dari arena futsal ke nasi ulam cikgu
assalamualaikum
berupdate dari arena futsal kb
teman suami datang join tournament futsal
banyak pulak team yang join arini
padahal kat rumah banyak je kerja tak siap lagi
lesson plan tak siap lagi
communications book tak siap lagi
baju kerja suami tak sental lagi
tapi gatal jugak datang habiskan masa kat sini.hehe
dahla malam tadi tadi tidur lambat dok layan hindustan
hari ni kol 8 dah kena bangun siap siap
tapi breakfast pun tak sempat lagi
hubby cuma belikan air kotak milo masa singgah isi minyak
dia pun main futsal cuma minum milo sekotak and makan cadbury wafer bar je sikit
yang lebihnya isteri yang habiskan,hehe
bawak novel pun dah habis baca
ntah pukul berapa la siap ni
kat sini pun ada jual air je
takde cafe ritu yang futsal kat mana ntah dah lupa siap ada cafe untuk makan
ada orang jual burger
jap lagi kira lunch terus la dengan hubby
alang alang dah kat area pc ni nak ajak suami g makan nasi ulamcikgu la
dah alang alang ada kat area p.chepa ni
isteri muka kemain tembam, hubby maintain je.hehe
khamis malam pergi makan kat angah charkuetiow
sambil jumpa ticer suzi
dia cakap "eh kak is nampak kurusla.."
hahaha ye la kot
takkan dia nak tipu kan kan kan..
lately malam malam memang tak makan nasi pun
ada kurus sikit la kot.hihihi
seronok bersembang dengan cikji sampai lupa nak snap gambar.huhu
kena pulak layan charkuetiow kaw kaw punya
entri bersambung kihkihkih
tak sempat habis menaip tadi laptop pulak mati habis bateri
bau sekarang nak sambung
alang alang masuk sekali gambar snap kat nasi ulam cikgu tengahari tadi
restoran nasi ulam taman orkid
jalan padang tembak, pengkalan chepa,
16100 kota bharu kelantan
atau lebih dikenali dengan nama nasi ulam cikgu
cawangan satu lagi di kg kraftangan
dibuka setiap hari kecuali jumaat
view dari depan
leh parking kat area dewan badminton tengku anis
suami yang kelaparan tak makan ari pagi
dengan berpeluh peluh baru siap lawan futsal
kalah je pun
sempat main 3 game
2 game kalah, 1 seri
pastu dia cakap goalie memang main main banyak
so dia agak panas di situ
sempat meluah perasaan kat isteri.hehe
macam biasa aku makan dengan suami tak banyak
just ambik seeko ikan keli goreng dan ayam
kuah patin tempoyak je sebab aku dengan hubby dua dua tak makan patin
ulam banyakkkk dengan budu
tapi budunya masin ya ampun so agak tidak best di situ
suami minum teh o ais, aku minum sirap selasih
lauk yang seciput tu pun makan berdua tak makan
patutla suami cakap aku tak payah masak, membazir je.kahkahkah
best makan kat sini
sebab open macam ni
angin pulak bertipu sepoi sepoi bahasa
memangla asyik sesangat
tapi kena hati hati gak
dekat tempat aku makan tu aku tengok lantainya ada berlubang sikit
patutla takde orang duk situ.huhu
lupa nak pesan kat suami suh cakap kat makcik kaunter
bahaya kalau budak jalan kat situ
kalau kat nasi ulam highway pasir mas atau nasi ulam cikgu kg kraftangan dia datang meja kita
tengok kita ambik lauk apa and tulis kat kertas untuk bayaran
tapi kat sini tak pun
pekerja dia just punggah pinggan kotor
and makcik ni datang orang bayar kat sini je
tak tahula kot tak sempat sebab orang ramai
bab makan minum ni memangla kena jujur dah jadi darah daging kan
tapi manala tahu kot ada yang kaki menipu tak kisah halal haram taknak bayar lebih
ambik banyak cakap sikit
hmmm kejap je cuti 3 hari
esok dah kerja balik
tapi okla hujung minggu ni agak busy a jugak
dengan aktiviti aktiviti dengan suami and famili
terisi la jugak masa lapang pompuan yang masih tak beranak ni.kihkihkih
;p
berdasarkan pmerhatian, duduk berdua nih buat rugi je msak kan..=D
ReplyDeletedeco dia cantik la.. tapi jauh ye dekat kelantan~
ReplyDelete