Wedding: Baju Akad Nikah & Majlis Bertandang
Assalamualaikum.
kali ni aku nak share pasal baju baju yang aku guna semasa majlis perkahwinan dulu. 4 pasang je pun bajunya. Sepasang baju nikah, dua pasang untuk majlis bersanding dan sepasang untuk majlis bertandang. Tapi untuk entri ni, nak share pasal baju yang aku tempah custom made je, baju untuk majlis akad nikah dan majlis bertandang.
Untuk majlis akad nikah, aku dah decide nak pakai lace warna krim. So dua tiga hari lepas bertunang, kami pergila Salem Aziz Textile, Wakaf Che Yeh. Masa yang pergi tu memang tengah ada promosi set lace satin untuk pengantin. So lepas dok pilih pilih jumpala design dan warna kain macam yang aku nak.
So, bajet untuk 2 meter lace, 2 meter satin untuk baju aku dan 4 meter satin untuk baju melayu suami, cuma RM199 sahaja. Dan dapat free jugak sehelai sampin warna krim. Okayla tu kan? If tak beli sampin kena tambah duit lagi.
Cantik ke baju nikah aku ni.hehe
Takde gambar baju sahaja, lupa nak snap.
Upah jahit baju kurung moden ni, RM85 sepasang. Alhamdulillah aku puas hati dengan baju ni. Selesa je pakai. Lepas baju dah siap, bersengkang matala pulak menjahit mutiara kat baju tu. Aku bukan pandai sangat pun tapi jahit seketul2 je dekat bunga baju tu. Adala dalam 70++ biji mutiara Sabah. Lebihan dari yang cikgu Isroha guna masa dia nak nikah dulu. Jahit pun aku main tibai je habis benang kaler krim aku guna kaler oren..haha.
Tapi seronokla atleast ada yang aku usaha sendiri untuk wedding aku ni. Cuma yang frustnya bila ambik dari dry cleaning sehari sebelum nikah, adala a few pcs yang terlonggar benang.huhuhu
Close up. Simple je coraknya.
Sebenarnya dengan baju ni ada kekesalan jugak sebab guna lace. Lepas akad nikah, memang dah tak pakai dah baju ni. Nak pakai untuk pergi kenduri pun rasa macam tak sesuai. Masa tu kalau aku buat research betul betul, patut aku jahit baju nikah dengan kain chiffon je. Hias dengan manik lepas tu boleh je pakai lagi berulang kali.
Untuk majlis bertandang pun sama jugak. Mulanya aku ingat baju bertandang ambik jelah sekali dengan pakej pelamin, tapi masa dok tengok tengok kain tu suami cakap nak ambik set lace dan satin kaler hijau. Dah suami nak macam tu, aku ikut kan jelah. So dia belikan siap siap dan jadikan hadiah hantaran masa bertunang.
Lace yang hijau ni tak sama dengan lace yang krim. Yang ni coraknya penuh dan kecil kecil. Sekali tengok macam sulam pun ada. Harga pun murah sikit dari lace yang krim. Untuk 2 meter lace, 6 meter satin termasuk untuk baju melayu suami, RM169 je. Yang ni tak ada free sampin.
Untuk majlis bertandang ni, aku bagitahu tailor nak buat baju kebaya, dengan hiasan kancing butang cina. Dan untuk kain, aku nak kain ala ala meleret gitu. Saje jelah nak feeling princess,hehe. Tapi takdela meleretnya panjang sangat, just nice je. Alhamdulillah, walaupun aku ukur baju ni awal 3 bulan dari tarikh nikah, bila dapat baju ni 2 minggu sebelum majlis, sedang sedang elok je muat dengan badan aku. Selesa sangat jahitan kebaya ni dan memang elok terletak dekat badan. After all, memang puas hati sangat sangat.
Walaupun mulanya aku tak berkenan sangat dengan lace yang suami pilih ni, tapi bila dah siap jadi baju, nampak cantik dan okayla. Baju ni sampai sekarang masih ada lagi aku simpan. Sebabnya aku fikir nanti kalau makan kenduri ke apa, baju ni still boleh dipakai, takdela nampak macam baju pengantin sangat. Cuma, ekor kain yang meleret tu aku potong jadikan kain biasa je.
Walaupun aku nikah bulan 6, tapi akhir bulan 2 aku memang dah hantar kain untuk tempah jahit. Dah plan untuk akad nikah buat kurung moden, cekak musang dengan butang kat depan. Adala jugak aku dok tengok tengok design baju pengantin rekaan Rizalman, kengkonon nak tirula design tu.hehe bajet artisla sangat. Kedai yang aku hantar ni bukan tukang jahit yang biasa aku dok jahit baju, tapi kedai baru je, ex student ikbn yang kawan suami kenal. Dia memang ambik course jahitan dekat Ikbn wakaf Tapai, lepas habis study terus buka kedai.
Nmaa kedainya, if tak silapla CT HAS COLLECTION. Kedainya area Melawi, Bachok. Mula tu risau jugak takut nanti if jahit tak elok ke apa, tapi kira on jelah, malas dah cari cari lagi tukang jahit lain.Nasib baikla, hasilnya tak mengecewakan. Cuma yang aku tak puas hati cumalah baju baju ni tak disiapkan macam tarikh yang dijanjikan. So, ada la sedikit krisis aku dengan si tailor ni.huhu.
okayla, tu je nak share kali ni. Untuk next entri, nak share gambar baju yang aku pakai masa bersanding dan potong kek pulak ye. Tunggu...
Comments
Post a Comment
any comments? thanks..... ;D