aku pendendam atau sukar memaafkan?



Assalamualaikum

Actually selepas insiden yang berlaku dua bulan lepas
sampai sekarang benda ni mengganggu aku
Memang susah sangat nak lupa
Benda tu akan selalu datang mengacau emosi aku
Tak kira siang malam, Kadang sampai termimpi mimpi

Emosi yang datang selalunya marah, geram dan berakhir dengan aku menangis
Aku memang tak suka disakiti
Sakit badan ada ubatnya
tapi kalau hati aku yang sakit, 
kenapa susah sangat aku nak lupa

tapi mungkin sebab orang yang menyakiti ni bukan orang tersayang aku
kalau suami atau mak ayah
mungkin senang saja kot

Aku memang  tak boleh nak tipu diri sendiri
Kadang aku cuba lari dari fikirkan pasal benda yang menyakitkan hati aku dengan mendekatkan diri aku pada tuhan
Tapi selalu tak bertahan lama
Mungkin aku tak ikhlas
tak ikhlas dengan tuhan dan diri sendiri
Dalam kata lain, aku sukar memaafkan
Kalau luaran aku nampak macam tak bermasalah dengan perkara tu,
Mungkin dalaman aku masih sakit

Takde siapa suka nak ungkit benda lepas
Tapi kalau benda tu asyik mengganggu kita?
Aku memang tak boleh terima kalau aku disakiti tanpa sebab
selalu aku akan tanya, kenapa kenapa dan kenapa?
Aku pun manusia biasa
Ada hati dan perasaan benci, marah
Aku pun bukan maksum macam nabi
Aku tak boleh nak tipu diri sendiri

Ada sesetengah perkara makan masa bertahun
Tapi aku rasa macam baru semalam benda tu terjadi pada aku
Setiap perbuatan, perkataan yang menyakitkan aku
Biasanya aku akan ingat
Benda tu macam tayangan gambar bergerak dalam kotak fikiran aku
Memang sukar bagi aku nak lupakan
Sebab aku memang seorang yang sangat beremosi

Bila aku gembira aku rasa aku adalah orang yang paling gembira sekali kat dunia ni
Tapi bila emosi aku terganggu
Memang benda lama ni akan makan balik diri aku
Dan aku akan ingat dan ingat dan ingat dan ingat dan ingat sampai bila bila!
Masa tu hanya aku yang boleh tenangkan diri aku sendiri

Orang selalu cakap kalau kita mudah memaafkan, hati kita dan hidup kita akan lebih tenang
Tapi bagi aku diri aku sendiri, cukup susah aku nak lupakan 
cukup susah aku nak maafkan sapa yang dah menyakitkan hati aku
aku pun tak tahu kenapa
tapi memang susah!


p/s; entri ni ditulis semasa emosi sangat sangat kacau,harap maklum!



Comments

  1. pasal hok aritu ko? hok inbox2 tuh? sbrlah k'is.

    k'is pun mcm ore jgk, jns sukar memaafkan pahtu klu maaf pn still rs skit hati lg.

    ReplyDelete
  2. me myself now cuba menjadi org yg senang memaafkan.. hati saya ni a bit keras.. but i m trying. INSYALLAHH

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB