Wedding: Hantaran Untuk Suami
Assalamualaikum.
Selalunya hantaran antara pihak lelaki dan perempuan dalam bilangan ganjil dan tak sama, contohnya if lelaki bawa 7 dulang hantaran, pihak perempuan bawa 9 dulang. Tapi untuk majlis aku ni, taknak la macam tu. Aku nak jumlah yang sama je, sebab fikir nanti if jumlah sama, cantikla sikit nak susun kat depan pelamin. So aku decide 9 dulang dari aku, dan 9 dulang dari pihak lelaki.
Mulanya sempena kahwin tahun 2011, aku cadang nak buat 11 dulang. Tapi bila fikirkan balik, macam banyak je kosnya. Dahla hantaran ni aku tempah, if buat sendiri jimatla kot. Tapi aku ni jari je ada siput, tapi bab menghias, langsung tak pandai.hehe
Semua dulang hantaran 18 dulang, aku tempah dari butik pengantin kawan aku, HuzAine Bridal. Then, tambah lagi satu dulang untuk mas kahwin masa akad nikah, jadilah 19 dulang semuanya. Untuk semua ni, kosnya RM600. bagi aku dah murahla, sebab if kira untuk 1 dulang lebih kurang RM32 je. Murahla sangat tu if banding dengan tempah kat tempat lain. Antara yang aku survey, paling murah pun RM50 ke atas, paling murahla tu. Untuk dulang hantaran ni pun, aku just sediakan bekas untuk letak barang je. Yang lain-lain macam bunga, renda, riben, kain satin alas dan segala hiasan lain semuanya termasuk dalam bajet RM600 tadi.
9 dulang hantaran dari pihak aku. disebabkan kebanyakan barang hadiah untuk suami warna gelap macam coklat dan hitam, jadi aku bagitahu kawan untuk guna bunga merah dan daun hijau. Design tak kisahnya asalkan cantik. Tapi masa tu aku lupa nak bagitahu kawan yang aku nak simple je, so hasilnya setiap dulang tu terlalu meriah dan sarat dengan bunga dan hiasan, Kiranya dah jadi konsep hantaran dalam taman la kot.hehehe. Bila susun hantaran ni depan pelamin pun dah tak boleh nampak satu satu dulang, semua nampak kembang setaman. Tapi disebabkan aku suka merah, so hantaran ni cantikla di mata aku. Bunga pun banyak sangat sangat. Lepas kahwin, masa kemas dulang hantaran, semua bunga untuk 18 dulang ni, boleh muat 2 plastik besar. Yang bagusnya, bunga bunga ni semua boleh aku recycle untuk hias dalam pasu pulak. So tak membazirla kan?
Untuk 9 dulang tu, antara senarai hantaran untuk suami:
*Kemeja Renoma: RM129, free payung brand RENOMA
*Jam brand Casio Edifice: RM300++
*Perfum brand Polo(set 2 botol) : RM310, free TRAVELLING BAG, CASH VOUCHER
*Wallet & Belt brand Valentino Rudy: RM199
*Kasut + Stokin brand Bonia: Rm300++
*Toiletries brand Loreal for Men: RM100+
*Cupcakes theme Liverpol: RM50++
*Cupcakes theme Liverpol: RM50++
*Coklat brand Tudor Gold: Free
*Buah Anggur: RM10++
So bajet untuk hantaran dari aku kepada suami: RM1300++
Mulanya suami nak beli jam tali stainless steel, tapi dah dia tengok aku pilih untuk aku jam bertali kulit, dia pun nak yang tali kulit jugak. Tapi macam biasala, jam aku harusla lagi mahal dari jam dia.hehe
Kasut kerja pilihan suami. Brand Bonia. Pilihan suami yang ni, aku pun berkenan. Dia selalu suka beli kasut kerja warna ni. If warna hitam too common sangat kot. Dah alang alang nak bagi hadiah perkahwinan, bagi can la kat dia belikan kasut yang mahal sikit.hehe. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai. Yang penting suami happy. Yang tu paling penting.
