sudara beach resort day1
baru nak update cerita basi ni
actually malas nak cite pun
sepatutnya have fun with suami
but something happened
and this happy time together with hubby dah kelaut.titik.
so early october hari tu family day ofis suami buat kat sudara beach resort
kat area bachok sepanjang pantai bachok and pantai melawi memangla banyak resort
yang selalu jadi pilihan untuk family day, short course and bbq session
since hari khamis petang dah kena check in
so hari tu aku cuti je
lepak rumah and packing barang
mandangkan agak dekat je dengan rumah so suami decide gerak lewat
dalam kol 6 sampai
suami terus check in and dapat welcoming drinks
letak barang dalam bilik and terus gerak ke tepi pantai
aktiviti sukaneka untuk kids and pasangan
untuk acara berpasangan kami join 2 game
belon cinta dengan pandu pasangan
kalau last year punya family day acara couple kami dapat no1
tahun ni nan hadoo
aku punya baju memang dah sesuai nak buat sambut belon
masalahnya suami pulak tak dapat dapat nak isi air dalam tu.huhu
benda simple macam tu pun tak boleh nak handle
untuk game pandu pasangan kami dapat nombor 2.huuyehhh
lepas main lebih kurang dah maghrib terus masuk bilik
gambar disnap dari kejauhan
bilik airnya luas
tapi airnya bermasalah tekanan rendah
biasalah air kelantan.hehe
overall condition bilik aku bagi rate 2/5 saja
not worth for RM15O/night
maybe disebabkan baru renovate
lantai memang rasa tak bersih macam berdebu berpasir
mini freezer haram tak sejuk langsung
aircond pulak asik teroff sendiri
berapa kali aku kena bangun on kan sebab remote pun tak ada
aku memang tak boleh tidur rasa sesak nafas kalau tak on kipas ataupun aircond
satu je yang bagus sebab disediakan sejadah untuk guest
maybe sebab ownernya muslim so particular bab tu
later, lepas smayang maghrib siap untuk dinner
disebabkan lapar aku ambik extra nasi
ambik sikit ayam and sotong dengan lamb jugak
ambik jugak mushroom soup
walaupun buffet tak payah tamak tamak
bukan makan banyak pun, membazir saja
ada salad jugak
sebab kenyang aku tak makan pun
padahal faveret aku sayur mayur nih
sambil makan sambil buat aktiviti cabutan bertuah
kata je cabutan bertuah tapi dia memang bagi untuk semua staff pun
cuma dia bagi secara rawak and separuh malam pertama and selebihnya malam kedua
and ada jugak mega hamper untuk special lucky draw
yang ni kami tak dapat
tapi anak sedara hubby yang seofis dengan dia dapat
jeles i...
kambing yang digolekkan
aku makan la jugak sekeping dua
takde special pun kambing golek ni
tak minat.hehe
later dah kenyang aku masuk bilik dulu
tinggalkan hubby sembang dengan kengkawannya
masuk bilik layan tv jap and terus tertido
masuk bilik layan tv jap and terus tertido
later akan bersambung entri day 2 pulak ;)
kambing golek! nyum nyum...
ReplyDeletekalau air tak ada memang spoil mood betul. ok lagi xda api~
apsal tak minta tukar bilik kalau problem? memang akan compain habis-habisan la kalau bilik tak ok, kita customer kan, hehe...
ReplyDelete