kenduri kat tapak rumah



assalamualaikum

last sunday aku n parents ke jerteh
sebab my sister kak mira ada nak buat semayang hajat and kenduri sikit
sebab dia dah nak start buat rumah
disebabkan ayah nak kena sembelih kambing and smayang hajat buat awal pagi isnin
so kena bermalam kat sanala
petang tu elok sampai je aku makan makan sampai nak pecah perut
makan tak berhenti.hehe
so malam tu lepas je masuk isyak aku terus solat and pancit awal
sampai hf mati pun aku malas nak cas
b sampai kena kol kak mira tanya aku g mana.hehe

awal pagi bangun solat and terus mandi
kak mira ajak teman dia pegi ambil nasi dagang yang ditempah
so pagi tu after solat hajat sume breakfast dengan nasi dagang and agar2 laici je
beserta pulut kuning


nasi dagang terengganu
beras putih je tak mengujakan.hehe
acar masam sangat sangat
ikan tongkol hitam yang dia guna
tak sedap sebab isi hancur
patut guna ikan tongkol jenis lain
pendapat aku: nasi dagang mak aku masak lagi sedap
tak berbaloi dengan harga.huhu


pulut kuning dengan hirisan telur dadar
aku menyumbang tenaga jugak; tolong letak telur dadar.muahaha
aku request rendang ayam or daging tapi tak dilayan cikgu ismira.huhu


makan bawah khemah tapi lecak sebab malamnya hujan


smayang hajat kat tapak je
luas jugak
tapi nak menimbunnya makan tanah dekat 11 lori
almost 11k my sister cakap
aduhai mahalnya
tu belum nak naik rumah lagi


bakar ayam untuk jamuan tengahari
ini dua orang adik n abang tukang bakar




ini pulak tukang ratah ayam bakar.hehe




antara menu; ayam bakar, agar agar laici, ikan rebus goreng




main dish gulai kambing
ada jugak gulai ayam




ada kerabu kacang panjang, ulaman dengan budu and sambal belacan
yummyyy
makan lagi sampai ketat perut.hehe

pas makan aku bergegas balik dulu sebab nak g makan kenduri pulak
selamat dari kena basuh pinggan.muahahaha




Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB