Saturday, September 09, 2017

Raya Haji & Kenduri Part 1

Assalamualaikum.

Lama tak update blog.hehe.
Bukan tak suka membebel dah tapi macam penattttt je.
Tahun ni jobscope rasa mencabar sgt sgt.
Time rileks rileks jugak..tapi time sebuk stress mak hokeh.

Raya haji baru lepas.
Tahun ni raya haji.paling malas.
First time raya aku tak prepare apa apa.
Tapi baju tetap 2 pasang.kihkihkih.
Kebetulan sepupu kawin raya ke2 dan ke3.
So raya pertama pakai je abaya lama.

Tahun ni first timw raya haji aku masak di dapur sendiri.
Selalunya untuk org melapah lembu makan tengahari semua urusan memasak kat rumah kak ipar.
Tapi tahun ni suami cakap aku kena masak nasi n lauk.
So dalam pukul 10 aku dh tanak nasi.
Lepas tu bila suami hantar dalam daging aku pun goreng.



Menu biasa raya haji dagingla. Hiris nipis nipis n goreng campur bawang n lada besar.
Add on ada ikan rebus aku goreng.
Pastu Δ·ebetulan ada bahan untuk tomyam so buat tomyam sikit. Bahan untuk sup takde.

Petang raya melepak je sebab sakit kepala.
Tak sure sebab panas ulang alik ke tempat sembelih lembu atau sebab makan daging.
Suami pun lepas jumaat membuta sampai ke petang.
Esoknya baru balik rumah mak.
Ada kenduri kawin sepupu di pasir mas.
Dalam pkl 11 gerak sampai sana dekat nak zohor.
Almaklumla cuti sekolah n cuti raya. Faham faham jelah.


Bersama kakak n makciks.
Lepak tunggu rombongan solat zohor terus.
Sib baik muis bercuti so tak payah nak bukak shawl n touch up balik.πŸ˜†



Selfie dengan anak. Keboringan dalam perjalanan.


Pengantin ready nak berarak ke rumah isteri.
Bila dah makin tua ni semua sepupu dah start membesar dah kerja dah nak kawin.
Standby jelah lepas ni setiap tahun ada kenduri.
Family sendiri sorang lagi je adik perempuan muis tak kawin kawin.
Dah 29 tahun nak jadi andartu ke? πŸ˜…
Jodoh belum sampai so chill je dlu.

Gambar pinggan nasi kenduri takde.
Selalu makan kenduri aku akan snap.
Tapi kali ni lapar sangat kot. Sebab tak makan apa apa dari pagi. Lepas tu panas. Lepas tu orang ramai.
So lepas duduk terus makan tak pandang kiri kanan dah.huhu

Tapi area pasir mas ni..dia takde gulai dengan putik kelapa macam area bachok.
Dia just buat gulai dalca daging. Ayam berempah. Ikan kering. Sambal. Sayur kacang panjang campur hati pedal ayam.
Aku suka dalca. Suka nenas dan jagung muda. So makan puas hati.
Untuk dessert ada bubur kacang n bubur jagung. Muis favelet. Cuma bubur kacang ada durian. So kena letak tepi.
Tapi takpe kita try bubur jagung je 2 mangkuk. πŸ˜†

Dalam pukul 2.30 lepas bergambar dengan penganti terus gerak balik.
Makan la jem pulak lepas tu.
Laki pulak style lepas makan dia nak membuta.
Ada ke patut kereta tengah berderet tengah jalan dia ajak aku tukar untuk drive. Mengantuk katanya.
Aku keluar dari pintu belakang dia keluar dari pintu depan. Tengah2 jalan tengah jem tu.
Mesti org belakang pelik. πŸ˜„

Lepas tu otw balik mak ayah suami anak semua membuta.
Nak elak jem sampai ke mana mana aku cari shortcut.
Mak bangun je dr tidur ayam dia tu..eh dah nak sampai rumah. Cepat pulak. Tak jem. Bla bla bla....πŸ˜‚
Lepas tu hari kenduri rumah makcik esoknya dengan bangga bagitau orang lain gitu gini tak jumpa jem cepat sampai bla bla bla.
Tengokla pulak sape drivernya..πŸ˜„

Okla. Stop sini dlu. Cari mood baru ni. πŸ˜‚
Daaaa....

posted from Bloggeroid

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...