sila periksa kenderaan anda!!
assalamualaikum
pagi tadi bila nak gerak g keje
bukak je pintu kereta nak panaskan enjin
tiba tiba ada binatang bergerak terus masuk bawah dashboard kerete aku
aku pun ambik sandal and pukul pukul dashboard
terus binatang tu keluar and menyusup tepi kerusi terus ke belakang
bukan cicak!
lagi besar dari cicak
saiz macam anak biawak
aku yang terkejut terus melompat keluar dari kereta
aku terus bukak semua pintu kereta and check celah celah kerusi
cuak jugak takut melompat ke apa
kalau setakat cicak atau lipas aku memang tak heran
tapi ni saiz dia besar kaler macam krim gitu
aku ni dahla penggeli dengan biawak
and paling takut buatnya anak ular ke apa
terus ambik handbag dengan beg kain smayang and beg makanan
naik balik atas rumah and kejut B tengah dok sedap tidor lagi
dengan cemas kejut kan B and cakap ada binatang dalam kereta
B dalam mamai cakap cicak
banyakla cicak
pastu aku cakap nak tukar kereta sebab takut nak drive
pastu B cakap takpe takpe benda tu dah takde
aku pun dengan berat hati masuk balik dalam kereta
sebelum tu dah check dah ketuk dah bukak semua bahagian kereta
puas intai puas belek takde apa pun
ntah ntah dok sembunyi kat enjin
aku dah lewat nak g kerja
masuk terus bukak semua tingkap kereta
manala tahu buatnya benda tu tiba tiba melompat kat aku buleh aku tepis ikut tingkap
tak pun biar aku je yang terjun ikut tingkap
muahahaha
masa drive cuak gila
sambil dok jeling ikut cermin belakang
huhuhu
sangat berdebar masa tu
aku memang cuak sangat sebab sekarang ni aku asik parking kereta sebelah pagar bersemak samun
memangla takut kot kot ada binatang menjalar apa dah masuk sembunyi dalam kereta aku
dah sampai tempat keje baru B kol tanya
aku cakapla gitu gini
B cakap mungkin pokko je kot
pokko tokko
takde tempat lain ke ko nak duduk haaaa
nak jugak duduk dalam redviva aku
aku jumpa nanti siap ko aku kerjakan..
muahahaha
Comments
Post a Comment
any comments? thanks..... ;D