TipsyTuesday - Berurusan Dengan Lelaki
assalamualaikum
bertemu lagi kita di tipsy tuesday.hehe
minggu ni aku nak kongsi tip berurusan dengan lelaki
tapi dah lupa sumbernya dari mana
tak kisahla sebab benda yang elok kenala berkongsi kan?
meh sama sama baca
1. Elakkan berurusan 
dengan lelaki, selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong 
daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, 
repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita 
dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan 
daripada orang lelaki. 
2. Kalau terpaksa berkomunikasi 
dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan 
seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan 
formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima 
kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke 
=),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah. 
Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini 
kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang 
bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya 
keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai 
isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika 
kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, 
sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi 
ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada 
isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut
 untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa 
dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ??? 
3. 
Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita 
sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita 
sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada 
kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan 
beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini 
tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan 
syaitan.” 
4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek
 communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with 
the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap 
dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang 
berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” 
itu benar-benar bisa berlaku. 
Para sahabat dahulu pun, ALLAH 
perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan 
isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila 
kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir.
 Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh 
membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata,
 tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke.. 
Kita lihat 
betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan 
isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau 
kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka 
lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak 
buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak 
layaknya.. 
5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable 
kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan 
team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. 
So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. 
Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat 
lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go. 
Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah 
secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai 
wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan
 hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang 
menerimanya. 
Comments
Post a Comment
any comments? thanks..... ;D