Tipsy Tuesday - Wahai Suami, Hormati Isteri!
assalamualaikum
pesanan untuk kaum adam
silah baca dan amalkan okay
hidup di dunia memang tak kekal lama
tapi kita tetap harus bagi yang terbaik
supaya hubungan suami isteri berkekalan hingga ke syurga hendaknya
amin...
wahai isteri, apa yang perlu kami lakukan untuk menggembirakan kamu wahai isteri?
01.
Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing
dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam
maharaja.
06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan
perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih
berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan
isteri cuma masak mi maggi saja.
09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..
11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun
anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu.
Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12.Jangan kedekut dengan
isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian
sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..
13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi
boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi
itulah dia rela nak tolong.
14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah
buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi,
buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik
penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah
berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau
dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan
tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah
saja.
16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.
17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main
lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh
tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun
suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri
diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau
suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri
masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau
isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan
saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada
para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah
hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah
s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang
didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
petikan dari iluvislam.com
Comments
Post a Comment
any comments? thanks..... ;D