Mulanya suami nak cari parfum CK Eternity, faveret dia. Tapi masa pergi survey tu, takde yang dia nak. Lepas tu kebetulan yang brand Polo ni ada promosi bestbuy untuk 2 parfum RM310 je, so suami cakap ambik yang ni jelah. Mulanya aku refuse jugak sebab kalau boleh nak la belikan yang faveret dia, tapi dah dia cakap okay je dengan yang ni, aku mengikut jelah. Orang lelaki memang senang kan? If aku, selagi tak jumpa yang aku nak, taknak la beli yang lain. Banyak kedai lain lagi kot. Tapi orang lelaki ni malas nak fikir banyak la kot. Semua nak senang je. Beli yang promosi ni pun, best jugak sebab dapat cash voucher dengan hadiah beg pakaian brand polo. So, pembelian tu kira berbaloilah.
Untuk set wallet dengan belt ni, aku beli dekat butik Valentino Rudy di Aeon Jusco Melaka. Masa kat Kelantan, takde jumpa yang suami berkenan, so masa kat Melaka, aku surveyla jugak. Bila jumpa yang ni, tak terus beli pun, tunjuk dulu kat suami. Nasib baik dia berkenan. Design pun takdela simple sangat. bahagian luar hitam, dalamnya warna krim dan dekat compartment duit, kulitnya lain sikit dari wallet yang biasa. Walaupun sekarang ni wallet ni dah agak lusuh, tapi suami still sayang dan tak bagi aku buang. Sekali sekali dia masih guna bergilir dengan wallet yang lain. Dia cakap wallet ni ada kenangan, so walaupun dah rosak ke apa nanti dia still akan simpan.
Untuk dulang buahan pulak aku malas nak campur campur buah so aku beli red grapes je. Senang. Lepas beli terus kilatkan dengan minyak dan simpan dalam peti ais. Hari wedding aku keluarkan dan tabur icing sugar. Nampakla cantik sikit macam baru lepas dititis dengan embun pagi gittew. Dalam gambar ni tak nampak sangatla pulak. Idea ni aku tiru dalam majalah je pun. Dalam majalah tu lepas tabur gula, buahan jadi nampak macam bersalji, tapi yang aku ni gulanya macam tersejat dan jadi macam titisan air pulak.
Untuk hantaran manisan pulak, mulanya aku nak letak coklat handmade yang aku tempah. Tapi lepas tu aku fikir, nanti lepas habis majlis, dulang hantaran tu famili suami akan bawak balik, sedangkan nanti suami akan stay rumah aku. Jadi mesti suami tak sempat nak tengok dan rasa coklat tu. Konfemla lepas bawak balik je, coklat tu nanti tinggal kotak je. So aku pun letak coklat lain je kebetulan ada kakak bawak balik coklat dalam kota, so aku letak yang tu je atas dulang hantaran. Yang ni aku simpan dengan aku je. Nanti plannya nak makan dengan suamila.hehehe. Cerdik kan saya?
Handmade coklat ni aku tempah dari cikgu, kawan kakak ipar dari Melaka. Cikgu lelaki ye, bukan cikgu perempuan.hihi. Cikgu Zahari namanya. Lepas tu bincang dengan kakak ipar, dia bagi aku nombor Cikgu Zahari dan aku deal sendiri dekat dia. Masa tu just ada mms je. So aku lakarla design macam yang aku nak dan mms pada dia. Alhamdulillah, hasilnya aku puas hati sangat sangat. Cantik dan kemas. Macam tak caya je orang lelaki yang hasilkan coklat macam ni. Coklat ni pun sepanjang perjalanan balik dari Melaka, nasib baik tak rosak sikit pun. Tak tahula macam mana kakak ipar packing tapi sikit pun coklatnya tak cair. Harga coklat untuk 25 biji ni aku pun dah lupa harganya. Rasanya 50sen je kot sebiji. Dalam coklat tu ada badam dan rasa pun sedap sangat. Memang puas hati sangat sangat.
Tu jelah a few pics dari hantaran untuk suami yang sempat aku snap. Hantaran dari suami untuk aku, bersambung di next entri. Penat dah nak taip panjang panjang. Kat blog aku ni, if entri tak panjang, tak sah kan? Kata muis membebel.hihihi...
Salam... saya nak refer blog awak ni dalam blog saya ya. Saya minat design hantaran yang ada ni.
ReplyDelete