mee kg pek pasir tumboh



assalamualaikum

bila dah  terkena 3,4 kali  rasa geramla jugak
maklumla kita ni pun bukan baik sangat
tapi takdelah kurang ajar sangat

rasanya kalau originally from kelantan taula pasal kedai mee kg pek ni
asalnya from machang tapi banyakla jugak cawangannya merata kelantan
salah satunya di pasir tumbuh
selang 2, 3 buah kedai je dari aulad pintar

memang dari dulu lagi aku ngan kengkawan perasan
macam ada yang tak kena saja dengan pelayan pelayan kat sini
kalau nak compare dengan kedai kedai lain yang biasa kitorang pergi makan

tak mesra pelanggan
kedekut senyuman
angin semacam je semua
macam pelikla jugak
tapi setakat tu sajalah
wat bodoh jelah dengan pekerjanya

tapi dalam bulan lepas rasanya
aku pergi sorang kat situ nak bungkus makan
bila aku pergi nak order air dia bagi jelingan bukan senyuman
lepas tu dia terus ke kaunter air hentak hentak gelas
apahal? salah ke aku order dia
mengacau dia ke yang tengah layan tv masa tu?

lepas tu masa aku berdiri nak pergi bayar
aku perasan budak tu dok jeling jeling dari tempat dia buat air
apahal? memang aku dah start rasa panasla
nak kena jugak budak ni
macam aku ni ada hutang dia la kot nak bagi reaction gitu

so aku ambik tissue and tulis nombor owner dia yang ada dekat menu
balik je ke aulad pintar aku terus kol owner dia
dengan penuh rasional aku cerita pasal perangai pelayan dia tu
termasukla yang terjadi sebelum sebelum ni

cerita punya cerita si ownnernya cakap budak tu memang ada mental block
kununnnya pernah terkena buatan bekas kekasihnya
bukan setakat dengan customer
dengan bos dia sendiri pun kadang dia angin macam tu
kadang elok kadang tak

ada ke pulak macam tu
masalahnya menurut kawan aku yang pernah pergi makan malam kat situ
kalau customer lelaki elok je dia melayan
tu bukan terkena buatan orang tapi gatal merenyam la agaknya

so semalam aku pergi lagi ke kedai tu
bila aku nak order teh o ais limau
kawan dia cakap limau takde
k fine aku tukar nak teh o ais laici
pun takde!! budak tu cakap
ok fine!
aku tukar pulak nak jus asam boi afiera
punnnnn takde jugak!
so  aku tukar lagi nak neslo ais
so dia jerit dekat si mental block tu
tau apa si sengal tu cakap

MACAM MACAM!!! sambil hempas gelas

dia ingat aku ni dah pekak agaknya
tapi mandangkan orang pun agak ramai so aku sabar sajalah
lepas je aku bayar makan and air
aku cakap kat budak di kaunter bayaran tu suruh pesan kat kawan dia

KALAU DENGAN CUSTOMER JANGAN NAK KURANG AJAR!

lepas je cakap tu aku terus blah
budak tu ternganga angguk angguk
kalau setakat aku sorang komplen mungkin takde apa
masalahnya kawan kawan lagi pun cakap macam tu jugak

bukan nak menghina tapi setakat jadi pelayan kedai makan,
mentaliti macam tulah
macam orang bodoh
kurang ajar tak reti nak hormat orang!
kalau melayan orang bodoh, dengan kita sekali la bodoh!!!






Comments

  1. baik x payah kerja lah budak mcm tuh.. duk umah lebih baik..

    ReplyDelete
  2. macam bangang..saya pn asal p.tumboh, mmg pkerja dia mcm tu, lauk sotong yg dihidang dlm masakan hanyir n mntah! udang plak mcm celup air panas, xmasak.. dah complai kt pekerja, tp katanya pkerja baru yg msak, mak ai, dh 7,8x pegi pn still cmtu jgk,xde brubahan,hnyir je sotong,

    ReplyDelete
  3. Mtk no fon owner tu

    ReplyDelete
  4. Betul tu sy dh pernah g kt sana..pekerja dia lansung x mesra alam..huh dh la lauk dlm mee tu hanyir...

    ReplyDelete
  5. Saya pun pernah mkn kt situ.. mmg serik dah xkn pernah pergi lg.. mkn mee kuah dgg tp seolah2 mcm mkn mee yg dicelup dlm air kosong dan dgg yg keras. Serius mee kuah dgg plg teruk pernah saya mkn. Dan perkerja dia nampak sgt2 malas.. reject terus utk recommend pd org lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB