SYUKUR....padaMu Ya Allah!
Syukur padaMu Ya Allah kerana pada tarikh 1 Mac 1984, hari Khamis 27 tahun yg lepas, lebih kurang jam 9 malam (ikut dlm sb..hehe), aku telah dilahirkan oleh mak ku, Puan Sa'ibah Omar.
Syukur pada Mu Ya Allah kerana telah menjadikan aku seorang bayi, remaja, anak gadis, wanita muda..yang sempurna fizikalnya dan sehat tubuh badannya..(wpun dr kecik mcm2 penyakit aku ada; tonsil, demam panas(masuk wad seminggu nsb baek tak kena sawan aku..hehe, gastrik, migrain etc..)
Syukur padaMu Ya Allah kerana menjadikan aku seorang yg happy go lucky tapi kuat nangis, manja tapi moody, cerdik tapi tolol, serius tapi kelakar, tenang tapi kdng2 sumbat, cute tapi dagu berlapis, suka shooping wpun sokmo kering...huhu
Syukur padaMu Ya Allah kerana mengurniakan family yang aman sentosa, makmur dan bahagia wpun mak suka bebel, sedara mara dekat dan jauh yang selalu menceriakan hidup seharian, tolong menolong, baka yg cerdik pandai dan kurus slim badannya sume tanpa masalah obesiti melampau...
Syukur padaMu Ya Allah kerana aku telah dapat 4A dlm UPSR, sambung sek men kat SMKA Naim Lilbanat, dapat sambung belajar diploma kat UITM Machang, pastu sambung degree kat UITM Dungun, pastu aku rasa dah malas sambung belajar..
Syukur padaMu Ya Allah kerana 4 bulan lepas belajar aku dapat ambik lesen kete, n ayah blikan kete RED VIVA seminggu sblm test JPJ, lps tu aku trus lulus lesen dgn skali ambik, bukan dpt lesen terbang mcm ayah..hehe, bukan kena repeat 2,3x sbb x lulus bukit mcm Ismawi Ismail..hihi
Syukur padaMu Ya Allah kerana dpt lesen n kete, aku dapat plak keje jadik pengajar ICT kat IKBN Bachok bertahan selama setahun setengah dengan mcm2 karenah budak2 kat situ, dapat kenal Nik Suhaimi Zakaria yang skang ni dah jadi tunang aku..
Syukur padaMu Ya Allah kerana dari single aku ada pakwe, dari ada pakwe aku putus cinta, dari putus cinta aku dah ada tunang, dan insyaallah akhirnya akan jadi milik seseorang....(tiba2 rasa sedih plak....)
Syukur padaMU Ya Allah kerana tetap melimpahkan rezeki wpun aku still takde keje tetap lagi...dan aku akan sentiasa jadi seseorang yang bersukur padamu di sepanjang perjalanan hidupku..
***moo_ezz***
Comments
Post a Comment
any comments? thanks..... ;D