelawar kemain lagi busuk. Yang bebudak pulak dah sewa torchlight sorang satu kemain lagi dok menyuluh kelawar. Takde maknanya aku nak menikmati kehadiran kelawar ni. Dalam kepala nak cepat cepat keluar je dari situ. Lemas.





Lepas keluar Gua Kelawar adala laluan nak menikmati pemandangan hutan paya bakau. Ada monyet banyak jugak. Aku seriau je kot kot monyet tu datang terpa ke apa kan. Tapi nasib baik dorang pun dok sebuk bergayut je. Boleh jugak tengok contoh contoh stalagmite, stalagtide. Kagum la jugak walau dah pernah belajar kan. Kali ni tengok dengan mata kepala sendiri. 





Then sambung naik bot lagi. Kali ni duduk belakang sekali dengan suami. Nasib baik anak nak duduk depan dengan sepupu. Kot tak kacau daun je.hihihi. Kali ni driver boat memang bawak boat laju gilos. Main selekoh, corner baring semua adala. Kakak kat depan punyalah terpekik pekik. Dia dahla tengah pregnant. Tapi yang peliknya aku sikit pun tak takut. Agaknya sebab lagi excited kot.


 Dalam tak takut tu memangla dok pegang lengan laki je, kang tercampak dalam air, mau sebulan aku fobia. Masa yang dia pecut tu rasa macam best sangat. Ada tu masa pusing corner tajam sampai terpercik air masuk dalam mulut aku. Masin. Tapi yang paling kelakar makla. Kesian dia takut masa bot tu gerak laju. Driver tu dahla orang Kedah pure, konfemla dia tak faham apa mak cakap.


'jangela bawok laju anok wei..matila mokcik ni...'
(Janganla bawak laju, wahai anak. Matila makcik ni)...

hahahahaha tobat kelakar nak mampus! 

Sape tak faham? Tuu, aku dah siap translatekan.hihihi




Lepas pusing pusing akhirnya bot berenti kejap dekat fish farm. Lebih kurang macam restoren terapung la kot. Tak makan pun dekat sini, just minum je. Dorang semua pergi tengok ikan, maleh aku. Lagipun panas. nasib baik tak mabuk laut naik bot. Terima kasihla kepada ubat mabuk mak punya. Dapatla aku bercuti dengan bahagia.hehehe




Ayah dan belangkas. Orang pelihara jugak ke belangkas ni?





Lepas tu pusing pusing lagi. Kejap kejap bot berenti kejap dan driver dia pun dok cerita itu ini benda yang berkaitan. Walaupun dia duduk belakang aku, tapi takdelah aku faham sangat. pekat sangat loghatnya. Tapi banyakla yang ditunjuk, ada batu bentuk kasut, bentuk muka red indian, dan yang ada signboard KILIM GEOFOREST PARK ni kat atasnya bentuk kura kura. Nampak tak?


Ada jugak mulut gua bentuk macam buaya, tapi disebabkan masa tu air pasang, so bot tak boleh masuk ke dalam gua. Rasa macam aku snap je semua gambar tempat yang dia berenti ni, tapi ntah mana gambarnya. Kendianla update kalau jumpa.




Lepas tu singgah kat tengah laut dan si driver tu campak sisa sisa perut ayam ikan la kot. Terus nampak burung helang datang sambar semua sisa makanan tu. O rupanya sini tempat sight seeing nak tengok burung helang rupanya. Ralit dok tengok helang ni terbang dok sambar makanan.




Kami di dalam bot.
Lepas pusing pusing akhirnya balik la ke jeti semula. Sepanjang sungai Kilim ni adala jugak tertinggal souvenier dalam sungai ni. Topi suami yang anak pakai diterbangkan dek angin masa bot tengah laju, tak sempat nak capai.huhu




Aku tertidur kepenatan.
 Ingatkan dah nak balik tapi ni menghala nak naik keta kabel pulak.


Akan bersambung next entri ye.... :)






1 comment:

Azian Elias said...

Wahhh!!! ke Langkawi ye.. akak berkali2 pegi tak pernah lagi sampai ke sini.. even waterworld pun tak sampai2 lagi.. macam terngin pulak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...