cerita hari khamis


assalamualaikum

hari ke 8 puasa ganti
lunch hour time
rasa macam nak pancit dah
sebab last makan nasi pagi semalam
adalah nasi lemak for breakfast
malam tadi tak makan pun
just makan cookies dengan epal
tak beli bungkus pun masa balik dari kerja
masak pun malas jugak
sebab B pun jarang makan malam
tambahan pulak semalam not so in da mood
arini pulak tetiba naik ulser dalam mulut
hmm bagus betul
takpelah cuba kuatkan diri untuk berpuasa
insyaallah diberi kekuatan olehNya

oh ya background dah tukar pic lain
warna light blue dengan corak pelangi
tu je yang reti
nak godek lebih lebih tak reti
nak belajar pun malas.hehe
okla tu blog untuk menulis je pun
bukan untuk compete sapa lagi cantik
asal tak nampak sempit and crowded okla tu

kepala otak ligat dok fikir nak berbuka dengan apa hari ni
selalu bungkus lauk je
masak nasi kat rumah
tapi dah kerap sangat dengan tomyam
nipis urat perut aku nanti asik dok makan masam pedas saja :)
hmm maybe beli satay dengan nasi himpit je kot
dah lama teringin nak makan
sebelum sampai rumah B ada kedai baru bukak yang jual
boleh singgah beli nanti

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

Kii Iff Sii (KFC) Pasir Tumboh

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic