LA TAHZAN part 1

assalamualaikum

aritu masa kemas bilik aku terjumpa buku mini
jangan bersedih (la tahzan) ; zikir munajat dan tazkirah
disertakan sekali dengan vcd percuma
buku tukisan dr badrul amin bahron

buku ni tersangat la bagus
artikel yang sangat mudah kita nak faham
rasanya kalau masuk kedai buku banyak sangat jumpa buku dengan tajuk ni
cuma writernya sahaja yang berbeza
dalam mini book ni ada zikir dan jugak doa yang aku biasa sebut dan dengar
tapi tak tahu apa manfaatnya
dekat sini aku nak kongsi kandungan buku ni
selamat beramal ya

BAHAGIAN  1: SIFAT SEMULAJADI MANUSIA

Dalam kita meniti kehidupan seharian, adakalanya kita bersedih. sedih adalah sifat manusia. sedih adalah sifat semulajadi manusia yang dicipta Allah SWT. Mustahil ada manusia tidak pernah bersedih. sedih, suka, duka, bahagia, derita adalah merupakan sunnatullah dalam kehidupan ini.

bukankah Allah mencipta tiap sesuatu itu berpasangan? sedih lawannya gembira. derita pasangannya bahagia. maka adakalanya kita merasa sedih, dan itu adalah sifat semulajadi manusia.

namun apa yang kita perlu ialah bagaimana mengatasi kesedihan. bagaimana untuk tidak menjadikan sedih itu suatu perasaan yang boleh mengikat diri kita, membelenggu diri kita sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan, hingga manusia hilang pertimbangan dan sebagainya.

sedih tidak akan membawa kita kepada kehancuran. bagaimana kita menjadikan sedih untuk menghambakan diri kita kepada Allah SWT?

BAHAGIAN 2: NABI MENGAJARKAN DOA

suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih. lantas Rasulullah SAW bertemu dan bertanya kepadanya: Wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?"

lantas sahabat tadi menjawab: "Ya Rasulullah, aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku."

"Apa dia?" kata Rasulullah

"Hutang yang membelenggu diriku, dan kesedihan yang mengikat sanubariku."

lantas baginda saw bertanya: Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa, satu amalan, yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan, segala kedukaanmu, akan diangkat oleh Allah SWT, akan dipulihkan, akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?"

"Balaa ya Rasulullah. Sebutlah, apakah doa, apakah amalan itu ya Rasullullah."

Lantas baginda mengajarkan sepotong doa. "Wahai sahabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, insya Allah sebanyak manapun hutangmu, akan dilunaskan Allah SWT; setebal manapun kedukaanmu, akan dilenyapkan oleh Allah SWT."

allahumma inni auzubika minal hammi wal hazam
waa'u zubikaminal ajziwal kasal
waa'uzubikaminal jubni wal buhkr
waa'uzubikamin gholabatiddai ni wakoh rirrijal

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sifat sedih dan dukacita
aku berlindung kepadaMu ya Allah, dari sifat lemah dan pemalas
Dan aku berlindung kepadaMu ya Allah dari sifat penakut dan bakhil
Dan aku berlindung kepadaMu ya Allah, daripada beban hutang dan tekanan perasaan oleh orang lain


*akan bersambung.....

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB