ramadhan 2012 - 7th Day

assalamualaikum

hari ketujuh bersahur aku goreng ikan gelama jeruk
so aku makan tu je dengan kerabu mangga
selera la sikit
pastu minum soya ros segelas

untuk berbuka pulak balik berbuka rumah mak
dah seminggu puasa baru berkesempatan balik
sian mak ayah berbuka berdua je

menu  berbuka spesial sikit
sebab encik suami bakar ikan sendiri
beli rencah sambalnya dari saudara
tapi B modified balik
tumis balik and tambah serai, asam jawa, tambah perasa
bagi pekat and likat sikit


hasilnya: ikan talapia bakar bersambal super duper sedap
bukan nak puji suami tapi memang sedap serius
terasa sambalnya
sebab aku bukan penggemar ikan sangat
yang B beli aritu aku memang tak makan
tapi yang ni sampai aku meratah ratah
proud with him sebab sume dia buat sendiri
siang, basuh, bakar
aku tolong letak garam je dalam sambal dia.hihi





my fave and ayah faveret's too
ikan tuko @ pari bakar berkuah santan
sedap sebab rasa masam masin manis kuahnya
air tangan mak tapi ikannnya aku beli siap rm3 sahaja
resepi next entri.hehe





ikan tenggiri gulai with ladies finger
langsung tak sentuh




solok lada makcik bagi
tak makan jugak sebab tak suka

selain tu ada lagi lauk ayam goreng pedas, daging bakar, telur masin
ada kuih puding gula hasil air tangan sipi sipi aku.hehe
and kurma with coconut juice as our beverages.
cewahhh kelas gitu



Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB