pelakon terbaik



assalamualaikum

siapa dia pelakon terbaik itu?
kitalah..
diri kita sendiri adalah pelakon terbaik sepanjang hidup kita
dan pentas lakonan kita adalah sepanjang perjalanan hidup kita


kenapa kita adalah pelakon terbaik?
kerana kita tetap tersenyum walau hati sedang bersedih
kerana kita tetap menerima walaupun hati memberontak tidak mahu
kerana kita memaafkan walau hati kita tidak ikhlas merelakan

kita menjadi seorang pelakon terbaik di depan mak ayah kita
kita menjadi pelakon terbaik di depan pasangan kita
kita menjadi pelakon terbaik di depan kawan kawan kita
kita menjadi pelakon terbaik di depan semua orang
cuma kita tidak akan boleh menjadi pelakon terbaik didepan Tuhan kita...Allah SWT
walaupun memang ramai umatnya yang menjadi pelakon terbaik di depan Nya 
termasuklah aku

teruskanlah berlakon
jadilah pelakon terbaik di dunia yang tidak akan berkekalan ini
sedang diri tidak sedar hujung penghidupan yang semakin menghampiri..
tapi aku akan terus jadi seorang penonton kepada lakonan terbaik itu
tahniah....





Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM