Wedding: Goodie Bag


Assalamualaikum.


Sepanjang cuti 3 minggu sebelum kawin, antara benda penting yang aku kena siapkan adalah gift bag. Makan masa jugakla sebab aku sorang yang je yang nak kena buat semua benda. So setiap hari bangun je tido, mengadap benda ni jelah depan tv. 


Memandangkan aku ada kad diskaun dari WSF, kedai peralatan perkahwinan, so kebanyakan barang aku beli kat situ je. Paperbag tu aku beli yang belum siap, so kena buka dan bentukkan kotak satu satu. Tapaknya pulak aku siap tampal dengan double tape. Gigihla buat satu satu nak menyiapkan semua 200pcs. 





Aku dah cari tapi takde pun gambar paperbag yang aku snap. Ni je yang ada snap dari pic dengan kawan. Aku cropkan je. Dekat depan paperbag tu, aku tampal sekali tag yang aku buat sendiri, guna cop khas yang aku tempah. 

Dalam setiap paperbag ni aku isi handmade chocolate, cookies, sweets, dodol melaka dengan surah yasin. Untuk setiap masuk 3 jenis item je. Bajet untuk gift bag ni

1) Paper bag: 
RM2.80 (after discount dari RM3.20) 
Untuk 200pcs, RM56

2) Surah Yasin:
RM1.70 (after disc RM2.50)
Untuk 50pcs, RM85

3) Handmade Chocolate:
RM2.70/box
Untuk 15 box, RM40.50

4) Cookies:
RM10.50/Jar
Untuk 8 jar, RM84

4) Gula-Gula:
rm11.90/paket
Untuk 6 paket, RM71

5) Silver Case with Organza:
RM29.90/25pcs
Untuk 50pcs, RM59.80

6) Dodol Melaka:
RM18/kg
Untuk 7kg, RM126

7) Bekas Dodol
RM14/2pcs

8) Plastik packaging:
RM3.85/paket
Untuk 7 paket,  RM27

Bajet keseluruhan: RM563.30

Fuhhhh...kalau buat beli emas dah dapat cincin sebentuk ni. Kalau fikir fikir balik macam membazir je. Tapi masa tu tengah excited nak kawin kan, rasa semua benda nak buat. Lagipun aku beli barang bukan sekaligus, so tak nampak sangatla jumlahnya. If boleh putar balik masa, sumpah aku tak bazir macam ni.huhu

Antara gambar yang sempat aku snap



Dalam ni aku isi gula gula dengan dodol kecik kecik bentuk 3 segi. 





Mini dodol dalam bekas plastik. Untuk setiap paket aku isi 3 je. Dodol original dari melaka.


Lain lain cookies dengan gula2 pun aku isi dalam kampit merah ni jugak. Setiap gift bag letak 3 jenis item berlainan so nasib la masing- masing dapat yang mana. Tapi handmade coklat aku just bagi untuk special friends sahaja. 





Handmade coklat 4pcs dalam kotak bercorak bunga, daun, initial I dan N untuk nama aku dan suami. Coklat tu sangatla sedap, tempah all the way dari melaka, dengan cikgu yang mengajar satu sekolah dengan kakak ipar. Bukan pompuan tapi cikgu lelaki yer. Tapi macm biasa pic lupa nak ambik. Gambar yang aku ni pun nasib baik kawan yang bagi.huhu. Untuk setiap kotak, gigihla aku buat riben n lekat satu satu. Lagipun masa ni rasanya aku belum start berblogging, so tak nampak lagi kepentingan nak kena snap semua benda. Huhuhu menyesal saya. 

Okla, tu je cerita pasal goodie bag majlis kawin aku. Kesimpulannya, aku rasa macam membazir je habis sebanyak tu untuk goodie bag. Tapi takpelah, aku kawin sekali je, yang penting aku puas hati sebab semua aku setelkan sendiri. Aku yang decide dan aku yang buat semua benda. Tersangatla puas hati so no regret at all.kihkihkih 

#moodnaksedapkanhatisendiri

Jumpa lagi di next entri ye..babai







Comments

  1. muis...coklat tu ade lg dlm peti umah kak ida..hahaha...syg nk mkn...adik kak ida mkn satu, kak ida mkn satu..ade lg due..nk tgk?nti k.ida snap k.ida buh dlm blog deh..weeeeee

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM