a visit to Klinik Ziad Azhari

assalamualaikum

semalam aku cuti
sebab ayah kena ke HUSM
and nenek nak ke klinik Ziad Azhadi
around 830 gerak ke HuSM dulu
sampai je memang time ni dah bersumbat la
berpusing pusing aku cari parking
last last terpaksa menunggu je dalam kereta
kali ni ayah just nak kena ambik supply  ubat
so takdela lama sangat
tak sampai sejam dah siap

so lepas tu terus gerak ke Melor
sebab nenek memang nak buat check up dengan X ray at klinik Ziad Azhari
dia taknak pergi hospital
lama and leceh katanya
so bila sampai sana lama jugak nak mencari kliniknya sebab tak pernah pergi lagi
kliniknya pulak bukan tepi jalan besar
panas jugakla aku nak mencarinya
sampai 2, 3 kali tersalah lorong
akhirnya jumpa la jugak

bila sampai je tengok kawasannya macam rumah orang saja
kalau takde signboard tak tahu pun klinik


bila sampai terus kagum tengok kawasannya
first time jumpa klinik macam ni





kawasan parking yang luas
siap ada pokok pokok so redup la sikit
boleh parking merata ikut suka




ada wakaf untuk melepak
sambil tengok pemandangan hijau
kalau yang datang tu sakit pun boleh jadi sehat.hehe




kawasan menunggu yang luas dan selesa
open air tapi dia still pasang aircond
pesakit dipanggil through microfon
announcernya dah ala ala dj gitu
siap ada set tv plasma
ada mini shop jual jajan, ice cream untuk yang tak sakit
macam aku.hehe
sementara nak menunggu tu habisla jugak dua batang aiskrim.muahaha




my nenek yang mahu di x ray
almost 84 years
still maintain
sakit sikit sikit tu biasala




tok bilal n isteri





anak tok bilal yang keboringan
dok snap sana sini dalam klinik


almost 12 pm baru siap sume
aku pun dah mula kelaparan
so terus bergegas balik
next time klinik ni boleh jadi pilihan
sebab rasa selesa macam di rumah sendiri
nice concept from dr ziad azhari.. :)







Comments

  1. kelass lah klinik ni..lain dari yang lain..kalau lah klinik camni ada kt kl kan..

    ReplyDelete
  2. @FaZiLa
    kl kan kota batu bata mana nak ada macam ni
    kalau ada pun konfem servis mahal.hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB