selamat hari ayah, ayah!

assalamualaikum

sempena hari bapa tahun ni aku nak ucapkan selamat hari bapa kepada ayah aku
en ismail idris
bagi aku ayah seorang yang sangat cool
kadang suka cakap kelakar
kadang perangainya melucukan
jarang marah anak anak



aku yang larat nak sorong kerusi roda ayah nanti
bila ayah dah tak boleh jalan



aku yang sanggup berjam jam menunggu ayah appointment jantung kat husm
paling minima 5 jam




aku juga yang teman ayah bila dia nak pergi klinik




aku akan ikut masuk sekali bilik doktor
sebab aku nak betul betul faham apa yang doktor bagitahu ayah
sebab aku nak explain betul betul kat doktor apa masalah berkaitan kesihatan ayah




ayah akan tolong mak bungkus ketupat palas dengan tapai bila nak raya




aku yang akan hantar bila mak ayah nak ke mana mana


disini aku nak cakap....
terima kasih ayah kerana telah membesarkan aku dari kecil sampailah aku dewasa
terima kasih ayah kerana tak pernah marah aku walaupun dengan perangai aku yang suka mengamuk
terima kasih ayah kerana tolong buatkan aku air gula bila aku terpaksa telan ubat yang paling pahit
terima kasih ayah kerana sekolahkan aku sampai universiti walaupun ayah bukan orang kaya
walaupun aku selalu bising dengan ayah tetapi aku teramat sayangkan ayah



p/s: ucapan selamat hari bapa jugak untuk suami aku en nik suhaimi zakaria
semoga tahun depan kita dapat sambut selamat hari bapa bersama sama dengan baby kita ye darling :)
ameen..



Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB